Seoyun terjaga apabila terasa genggaman di tangannya. Matanya dibuka memandang sekeliling. Dia berada di bilik kesihatan dan Jungkook sedang merenungnya.
"Kau dah sedar. "Kata Jungkook. Mukanya kelihatan lega.
"Nak air. "Kata Seoyun. Tekaknya terasa kering.
Jungkook menuang air yang terdapat di tepi katil ke dalam cawan lalu diberikan kepada Seoyun.
Seoyun meneguk air itu.
"Felling better? "Soal Jungkook.
Seoyun memandang Jungkook seketika. Dia mengangguk. Rasa pening pun berkurang.
Seoyun melihat IV drips yang terpasang pada tangannya. Baru sahaja mahu mencabut, Jungkook menghalang.
"Eh kau nak buat apa? "Soal Jungkook. Cuak dia melihat Seoyun mahu cabut. Tak tahu sakit ke?
"Aku dah sihat. Aku nak pergi. "Balas Seoyun.
"Tak boleh. Jin hyung pesan supaya kau rehat secukupnya. "Kata Jungkook.
"Tapi aku dah okey. "
"No. Cuba jangan degil. Duduk diam-diam. "Kata Jungkook dengan tegas.
Seoyun mengeluh. Duduk dalam ni buat apa? Berdua pula tu dengan Jungkook. Doktor Seokjin mana? Tak nampak pun.
"Mingyu mana? Kenapa kau yang jaga aku? "Tanya Seoyun. Seingat dia sebelum pengsan, dia bersama Mingyu.
"Mingyu ada latihan bola keranjang. Minggu depan kan dia ada perlawanan. So aku offer diri nak jaga kau. "Jungkook tersenyum.
"Ouh. "
Kalau nak tanya pasal Sujin, dia sendiri boleh agak yang gadis itu pula ada latihan cheerleading.
Keadaan jadi sunyi. Seoyun tak tahu mahu cakap apa. Tak selesa pula berdua dengan Jungkook.
"Kau dah lama kerja dekat gym tu? "Soal Jungkook. Dah lama dia ingin bertanya tapi baru hari ini dia berpeluang.
"Dekat setahun lebih juga. Kau dah lama ke berlatih boxing dekat situ? "Tanya Seoyun pula.
Fikirkan balik situasi Jungkook ketika sedang boxing, jujur Seoyun agak tertarik. Kalau peminat dia tahu, habislah.
"Dekat sebulan juga. "Balas Jungkook.
Tapi Seoyun pelik juga, dia tak pernah pula sebelum ini terserempak dengan Jungkook.
"Kau masih baru dalam boxing? "
"Nope. Dah lama tapi sebelum ni aku training dengan orang lain. Yang kau nampak sebelum ini, coach baru aku."balas Jungkook.
"Oh. "
Keadaan jadi sunyi kembali.
"Emm hujung minggu ni, aku ada pertandingan boxing. Hari sabtu. Kau.. nak datang? " Pelawaan dari Jungkook mengejutkan Seoyun.
Dia ingat Jungkook hanya belajar sebagai hobi. Tak sangka pula dia masuk pertandingan.
"Ini pertandingan kecil-kecil je. Bukan macam sukan tu. "Bagai dapat baca fikiran Seoyun.
Seoyun berfikir sejenak. Hujung minggu dia kerja di gim. Tapi dia sudah berkira-kira mahu minta cuti dengan Jackson memandangkan dia mahu pergi periksa mata.
"Tengoklah macam mana. Kalau aku free. "Kata Seoyun.
"Aku harap kau dapat datang. "
Seoyun mengeluh. Kenapa ayat dia mengharap sangat ni?
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.