Seoyun berjalan masuk kedalam sebuah gim yang menjadi tempat dia bekerja.
"Ha bagus kau dah datang Seoyun. Pergi letak barang kau cepat. Hari ni ramai orang. "Kata Jackson. Rakan sekerjanya.
Walaupun Jackson lagi tua, dia dah biasa mengunakan panggilan aku-kau dengan Jackson.
"Semalam tak ramai macam ni pun. "Kata Seoyun.
"Itulah. Rezeki kita. Dah cepat pergi simpan barang kau. "Kata Jackson.
Seoyun berjalan ke bilik persalinan. Bag sandangnya disimpan kedalam loker pekerja. Topi diambil lalu disarung pada kepala.
Seoyun menunju ke kaunter. Tugas dia hanya menjaga kaunter atau membersihkan gim dan alatan gim.
"Okey jumpa kau esok bro. "Seoyun melihat Jackson bersalaman dengan seorang lelaki. Kawan mungkin. Lelaki itu tersenyum ketika melintasi Seoyun.
"Siapa tu? "Soal Seoyun. Dia berdiri disebelah Jackson.
"Namjoon. Member lama aku. Dia doktor pakar dekat New Zealand baru minggu lepas dia transfer kerja dekat sini. "Kata Jackson.
"Ouh. "Seoyun mengangguk.
"Kau kenapa? Muka nampak lesu je. Tak sihat ke? "Soal Jackson. Seoyun nampak tak berapa aktif macam selalu.
"Aku sakit kepala lah. Mungkin aku tak cukup tidur kut. Exam dah nak dekat. "Balasa Seoyun.
"Kau ni. Kita kena study smart bukan study hard. Kalau terlalu push diri kau, memanglah kau boleh pening. " pesan Jackson.
Seoyun hanya mengangguk. Kadang-kadang Jackson ni nasihat seolah mereka adik beradik.
"Emm excuse me. "Seorang wanita menegur mereka. Leka sangat bersembang.
"Yes miss? "Seoyun menghadiahkan senyuman pada wanita itu.
"I nak air mineral. Tak nak yang sejuk. "Pinta wanita itu. Seoyun segera mengambil air mineral yang tersusun di rak minuman.
"Thank you. "Wanita itu menghulurkan duit pada Seoyun sebelum dia beredar.
Seoyun menyiku lengan Jackson. Matanya tak lepas daripada memandang wanita itu.
"Lawa weh badan dia. "Kata Seoyun. Dahi Jackson berkerut. Jackson ke Seoyun yang lelaki ni? Pandang macam lelaki miang.
"Buat kerjalah. Pergi bersihkan tingkat atas. "Arah Jackson.
Seoyun memandang Jackson tak puas hati. Bibir sudah muncung. Terus Seoyun mengambil kain lap bersama botol spray. Jackson bos, kena ikut arahan.
"Kau jangan asyik usha lelaki je sampai lupa buat kerja pula. Kau ni bukan boleh percaya. "Laung Jackson buatkan beberapa orang lelaki memandang Seoyun.
"Tak hingin lah. "Seoyun membalas. Dia terus berlari ke tingkat atas. Malu bila ada orang memandangnya.
Tak guna punya Jackson.
Seoyun mula membersihkan cermin gim. Air disembur sebelum cermin dilap dengan cermat.
"Alright good job. "Bunyi suara yang lantang dan bunyi tumbukan yang kuat menarik perhatian Seoyun. Dia berhenti daripada membersihkan cermin.
Dia berjalan ke sebuah bilik yang biasanya disewa untuk latihan bagi seni mempertahankan diri. Contohnya macam Muay thai, mixed martial art (MMA) dan boxing.
Seorang lelaki bukan warganegara Korea bersama lelaki memakai t-shirt hitam yang dia agak anak didiknya sedang berlatih boxing.
Seoyun menolak perlahan pintu bilik itu agar tidak menganggu mereka berlatih. Dia berdiri tidak jauh dari pintu.
Matanya tertarik melihat mereka atau lebih tepat dia tertarik melihat lelaki berbaju hitam itu. Dari belakang dia macam kenal lelaki itu.
Seoyun melekap tangan diatas dadanya. Kenapa jantung berdebar semacam ni? Buat pertama kali dia rasa tertarik melihat seorang lelaki.
Seoyun tertanya. Inikah yang dinamakan cinta?
Mereka berdua berhenti berlatih. Lelaki itu mencabut boxing glove sebelum dia berpusing mahu mengambil tuala kecil untuk mengelap peluhnya.
Mata Seoyun terbeliak melihat lelaki itu. Macam mana dia boleh tak perasan, lelaki itu ialah Jungkook!
"Eh ni Seoyun kan? Kau buat apa dekat sini? "Bahu Seoyun ditepuk dari belakang.
Ah siapa yang tegur nama dia kuat-kuat ni? Wrong timing!
Mendengar sahaja nama Seoyun, Jungkook menoleh. Pandangannya bertemu dengan Seoyun. Dia agak terkejut pada mulanya sebelum dia tersenyum sinis.
Seoyun menoleh. Yugeom pun ada. Apa ni? Kenapa dia perlu jumpa mereka pada hari yang tak sepatutnya?!
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.