; 18

2.2K 275 5
                                    

Seoyun berdiri di kaunter gim. Sementara tunggu Jackson, dia melayan pelanggan yang datang.

"Ha kenapa kau nak jumpa aku ni? Dengan baju sekolahnya. Tak menyempat. "Jackson munculkan diri.

Seoyun mengucapkan terima kasih pada pelanggan sebelum memandang Jackson.

"Aku nak minta sesuatu boleh? "Pinta Seoyun.

Dahi Jackson berkerut. Sebelum ni tak pernah Seoyun minta apa-apa.

"Minta apa? Kau ni menakutkan aku lah. "

Seoyun tersengih.

"Emm kalau hujung minggu ni aku minta cuti boleh tak? Hari sabtu. Aku nak buat check up mata. Hari ahad aku masuk kerja balik. "Kata Seoyun.

"Ouh aku ingat minta apalah tadi. Hmm okey lah. Sepanjang kau kerja dengan aku pun kau tak pernah minta cuti. Kau nak buat check up sebab kau rabun ke? "

Seoyun lega. Nasib baik Jackson sejenis manusia yang baik hati.

"Entahlah. Aku selalu sakit kepala. Penglihatan aku pun makin kabur. "Jawab Seoyun.

"Hmm baguslah tu. Kau pun makin dekat dengan exam. Tak adalah kau terganggu nanti. "Kata Jackson.

Seoyun mengambil bag sandangnya. Mahu balik.

"Okeylah. Aku balik dulu. By the way, thanks. "Seoyun meminta diri

"Aik tak nak tolong aku ke? "Jackson bergurau.

"Malas lah. Aku penat. "Seoyun tergelak sebelum keluar dari gim.

Jackson hanya mengelengkan kepala. Selamba betul dia jawab. Nasib baik Jackson sudah menganggap Seoyun macam adik dia.

--

Seperti yang dirancang, hari sabtu Seoyun sudah bersiap mahu keluar. Dia hanya mengenakan kemeja putih dan skirt labuh melebihi lutut.

Seoyun pergi ke klinik mata menaiki bas. Sampai sahaja disana, dia disambut mesra oleh petugas disitu. Sampai gilirannya, dia bertemu dengan seorang doktor wanita.

"Ya, boleh saya tahu masalah awak? "Soal doktor itu.

"Emm sebenarnya, saya nak cek mata saya. Sejak kebelakangan ni penglihatan saya semakin kurang jelas. "Beritahu Seoyun kepada doktor itu.

"Alright. Ikut saya.  "Arah doktor itu.

Doktor itu membawa Seoyun ke sebuah bilik. Didalamnya ada alatan memeriksa mata.

Doktor itu menjalankan pemeriksaan pada Seoyun.

"Mengikut hasil pemeriksaan, awak tak rabun Seoyun. Mata awak okey sahaja. "Kata doktor itu.

Seoyun berkerut.

"Tapi doktor mata saya sekarang ni tak berapa nampak. Kepala saya selalu sangat sakit. Bukan ke itu salah satu tanda rabun? "Soal Seoyun.

Doktor itu terdiam. Memikirkan sesuatu.

"Macam ini lah. Saya cadangkan awak jumpa doktor pakar di hospital. Sakit kepala dan penglihatan kurang jelas tak semestinya tanda-tanda rabun. Ia boleh berkait dengan penyakit yang lebih serius. "Kata doktor itu.

Seoyun tersentak. Penyakit serius?

--

Seoyun duduk di perhentian bas. Kata-kata daripada doktor tadi betul-betul menganggu pemikirannya. Penyakit serius.

Seoyun mengeluh panjang.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada satu mesej daripada ibunya. Setelah sekian lama.

Seoyun membuka mesej itu.

Eomma

[Image]
Seoyun ah, eomma harap Seoyun dapat terima.
Eomma dah lama nak bagitahu, baru hari ini ada peluang.
Nanti eomma hantar tiket flight ke Denmark okey?

Ketika membaca mesej itu, pelbagai perasaan bercampur didalam hatinya. Terkejut, marah, sedih dan kecewa.

Sakit hatinya apabila melihat gambar yang dihantar oleh ibunya. Gambar apa? Kad undangan ke majlis perkahwinan. Perkahwinan ibunya sendiri.

"Dugaan apa lagi ni? "Soal Seoyun sendirian.

Telefonnya berbunyi minta diangkat. Panggilan daripada ibunya. Seoyun menjawab.

"Seoyun ah. "Itu perkataan pertama. keluar daripad mulut ibunya.

"Apa ni eomma? Seoyun tak sukalah eomma. "Luah Seoyun. Jujur dia rasa sangat terkejut.

"Eomma minta maaf sebab tak bincang apa-apa dengan Seoyun tapi Seoyun tahu kan, eomma ada hak untuk bahagia. "Kata ibunya.

"Ya memang eomma ada hak. Tapi pernah tak eomma fikir pasal Seoyun. Eomma bahagia dekat sana sedangkan anak eomma dekat sini? Terbiar seorang diri. "Air mata Seoyun mula bertakung.

"Kenapa Seoyun, tak cukup belanja? Eomma boleh masukkan duit. "Ibunya cuba berlembut.

Seoyun tergelak sinis.

  "Seriously eomma? Duit eomma terlalu cukup tapi kasih sayang dekat seorang anak langsung tak ada. Tiga tahun Seoyun dekat sini tapi sekali pun eomma tak pernah jenguk. Setiap kali Seoyun call susah sangat eomma nak angkat. Nak harapkan eomma call? Jarang and now eomma nak kahwin? You know what? Eomma makin jauh dengan Seoyun. Yalah sebab eomma ada orang yang lebih penting untuk dijaga. Apatah lagi eomma selalu busy dengan kerja. You have no time for me. Seoyun sedar diri, siapalah Seoyun pada eomma. "Seoyun meluahkan apa yang dia rasa selama ni.

Hidupnya sunyi tanpa seorang ibu. Dia teringin mahu rasa kasih sayang seperti orang lain. Mahu harapkan ayah? Dia sendiri tidak tahu mana ayahnya.

Dia mahu luahkan perasaannya tapi dia tidak mampu.

Mungkin setengah orang beranggapan itu perkara biasa dan dia sebagai anak sepatutnya menyokong ibunya tapi Seoyun tidak.

Perkara ini sangat sensitif. Tak semua orang boleh terima dengan hati terbuka.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now