"Jungkook! Kau.. kau buat apa dekat sini? "Soal Seoyun. Dia memandang Jungkook dengan debaran. Sedaya upaya dia cuba untuk menyorokkan ubat yang separuh terbuka itu.
"Aku nak cari first aid kit. Jari aku luka. "Jungkook menunjuk jari telunjuknya yang terdapat kesan darah. Luka kecil je.
"Ouh. "
Seoyun pandang ke arah lain apabila Jungkook memandangnya.
"Kau makan ubat apa? "Soal Jungkook. Kepalanya cuba menjengah ke belakang Seoyun.
"Aku makan ubat untuk hilangkan sengugut. Ya kau faham lah perempuan. Period. "Jawab Seoyun dengan pantas.
Seketika keadaan jadi sunyi apabila Seoyun menjawab begitu. Seoyun termalu sendiri. Alahai kenapa bodoh sangat alasan.
"Ouh. Emm okey. "Jungkook garu kepala apabila keadaan jadi janggal.
Dia terus berpusing membelangkangi Seoyun. Dia mencari kit kecemasan di kabinet.
Seoyun pula terus memarahi diri sendiri kerana jawapan yang memalukan itu. Sementara Jungkook membelakanginya, Seoyun segera menyimpan ubatnya kedalam bag yang dibawanya.
"Jumpa. "Jungkook mengambil kit kecemasan itu dan duduk di katil bersebelahan Seoyun.
Baru sahaja Seoyun mahu bangun, tiba-tiba Jungkook buka mulut.
"Feeling better? "Soal Jungkook.
"Ha? "
"Kau. Dah okey demam? Atau masih rasa sakit? "Jungkook memandang Seoyun.
Seoyun mengangguk.
Seoyun memandang Jungkook lama. Memandangkan mereka berduaan, dia rasa ini masa yang sesuai untuk dia luahkan pada Jungkook.
Dia nekad, dia mahu lelaki itu menjauhkan diri darinya. Dia tak mahu andai dia sudah tiada nanti, Jungkook akan merasa kehilangan dan meratap pemergiaannya. Dia tak nak lelaki itu menyukainya sehingga tidak dapat terima pemergiaanya.
"Yah Jungkook. Aku nak tahu, kau ikhlas suka kan aku? "Soal Seoyun.
Jungkook terdiam. Pelik dengan soalan tiba-tiba Seoyun.
"Ya aku ikhlas sukakan kau. "Balas Jungkook.
"Kalau macam tu jauhkan diri kau dari aku. Jangan kacau aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau."kata Seoyun kasar tapi dalam hati dia terpaksa.
"Kenapa ni Seoyun? Aku ada buat salah? "Soal Jungkook dengan suara lembut.
"Tak kau tak buat salah tapi aku tak suka kau kacau aku. Aku rimas! Aku benci kau sibuk menempel dekat aku. "Kata Seoyun tapi dalam hati dia menafikan sekerasnya apa yang dia cakap sekarang.
Jungkook merenung Seoyun lama dengan perasaan bercampur baur. Dia sangat terasa dengan ayat Seoyun. Langsung dia tak sangka bahawa gadis itu rimas dengannya selama ini.
"Minta maaf, aku tak boleh balas cinta kau. "Kata Seoyun lagi.
Dia memandang Jungkook buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik kesihatan.
Seoyun mengetap bibir menahan diri dari menangis. Semua yang dia cakap, semuanya penipuan. Dia tak pernah rimas dengan Jungkook. Dia mengaku dia sudah jatuh suka pada lelaki itu.
Tapi satu perkara menghalangnya. Seoyun tak nak Jungkook mensia-siakan perasaannya dengan menyukai Seoyun sedangkan hidupnya tak lama.
"Maaf. Aku terpaksa. Aku mengaku, aku suka kau Jungkook. "
--
Tbc
Short chap. Lol aku rasa makin merapu cite ni.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Фанфик| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.