Puas berehat di bilik kesihatan, Seoyun berjalan ke kantin. Dia mengambil tray, sudu dan chopstick sebelum beratur mengambil makanan.
"Wuu ada ogokbap (nasi kacang merah). "Mata Seoyun bersinar melihat lauk yang dihidangkan.
"Wuu kimchi jjigae (stew kimchi). " Seoyun terliur. Seolah-olah dia tak makan setahun.
"Lee Seoyun! "Jeritan itu memenuhi kantin. Seoyun memejam matanya. Dia tahu itu suara siapa. Kalau tak malukan orang tak sah.
"Mana kau pergi? Sampai hati ponteng tak ajak aku. "Sujin berlari mendapatkan Seoyun. Tubuh gadis itu dipeluk.
"Kau ni lupa ke? Cikgu kan suruh dia pergi bilik kesihatan tadi. Nyanyok lah kau. "Mingyu menjetik dahi Sujin.
"Ada eh? Kenapa aku tak dengar tadi? "Sujin mengaru kepala.
Seoyun mengeleng. Dia berjalan meninggalkan mereka untuk mendapatkan tempat. Makan lagi bagus daripada layan dua orang tu.
Mingyu dan Sujin turut mengambil makanan sebelum duduk bersama Seoyun.
"Eo Jungkook, Yugeom? Yah Jeon Jungkook sini! "Mingyu melaung. Tangannya melambai Jungkook dan Yugeom dari jauh.
"Yah kenapa kau ajak dia. "Mata Seoyun membulat memandang Mingyu. Dia baru ingat mahu melupakan perjanjian dengan Jungkook.
"Kau kenapa gelabah sangat? Macam tak biasa pula Mingyu ajak Jungkook dan Yugeom rehat dengan kita. "Kata Sujin.
"Aku nak elak dari perjanjian antara aku dengan Jungkook. Aku tak nak keluar date dengan dia. "Balas Seoyun.
"Alah chill lah. Keluar date je pon. Kalau aku jadi kau, dah lama aku setuju. "Kata Sujin.
"Kau cakap senanglah. Aku yang kena keluar. "Seoyun mengeluh. Belum habis bergosip dengan Sujin, kerusi disebelahnya sudah di duduk oleh Jungkook.
"Nah minum ni banyak-banyak. Favourite kau kan. "Jungkook menghulur dua air yougurt pada Seoyun.
Seoyun menunduk. Harap-harap dia tak ingat.
"Ouh pasal dating tu, jangan lupa. Hujung minggu ni aku ambil kau dekat rumah. "Kata Jungkook kuat.
Dia memang sengaja nak orang lain dengar.
"Ada apa yang aku tak tahu ke? Bukan kau kena friendzone ke? Kenapa sampai keluar dating ni? Sejak bila couple? "Soal Yugeom bertubi-tubi dengan senyuman sinis dia.
"Aku tak couple dengan dia lah! "Seoyun menghentak tangan diatas meja. Pantang betul dengar orang kata dia dan Jungkook couple.
Keadaan di meja itu jadi sunyi apabila melihat Seoyun marah. Pelajar disekeliling juga memerhati mereka.
"Relekslah. Yugeom bergurau je, aku dating dengan kau suka-suka je. Bukan sebab aku suka kau. "Kata Jungkook. Muka dia yang tadi ceria jadi ketat. Langsung tak ada perasaan.
"Wow finally kau mengaku kau tak suka aku selepas beribu orang tanya. Kenapa tak cakap dari awal je? Kalau kau mengaku dari awal tak adalah menyusahkan hidup aku. Sikit-sikit kata Jungkook suka Seoyun lah. Seoyun dengan Jungkook nampak macam sweet couple. Kau ingat aku perempuan simpanan kau nak ajak keluar dating sesuka hati? "Luah Seoyun. Tak tahu kenapa dia beremosi sangat.
Jungkook memandang Seoyun seketika sebelum dia memandang ke arah lain.
"Arraseo. "Jungkook mengangguk. Dia menyambung makan tanpa mempedulikan pandangan yang lain.
"Pandang apa? "Soal Mingyu dengan kasar pada pelajar yang memandang mereka. Terus mereka menyambung makan.
Seoyun mengeluh. Dia terus bangun dan beredar dari situ.
--
"Psst Seoyun. "Sujin memanggil Seoyun perlahan. Seoyun memandang Sujin dengan kerutan didahi.
"Kau kenapa? Aku dekat sebelah kau kan, tak payahlah bisik-bisik. "Kata Seoyun. Macam-macamlah Sujin ni.
"Aku takut cikgu nampak. Aku nak cakap ni, tapi kau janji jangan marah aku. "Sujin menghulur jari kelingkingnya.
"Cakap je lah. "Seoyun dan menyambut.
"Alah janji dulu. "Sujin memuncung.
"Haih iyalah. Aku janji tak marah kau. Ha kenapa? "Dia membuat pinky promise dengan Sujin.
"Aku rasa kau tadi emosi sangatlah. Kesian tahu tak Jungkook tadi. Dia terus tak ada mood bila kau marah dia. "Kata Sujin.
"Aku bukan apa, aku cuma bengang dia kata macam tu. Dia seolah-olah main-main dengan aku. "Seoyun mengeluh.
"Aku faham. Tapi percaya cakap aku, Jungkook tak pernah anggap kau macam tu. Kau kena faham, lelaki ni ego nak terus terang. Tak baik tau kau marah dia macam tu. Malu dia bila semua orang dengar. Ni mesti sebab kau period kan? Itu yang garang semacam. "Kata Sujin lagi.
"Habis tu, macam mana? "
"Minta maaflah dengan dia. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.