; 2

3.3K 344 13
                                    

Seoyun menutup pintu loker. Dia memandang Sujin dengan mulut muncung.

"Bolehlah. Kau tolong cakap dengan cikgu aku tak sihat ke apa ke. Aku mengantuk gila ni. "Kata Seoyun.

Sujin mengeleng kepala.

"No Lee Seoyun. Alahai PE class je pon. Kau buat apa sampai mengantuk sangat ni? "Sujin memandang Seoyun hairan.

"Macam biasalah aku kerja semalam. Tak cukup tidur tahu tak? "Seoyun mengeluh.

"I'm sorry. Kau kenal kan cikgu PE kita tu macam mana? Mana boleh skip kelas. Jom lah. Kau dah siap pakai baju sukan dah pun. "Sujin menarik tangan Seoyun keluar dari bilik persalinan.

Seoyun mengeluh, nak tak nak kena juga lah pergi gelanggang. Mingyu sudah menunggu mereka di gelanggang.

"Semua students berkumpul di sini! " cikgu Kang sudah berdiri tegak di tengah gelanggang dengan segak berbaju sukan. Tak hairanlah kalau ramai pelajar perempuan minat dia.

Seoyun mengecilkan mata. Lagi kecil matanya apabila ternampak Jungkook.

"Eh Mingyu. Kenapa kelas Jungkook pun ada dekat sini? "Soal Seoyun. Makin lama makin dekat Jungkook melangkah ke arah mereka.

"Hari ini jadual PE, kita gabung kelas dengan kelas diaorang. Kau lupa ke? "

Seoyun mengeluh. Kalau tahu tadi, dah lama dia duduk bilik kesihatan dan pura-pura sakit.

"Hey beautiful. "Jungkook merangkul bahu Seoyun.

Seoyun menjeling Jungkook. Tangan lelaki itu ditolak. Suka hati dia je nak peluk bahu orang. Tak malu.

"Alright selamat pagi semua. "Ucap cikgu Kang dengan penuh semangat.

"Baiklah untuk kelas kita pada hari ini, cikgu nak buat perlawanan bola keranjang antara kelas 12-2 dan kelas 12-3. "Kata cikgu Kang. Ramai pelajar mula merungut.

Seoyun berdecit. Sudah agak perlawanan ini akan berlaku. Cikgu Kang memang tak sah kalau tak buat perlawanan antara kelas.

"Kali ini perlawanan bebas tanpa peraturan. Kamu boleh main ikut kehendak kamu. No rules. "Sambung cikgu Kang lagi.

"Fuh mesti kelas kita menang. "Kata Sujin. Matanya sudah meleret memandang Mingyu.Mingyu juara bola keranjang kot.

"Heh jangan lupa Jungkook. Dia dalam list atlet sukan sekolah kita juga. "Kata Mingyu. Dia menyiku lengan Jungkook.

"Eleh Jungkook team bola sepak. Kau bola keranjang. Mana sama. Confirm kau menang. "Kata Seoyun.

"Kau macam tak kenal Jungkook, semua sukan dia pandai. Jangan pandang sebelah mata. "Kata Mingyu.

Seoyun mencebik. Mingyu suka puji Jungkook, maklumlah mereka kawan rapat. Jungkook itu, Jungkook ini. Semua pasal Jungkook dia nak puji.

"Nak lawan? "Soal Jungkook pada Seoyun.

"Ha? "Seoyun tak faham.

"Kalau aku berjaya kalahkan Mingyu dan kelas kau, kau kena keluar dating dengan aku hujung minggu ini. Tapi kalau Mingyu menang, aku tak akan kacau kau lagi. Deal? "Jungkook menjungkit kening memandang Seoyun.

Seoyun memandang Jungkook lama. Berkira-kira mahu terima tawaran Jungkook atau tidak.

"Okey aku terima. "Kata Seoyun.

Jungkook tersenyum sebelum bergerak ke tengah gelanggang. Seoyun mengekori Jungkook dari belakang.

Cikgu Kang mula meniup wisel. Kelas 12-2 dan kelas 12-3 mula berebut bola. Masing-masing nak menang.

Seoyun dan Sujin macam biasa tercegat dekat tepi. Memerhati orang merebut bola. Langsung tak berminat nak rebut sekali.

"Yah Lee Seoyun tangkap bola ni! " Seoyun tersentak mendengar jeritan Mingyu.

Buk!

Seoyun terduduk apabila bola di baling tepat kena mukanya. Balingan Mingyu boleh tahan kuat.

"Aww. "Seoyun mengaduh kesakitan.

"Yah Seoyun hidung kau berdarah! " Sujin menjerit kecil.

Seoyun terus mengesat hidungnya. Darah melekat pada tangannya. Seoyun terus memandang Mingyu geram.

"Yah Kim Mingyu! "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now