; 39

2.5K 275 56
                                    

Seoyun baring diatas katil dengan perasaan berdebar-debar. Baru sekejap tadi, jururawat datang membawa baju OT untuk di pakainya.

Renungan dari ibu bapanya dan Jungkook sedikit melegakan perasaan bimbangnya.

"Mungkin ini pertemuan terakhir kita. Seoyun minta maaf semua salah dan silap. "Kata Seoyun.

"Jangan cakap macam tu. Eomma dah lama maafkan. Seoyun tenangkan hati. Jangan takut. Kami tunggu Seoyun dekat sini. "Kata Puan Lee.

Seoyun tersenyum. Dia memandang Jungkook pula.

"Terima kasih jaga saya walapun masa yang kita luangkan terlalu singkat. Saya minta maaf untuk semua salah yang telah saya lakukan pada awak. Cubalah buka hati awak untuk orang lain. Saya tak boleh janji untuk sentiasa ada di sisi awak. Simpan saya sebagai kenangan terindah kita. I love you. "Kata Seoyun.

"I love you more. "Balas Jungkook.

Jururawat mula menolak katil Seoyun ke bilik pembedahan. Jungkook memandang dengan hati yang berat. Dia berdoa pada tuhan agar Seoyun tidak apa-apa.

Andai kata apa yang Seoyun kata sebelum ini benar, dia sudah berjanji akan redha dengan pemergian gadis itu.

--

Sudah hampir enam jam Seoyun di dalam bilik pembedahan. Puan Lee dan Jungkook tak jemu menunggu sehingga doktor keluar.

Namjoon yang mengetuai pembedahan itu, fokus menjalankan tugasnya dengan bantuan petugas yang lain.

Hampir lapan jam, akhirnya pembedahan Seoyun berjaya dilakukan. Namjoon menjahit bahagian yang terakhir.

"Kerja yang bagus semua. "Kata Namjoon pada petugas yang lain. Mereka menghabiskan tugas terakhir sebelum dia keluar dari bilik pembedahan.

Puan Lee dan Jungkook yang melihat Namjoon baru sahaja keluar terus menghampiri lelaki itu.

"Macam mana doktor? "Soal Puan Lee.

"Syukur. Pembedahan berjalan dengan lancar. "Kata Namjoon dengan senyuman.

"Terima kasih doktor. Terima kasih sangat-sangat. "Ucap Puan Lee dan Jungkook.

"Cuma keadaan Seoyun masih belum stabil. Kami akan tempatkan dia di ICU sehinggalah keadaan Seoyun kembali stabil. "Kata Namjoon.

Mereka berdua mengangguk. Jungkook mengucapkan terima kasih sebelum Namjoon beredar.

--

Selepas pembedahan, ramai kenalan yang datang melawat. Seoyun masih belum sedar. Mereka hanya boleh melawat secara bergilir-gilir. Masuk berdua atau seorang diri.

Selepas Sujin, giliran Mingyu ditemani Jungkook pula. Mingyu masuk ke dalam wad yang menempatkan Seoyun.

Sayu hatinya melihat Seoyun terlantar diatas katil dengan pelbagai wayar yang dia sendiri tidak tahu fungsinya berselirat di tubuh gadis itu. Mulut Seoyun pula terdapat tiub yang disambungkan dengan mesin.

"Sedihnya aku. "Kata Mingyu. Selalu Seoyun aktif bergelak tawa dan bergurau senda dengannya dan Sujin.
Tapi hari ini , gadis itu terbaring diatas katil.

"Sabarlah bro. Doakan dia cepat sembuh. "Kata Jungkook. Dia mengusap bahu Mingyu.

"Aku lupa nak ucap tahniah. Tak sangka kau punya gila sampai sanggup kahwin dengan Seoyun umur macam ni. "Mingyu tergelak perlahan.

"Nak buat macam mana. Aku terlalu sayang dia. "Kata Jungkook.

Titttt.

Tiba-tiba bunyi bising dari mesin ventilator. Jungkook dan Mingyu terkejut. Jungkook segera memanggil Namjoon yang kebetulan berada di kaunter.

Namjoon masuk ke wad Seoyun dengan pantas. Dia memeriksa keadaan Seoyun.

"Denyutan jantung dia tak stabil. Nurse sediakan defibrillator sekarang! "Kata Namjoon.

Beberapa orang jururawat menyuruh Jungkook dan Mingyu tunggu di luar. Mereka segera menyediakan mesin defibrillator.

"200 joules charge. Shoot! "Kata Namjoon tapi keadaan Seoyun masih sama. Namjoon melakukannya sekali lagi. Masih sama.

Namjoon menukar cara. Dia menekan dada Seoyun berkali-kali. Tiba-tiba bacaan pada mesin bertukar menjadi garis lurus.

"Tak. Tak. "Namjoon berkata sendirian. Sepanjang pekerjaannya tak pernah lagi ada pesakit yang gagal diselamatkan.

Namjoon memberi pantuan CPR. Dia menekan dada Seoyun berkali-kali.

"Tak mungkin. Tak mungkin. "Kata Namjoon. Dia sangat yakin Seoyun boleh diselamatkan.

"Doktor. Cukup. "Bahu Namjoon ditarik ke belakang. Namjoon segera menepis. Dia menghampiri Seoyun semula. Dia tahu jantung Seoyun sudah tidak berdenyut lagi tapi fikirannya berkeras menidakkannya.

"Doktor! Berhenti. Dia dah tak ada! "
Jerit seorang jururawat. Dia menarik bahu Namjoon kasar sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

Namjoon terpaku. Dia sudah janji dengan gadis itu untuk menyelamatkannya tapi dia gagal. Namjoon menangis kecewa.

"Doktor harus kuat. Banyak lagi patient yang doktor perlu rawat. "Kata jururawat itu. Bahu Namjoom di tepuk perlahan.

Namjoon tertunduk kecewa. Dia kecewa dengan dirinya. Beberapa orang jururawat mula menanggalkan alat perubatan yang terpasang di tubuh kaku Seoyun.

Namjoon bangun dengan lemah. Jam ditangannya dilihat.

"Masa kematian. 9.15 p.m."

Namjoon mengesat air matanya kasar. Dia keluar dari wad itu. Keluarga Seoyun dihampiri.

"Saya minta maaf. Seoyun tak dapat diselamatkan. "

Seperti tamparan besar, Puan Lee jatuh terduduk. Serentak itu, Puan Lee, Sujin dan Mingyu menangis.

Jungkook terduduk di kerusi. Seperti mereka, Jungkook turut mengalirkan air mata.

Tapi dia dah janji.

Dia akan redha dengan pemergian Seoyun.

--
Tbc.
Aku tulis dengan hati. Harap sampai ke hati.
Next chap ending.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now