; 28

2K 252 14
                                    

Seoyun termenung memandang bukunya. Dia langsung tak boleh fokus. Otaknya ligat memikirkan Jungkook. Dia rasa sangat rugi menolak Jungkook tapi dia terpaksa.

"Hoi. "Seoyun tersedar dari lamunan apabila bahunya ditepuk.

"Apa? "Soal Seoyun pada Mingyu.

"Dah rehat. "Kata Mingyu.

Seoyun memandang sekeliling. Semua sedang mengemas buku dan bersedia mahu rehat.

"Pergilah. Aku tak lapar. "Balas Seoyun.

"Alah jomlah. Kau kena makan Seoyun. Kau baru je baik demam. Nanti sakit balik macam mana? "Kata Sujin pula.

Seoyun tersenyum kecil.

"Ya lah. "Seoyun bersetuju. Dia mengikut Sujin dan Mingyu ke kantin.

Seoyun hanya mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana penyakit yang dia alami buatkan dia langsung tak ada selera mahu makan tapi bagi mengelakkan Sujin dan Mingyu bertanya soalan, dia ambil juga.

Seoyun tersentak apabila Sujin dan Mingyu duduk semeja dengan Jungkook dan Yugeom.

"Duduklah. Kau berdiri kenapa? " Sujin menarik tangan Seoyun.

Seoyun dengan terpaksa duduk. Dia memandang Jungkook. Lelaki itu hanya melihat dia sekilas sebelum menunduk.

Mingyu memandang Seoyun dan Jungkook. Dia terasa pelik apabila mereka berdua diam. Selalunya, ada sahaja idea Jungkook mahu mengacau Seoyun.

"Korang bergaduh ke? "Soal Mingyu. Dia memandang Jungkook dan Seoyun silih berganti. Soalan Mingyu membuatkan Yugeom dan Sujin turut memandang mereka, inginkan jawapan.

Tapi mereka berdua diam.

"Okay. "Mingyu menjungkit bahu apabila mereka berdua tidak mahu menjawab.

"Ehem hai. "Mereka terus menoleh apabila ditegur.

Mata mereka membulat apabila melihat Jiayi. Semua memandang seakan terkejut. Mana taknya, Jiayi sudah mengubah penampilannya. Bukan itu sahaja, penampilan dia sangat serupa dengan Seoyun.

Rambut pendek paras leher, rambut yang diwarnakan dengan warna pink. Kasut dia juga serupa dengan Seoyun. Senang kata dia tiru Seoyun.

"Boleh saya duduk sini? "Soal Jiayi.

"Duduklah. "Kata Yugeom.

Jiayi tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah Jungkook. Kehadiran Jiayi betul-betul buatkan keadaan jadi janggal.

"Seriously, dia tiru kau Seoyun. "Sujin berbisik pada Seoyun.

Seoyun memandang Jiayi. Gadis itu macam tak betul, tersenyum memandang Jungkook.

"Aku pergi dulu. "Kata Seoyun. Dia meninggalkan mereka berlima.

Sujin memandang Jiayi.

"Yah! Apa kau cuba buat sekarang ni Jiayi? Tolonglah jangan cuba tiru Seoyun. Kau dengan dia tak akan pernah sama. "Kata Sujin.

Jiayi memandang Sujin tajam. Panas hatinya. Lagi-lagi apabila banyak mata memandang mereka.

"Mana ada! Seoyun yang tiru aku. Dia ambil Jungkook dari aku. "Kata Jiayi.

Mata Sujin membulat memandang Jiayi. Begitu juga dengan Mingyu. Sebagai kawan, mereka rasa sakit hati dengan ayat Jiayi. Perempuan ini buta ke apa?

"Kau ni memang hilang akal. "Kata Sujin. Dia menjeling Jiayi sebelum mengajak Mingyu untuk pergi.

"Kenapa dengan diaorang? Selalu cemburu dengan saya. Terimalah hakikat saya lebih bagus daripada Seoyun. Kan Jungkook? "Jiayi memandang Jungkook.

Jungkook menghempas sudu diatas meja sehingga mengundang perhatian semua orang.

Dia memandang Jiayi tajam sebelum dia bangun dengan kasar dan meninggalkan Jiayi. Yugeom pula segera mengikut Jungkook.

Tak sanggup berdua dengan Jiayi.

Seram.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now