Seoyun keluar dari bilik air selepas dia membersihkan diri. Dia duduk dibirai katil. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan tuala.
Tiba-tiba dia teringat kata-kata Sujin. Minta maaf dengan Jungkook.
"Tapi dia sepatutnya minta maaf dengan aku juga. "Kata Seoyun sendirian.
Seoyun mengambil telefonnya diatas meja sebelum dia merebahkan diri keatas katil. Mesej dia dengan Jungkook dicari. Sebenarnya, tak ada lah dia mesej sangat. Dia banyak seen apa yang Jungkook hantar.
Ruangan chat dia dengan Jungkook ditekan. Jungkook tengah online.
Seoyun menaip sesuatu pada Jungkook. Dia memandang lama ayat yang ditaipnya. Jarinya teragak-agak mahu menekan hantar.
"Aish. "Seoyun memadam kembali ayat itu. Telefon dicampak tepi. Serabut pula kepala memikirkan Jungkook.
Sejujurnya, dia turut rasa bersalah dengan Jungkook. Kata-katanya melampau.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Terkejut Seoyun. Telefonnya dicapai. Nama eomma tertera di skrin telefon.
"Yoboseyo? "Seoyun menjawab panggilan. Setelah sekian lama, ibunya tidak menelefon dia.
"Seoyun ah, eomma menganggu Seoyun ke? "Soal ibu kepada Seoyun, Puan Lee.
"Tak adalah. Seoyun tengah releks lepas mandi ni. Ada apa eomma call? "Seoyun memejam matanya seketika.
Setelah sekian lama dia tidak mendengar suara itu. Rasa rindu. Hidup berdikari di Korea sedangkan ibunya menetap di luar negara bukannya mudah.
Walaupun setiap bulan ibunya memasukkan duit belanja ke dalam akaun bank, jarang sekali dia keluarkan. Dia cuba untuk mencari duit sendiri dengan bekerja.
"Tak ada apa. Eomma sengaja call. Rindu dengan Seoyun. Seoyun apa khabar? Okey duduk dekat situ? "Soal Puan Lee.
"Baik je. Cuma kadang-kadang sunyi duduk rumah seorang diri. "Balas Seoyun.
"Maaf eomma tak dapat jenguk Seoyun. Eomma busy sangat dekat sini. Banyak kerja. "Kata Puan Lee.
Seoyun senyum hambar. Setiap kali diajak datang ke Korea pasti alasan sibuk diberikan.
"Tak apalah. Seoyun faham. "Seoyun mengigit bibir.
Seoyun dapat tangkap bunyi bising didalam telefon.
"Emm Seoyun, eomma kena pergi ni. Jaga diri okey? Kalau belanja tak cukup, mesej je eomma. Bye. "Kata Puan Lee. Tak sempat Seoyun mahu ucapkan selamat tinggal, panggilan sudah dimatikan.
Seoyun mengeluh. Bosan.
--
Jungkook memandang telefonnya lama. Dia mengigit kuku memerhati skrin.
"Dia nak hantar apa? "Soal Jungkook.
"Kau cakap dengan siapa ha? Kalut je aku nampak. "Yugeom datang dengan dulang berisi air yang mereka pesan.
"Entah kau ni. Ajak lepak. Tapi main phone. Buang masa aku je. "Kata Mingyu. Air dihirup.
"Seoyun ni. Tadi aku nampak dia typing. Punya lama aku tunggu, tiba-tiba tak ada. "Balas Jungkook.
Mata masih merenung skrin. Mengharap Seoyun hantar apa-apa mesej. Tapi hampa, Seoyun terus meninggalkan last seen.
"Eleh dia nak type something lah tu tapi tak confident. Padam balik. Aku tahu dah dia tu. "Kata Mingyu. Seoyun member perempuan paling rapat kut.
"Menyampah aku dengan orang dilamun cinta ni. Acah merajuk nak suruh dia pujuk kan? "Soal Yugeom.
"Diamlah kau. "
--
"Aku dah agak diaorang tak ada apa-apa hubungan. "
"Sampai hati dia cakap macam tu dekat Jungkook. "
"Heh dia ingat Jungkook nak sangat dekat dia? Perasan betul. "
"Kau nampak tak, bertapa sedihnya muka Jungkook bila Seoyun malukan dia semalam? "
"Jungkook nampak moody je hari ni. Semua salah Seoyun. "
"Jungkook ajak dia keluar je pun, tak payah nak mengamuk macam semalam. "
Seoyun mengeluh apabila mendengar sindiran daripada pelajar lain. Semua kesian dekat Jungkook.
"Aku tak tahu diaorang ni pekak ke apa tapi dia punya mengumpat sampai sini dengar tahu tak? "Sujin merungut. Badan disandar pada loker.
"Lantak diaoranglah. Malas aku nak layan. Nanti diamlah tu. " Seoyun memandang Sujin sekilas. Buku didalam loker diambil dan pintu loker ditutup.
"Kau dah minta maaf dengan Jungkook? "Soal Sujin. Mereka berjalan beriringan ke kelas.
"Belum. Aku tak tahulah nak cakap macam mana. "Kata Seoyun.
"Apa susah? Cakap jelah kau nak minta maaf sebab berkasar dengan dia. Aku yakin kalau Lee Seoyun yang minta maaf, cepat je hati dia sejuk. " Sujin mengusik.
"Heh. Aku segan lah. "Kata Seoyun.
"Aku tahu nak buat apa. Jom ikut aku. "Sujin menarik tangan Seoyun.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.