"Kau nak apa sebenarnya? "Soal Seoyun. Dia memandang Haerin pelik. Mana tak nya, tiba-tiba sahaja Haerin mengurut tangan kanannya.
"Tak nak apa pun. Aku sebenarnya kagum tengok kau selamatkan Jiayi dekat sekolah tadi. Mesti tangan kau sakitkan pegang dia lama-lama. "Kata Haerin. Dia tersengih.
Lama juga, Seoyun menahan Jiayi dari jatuh. Nasib baik Jungkook tolong sekali, kalau tak memang dah jatuh Jiayi.
"Selagi aku masih hidup, aku kenalah tolong orang. Nanti aku dah tak ada, mana aku ada peluang lagi. "Kata Seoyun.
Haerin memandang Seoyun. Semacam je ayat dia. Seoyun bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi loceng rumah yang ditekan berkali-kali membuatkan Haerin mendengus.
"Pergilah buka. "Seoyun melaung dari dapur.
Haerin bangun. Dia membuka pintu rumah Seoyun. Terbeliak matanya saat melihat beberapa orang lelaki yang bekerja sebagai bodyguard di rumahnya.
"Selamat malam cik Haerin, kami menerima arahan daripada Puan Jeon untuk menjemput cik Haerin balik. "Kata salah seorang dari mereka.
Haerin mengeluh kuat. Ini mesti Jungkook yang bagitahu ibunya. Kurang asam Jeon Jungkook.
"Siapa tu Haerin? "Seoyun muncul. Terkebil-kebil dia melihat lelaki-lelaki yang memakai sut hitam itu.
"Seoyun, aku kena balik. Terima kasih bagi aku tumpang rumah kau. "Kata Haerin. Nak tak nak dia terpaksa balik dan bertunang dengan anak kawan ibunya. Dia terpaksa!
Haerin mengikut pengawal itu. Seoyun pula blur bila Haerin sudah pergi meninggalkannya.
Dramanya hidup dia.
"Eh tapi bag baju kau. "Sudah terlambat, Haerin hilang dari pandangan.
Seoyun menutup pintu rumah semula. Haerin sudah pulang, rasa sunyi pula. Sesunyi hatinya. Heh.
Baru sahaja Seoyun mahu pergi ke dapur, loceng rumahnya ditekan lagi. Seoyun pantas berpaling. Dah sedar lah tu bag dia tertinggal.
Seoyun membuka pintu. Dia jadi tergamam tiba-tiba.
"Eomma. "
--
Tbc.
Hekk sorry pendek
Emm makin tak bestla cite ni
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Hayran Kurgu| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.