Sudah lima belas minit mereka berjalan, Seoyun dan Jungkook mendiamkan diri. Jungkook memandang Seoyun dalam diam.
"Cantik. "Kata Jungkook.
Seoyun menoleh memandang Jungkook dengan tanda tanya.
"Apa yang cantik? "Soal Seoyun. Dia memandang sekeliling. Ada mana-mana perempuan yang menarik perhatian Jungkook mungkin.
"Kau. "Kata Jungkook dengan senyuman membunuh dia. Dia suka melihat Seoyun dalam pakaian begitu. Nampak cantik sangat di mata dia.
Seoyun termalu sendiri. Tipulah kalau dia tidak cair dengan ayat Jungkook. Dia bukan hati batu.
Jungkook tergelak apabila melihat Seoyun diam kerana malu. Aih bila jatuh cinta, semua benda jadi indah.
"Jom dating. "Kata Jungkook. Dia memandang Seoyun seketika sebelum menarik gadis itu masuk ke dalam sebuah kafe menjual makanan Jepun.
"Siapa nak dating dengan kau? "Kata Seoyun ketika mereka beratur untuk memesan makanan.
Dah Jungkook tarik dia tiba-tiba, ikut je lah.
"Hey cuba buka hati kau untuk aku. Nanti aku cari orang lain baru tahu. " Kata Jungkook dalam nada mengugut.
Dia memesan makanan sebelum mengambil tempat duduk.Seoyun tersengih. Kadang-kadang dia tersangkut juga dengan layanan Jungkook. Dia tak tahu kenapa dia ego sangat nak mengaku.
"Kenapa kau suka aku? "Soal Seoyun.
Jungkook menongkat dagu memandang Seoyun. Fuh soalan dia.
"Jangan tanya soalan macam tu. I don't know. Aku jenis yang percaya cinta pandang pertama. So aku suka kau sejak pertama kali aku nampak kau. Muka kau bila annoying dengan aku. I just like it. "Jawab Jungkook dengan jujur.
Sebab itu dia suka kacau Seoyun. Makin dia kacau, makin dia rapat. Kebetulan kawan baiknya Mingyu rapat dengan Seoyun. Peluanglah.
"Ouh. Kau tahu? Cinta pandang pertama ni bahaya sebab kau senang jatuh suka pada orang lain juga. "Kata Seoyun.
Jungkook hanya tersengih mendengar ayat Seoyun. Risau ke dia jatuh hati pada orang lain?
"Ada satu perkara yang kau perlu tahu tentang aku. Sekali aku suka, aku akan setia. Susah aku nak suka orang lain. So jangan risau. Aku setia dengan kau sahaja. "Kata Jungkook.
"Mulut kau ni manislah. "Ujar Seoyun.
Jungkook memandang Seoyun dengan senyuman nakal.
"Mana kau tahu mulut aku manis? Aku tak pernah kiss kau dekat bibir lagi. "Kata Jungkook selamba.
Seoyun memandang Jungkook tajam.
Mengatal sangat ni kenapa?"Yah! Aku tak maksudkan macam tu. I mean kau ni jenis sweet talker bukannya kiss. "Kata Seoyun.
Jungkook tergelak besar. Suka menyakat Seoyun.
Makanan yang mereka pesan tiba. Seoyun hanya menjamah sedikit. Selebihnya Jungkook yang makan.
Jungkook mengeluarkan telefonnya. Kamera dibuka.
"Seoyun pandang sini cepat. "Arah Jungkook.
Seoyun menoleh memandang Jungkook. Bila perasan Jungkook mahu ambil gambar terus dia tutup muka.
"Alah kenapa tutup? "Muncung bibir Jungkook.
"Tak naklah. Aku tak suka ambil gambar. "Jawab Seoyun.
"Alah bolehlah. Aku tak ada pun gambar selfie dengan kau. Please. Satu je. "Jungkook memujuk Seoyun. Muka comel ditayangkan.
"Fine. "Seoyun menayangkan wajahnya. Dia senyum memandang kamera telefon.
"Dekat sikit. Nanti dalam gambar nampak pelik. "Kata Jungkook. Helah semua itu.
Banyak songeh betul Jungkook ni.
"Nak dekat macam mana lagi? Tak nampak ada meja ni? Ambil je lah." Seoyun merungut.
Jungkook bangun. Dia menarik kerusi disebelah Seoyun. Dia mendekatkan diri sehingga pipi mereka berlaga.
Klik.
Sekeping gambar diambil. Seoyun terkedu dengan jaraknya dan Jungkook yang terlalu rapat.
"Auww thank you. "Jungkook kembali ke tempat duduknya. Dia melihat gambar tadi dengan senyuman lebar.
Argh ada gambar dengan crush!
Selesai makan, Jungkook menghantar Seoyun pulang. Kali ini kerana sudah lewat malam, Jungkook hantar betul-betul depan pintu rumah.
Dia kata bahaya. Banyak kali Seoyun menolak tapi Jungkook masih dengan pendirian dia. Akhirnya Seoyun mengalah.
"Dah pergi balik. "Seperti sebelum ini, Seoyun menghalau Jungkook.
"Masuklah dulu baru aku balik. "Kata Jungkook. Seoyun mencebik.
Seoyun masukkan kata laluan. Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam rumah, Jungkook tiba-tiba menghadang dengan tangannya.
Seoyun terundur ke belakang. Terkejut dengan tindakan drastik Jungkook.
"Kenapa? Tadi beriya suruh aku masuk. "Soal Seoyun.
Jungkook memandang Seoyun lama. Menilik wajah gadis itu.
"Yah cepatlah. Kau nak apa? " Seoyun mendesak. Tak tahan di renung sebegitu.
"I love you. "Kata Jungkook. Matanya dikenyit banyak kali pada Seoyun
Seoyun tak dapat tahan senyum dengan aksi comel Jungkook.
"Dah pergi balik. "Seoyun menolak tubuh Jungkook menjauh dari dia. Salah satu cara supaya Jungkook tak nampak muka dia yang betul-betul cair dengan aksi Jungkook tadi.
Seoyun cepat-cepat masuk kedalam rumah.
"Bye darling. "Sempat dia dengar sebelum menutup pintu. Seoyun memegang dadanya.
She denies it but the truth is she's falling in love with him.
--
Tbc.
Jungkook Seoyun moments lol
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.