Sujin memandang Seoyun dengan sengihan dibibir. Hati Seoyun pula sudah meronta-ronta mahu beredar dari situ.
"Apa ni Sujin? Kau kata nak tolong aku. Kenapa kau bawa aku sampai kelas Jungkook ni? "Dahi Seoyun sudah berkerut. Dia malu apabila pelajar yang lalu memandang mereka berdua.
"Aku tolonglah ni. Aku teman kau jumpa Jungkook. Tak adalah kau malu kan? "Sujin senyum ceria dengan idea yang dia rasa sangat bernas.
"Kau ni bongoklah. Tak naklah. Aku nak balik kelas. "Seoyun mengeleng kepala. Sujin pula sudah menahan Seoyun dari pergi.
"Eo? Yah Jungkook! "Sujin melambai tangannya pada Jungkook yang sedang berjalan menuju ke kelasnya.
Mata Seoyun membulat. Dari jauh dia dapat melihat muka ketat Jungkook memandang mereka.
"Oh kau nak apa? "Soal Jungkook pada Sujin tapi mata memandang Seoyun yang menunduk.
"Yah, cakap lah Seoyun. "Sujin menyiku lengan Seoyun.
"Erm.. Aku.. "Seoyun mengaru kepala. Dia langsung tak ada keberanian nak pandang Jungkook.
Jungkook menundukkan kepalanya. Bibirnya menahan senyum melihat gelagat Seoyun yang dirasakan comel itu.
"Kalau rasa tak selesa, kita boleh cakap dekat tempat lain. "Ujar Jungkook.
"Okey. "Seoyun setuju. Dia tak sanggup berlama disitu dan menjadi tatapan pelajar lain. Ramai perhatikan mereka.
Jungkook berjalan mendahului Seoyun. Gadis itu memandang Sujin seketika sebelum dia berlalu mengikut Jungkook.
"Now kau nak cakap apa? "Soal Jungkook. Jungkook menyeluk tangan kedalam poket seluar.
"Aku nak minta maaf dengan kau pasal semalam. "Ucap Seoyun.
"Semalam? Apa jadi eh? Aku tak ingatlah. "Sengaja Jungkook mengusik gadis itu.
"Aku marah kau depan orang ramai. Aku minta maaf. Aku kasar sangat dengan kau. "Ucap Seoyun lagi.
"Aku maafkan kau tapi kau jangan lupa janji kau untuk keluar dating dengan aku. "Jungkook mengingatkan Seoyun semula.
Seoyun mengeluh. Sebolehnya, dia tidak mahu keluar dengan Jungkook. Rasa menyesal menyelubungi diri.
"Apa kata kau ajak crush kau yang pergi dating? Kau ajak aku buat apa. Tak ada faedah pun. Kalau kau ajak dia mesti dia suka. "Cadang Seoyun. Dia berdoa semoga Jungkook setuju.
"Itulah aku tertanya juga, kalau aku ajak crush aku dia setuju tak? Kau rasa macam mana? "Soal Jungkook. Bermain mata dengan Seoyun.
"Mestilah dia setuju. Kau kan popular dalam kalangan pelajar perempuan sekolah kita. Mesti crush kau salah seorang dari peminat kau. "Jawab Seoyun dengan bersungguh.
"Tapi setahu aku, crush aku dia tak berminat dengan aku. "Kata Jungkook.
"Eh kau belum cuba belum tahu. Kau try tanya dia. "Kata Seoyun. Ada harapan dia mahu mengelak.
"Okeylah macam tu. Seoyun kau sudi tak nak keluar dating dengan aku? " Soal Jungkook dengan sengihan.
Muka Seoyun terus berubah jadi blur. Dia memandang Jungkook hairan.
"Apa kau ni? Aku suruh tanya crush kau bukan aku. "Balas Seoyun.
"Aku tengah tanyalah ni. Kau sudi tak? "Soal Jungkook semula.
"Apa ni Jungkook. Jangan main-mainlah. "Seoyun menolak bahu Jungkook. Hatinya sudah berdebar hebat.
Jungkook tergelak. Dia menghampiri Seoyun sehingga gadis itu berundur ke belakang.
"Yah Lee Seoyun. Aku suka kau lah. Kenapa kau slow sangat nak tangkap ni? Selama ni aku kacau kau setiap hari sebab aku nak curi perhatian kau. Betul lah apa yang orang lain cakap selama ni. Jungkook suka kau. "Luah Jungkook.
"Apa kau merepek ni? Semalam kau sendiri mengaku kau tak suka aku. Apa ni? Aku tak faham. "Dahi Seoyum berkerut meminta penjelasan dari Jungkook.
"I'm sorry. Selama ni aku ego nak mengaku yang aku suka kau. Aku tak maksudkan apa yang aku cakap. Tapi aku turunkan ego lelaki aku untuk mengaku depan kau. "Ujar Jungkook.
Seoyun terdiam. Terkunci dalam renungan redup Jungkook.
"Yah jangan buat muka macam tu. " Jungkook mencuit pipi Seoyun.
Seoyun berundur. Dia terus melarikan diri. Malu dengan tindakan Jungkook.
"Jangan lupa hujung minggu ni! "Sempat lagi Jungkook berpesan.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.