; 22

2.1K 258 4
                                    

Dewan dipenuhi dengan para pelajar yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan.

"Buang tabiat agaknya. Dah nak periksa tiba-tiba nak buat sukan untuk kita. "Kata Sujin. Daripada tadi dia membebel benda yang sama.

Mereka semua sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Ada yang siapkan bena untuk kumpulan masing-masing.

Seoyun, Sujin dan Mingyu meniup belon. Katanya untuk pasukan sorak. Memang meletup lah nanti.

"Biarlah. Ini sempena nak meraikan kita. Kasi semangat dah nak exam. "Kata Mingyu.

"Apa kena mengena exam dengan sukan? "Soal Sujin dengan muka tak puas hati. Dia paling malas hal sukan-sukan ni.

"Eleh banyak complain lah kau. Kau bukan masuk apa-apa pun. Kerja kau bersorak je. "Kata Mingyu.

Seoyun memandang Sujin dan Mingyu. Kalau tak bergaduh, tak sah. Ada saja nak berlawan.

"Hey korang dah tahu korang dalam group mana? "Yugeom muncul.

Dia mencangkung disebelah Mingyu. Ditangannya terdapat dua helai kertas. Senarai nama mungkin.

"Belum. Aku group berapa? "Soal Sujin. Dia menjeling kertas yang dipegang oleh Yugeom.

"Kau dan Seoyun kumpulan dua. Mingyu kumpulan satu. "Kata Yugeom.

"Okay thanks.  "Ucap Mingyu. Selepas menjawab, Yugeom bergerak ke tempat lain.

"Nasib baik aku tak sama kumpulan dengan kau. Kalau tak, bosan aku. Asyik-asyik nak hadap muka kau. "Kata Sujin kepada Mingyu.

Mingyu buat menyampah.

"Eii kau ingat aku nak sangat tengok muka kau. Dahlah tembam. "Balas Mingyu.

Sujin ini jenis badan kecil tapi pipi berisi. Orang kata pipi pau.

"Jahatlah kau. "Sujin baling belon pada Mingyu. Mingyu ketawa. Sujin paling tak suka orang panggil dia tembam.

Seoyun hanya mengeleng kepala. Tak berminat nak masuk campur.

"Yah Seoyun, tengok Jungkook. Wuu nampak tak muscle dia. "Tiba-tiba Sujin menolak lengan Seoyun. Jarinya lurus menunjuk kearah pintu masuk dewan.

Seoyun memandang ke arah yang Sujin tunjukkan. Ketika itu Jungkook sedang mengangkat kotak yang mengandungi air mineral. Kebetulan dia pakai lengan pendek, jadi nampak otot-otot dia.

Tiba-tiba Seoyun tersengih apabila mengenangkan hari sabtu yang lepas.

"Ha sengih-sengih tu, kau fikir pasal Jungkook eh? "Suara Mingyu menyentak Seoyun dari terus berangan.

Seoyun pantas mengeleng kepala. Tak akan dia nak mengaku, mahu seminggu kena bahan dengan Sujin dan Mingyu.

"No Seoyun. Kau tak suka Jungkook. Kau tak suka Jungkook. "Seoyun mengulang ayat itu berkali-kali di dalam hati.

Tapi sekejap sahaja apabila dia terpandangkan Jungkook lagi. Sudahlah dia pakai lengan pendek, ditarik lagi lengan hingga ke bahu. Tak cukup dengan itu, Seoyun memandang pula wajah lelaki itu sedang tergelak ketika bercakap dengan Yugeom.

Kau suka dia, Lee Seoyun.

"Apa ni? A big no! "Seoyun menampar pipi sendiri. Perlahan sahaja tak kuat.

"Hoi kau kenapa? "Sujin menolak Seoyun kuat.

Seoyun tersentak. Dia tersengih sebelum geleng kepala.

Tiba-tiba telefon Seoyun berdering. Nama ibunya tertera di skrin telefon. Seoyun mengeluh. Dia terus bangun dan beredar dari dewan. Bukan tempat yang sesuai untuk dia jawab.

"Hello. "Seoyun mengangkat panggilan.

"Seoyun ah. Seoyun sihat? "Soal ibunya. Seoyun mencebik. Setiap kali telefon mesti itu yang ditanya. Selepas itu, panggilan tamat macam itu sahaja dengan alasan ibunya sibuk.

"Straight to the point. Eomma nak apa? "Soal Seoyun. Agak kurang ajar.

"Eomma dah tempahkan tiket flight ke Denmark untuk Seoyun. Seoyun datang ya? "Ibunya cuba memujuk. Dia berharap sangat Seoyun datang. Selain perkahwinan, ada lagi perkara penting yang dia mahu Seoyun lihat.

"Stop eomma. Seoyun tak akan datang! "Kata Seoyun tegas.

"Seoyun cuba faham eomma. Eomma buat semua ni untuk kebahagiaan Seoyun. "Kata ibunya.

Seoyun tersenyum sinis. Bahagia?

"Eomma busy, Seoyun faham. Eomma banyak sangat kerja, Seoyun faham. Eomma tak ada masa untuk Seoyun, Seoyun faham. Apa kata eomma pula cuba faham dengan Seoyun. Apa yang eomma buat langsung tak buatkan Seoyun gembira. Seoyun cuma nak eomma menetap di Korea. Itu sahaja. "Luah Seoyun.

Dia mengusutkan rambut. Tambah lagi dengan sakit kepala yang tiba-tiba menyerang. Seoyun rasa sangat serabut dan stres.

"Tapi.. "

Seoyun terus matikan panggilan. Dia tahu, tindakan dia kurang ajar tapi dia tak boleh kawal marahnya. Kalau lebih lama dia dengar, dia risau dia akan lebih berkasar.

"Hey. "Seoyun menoleh ke tepi.

Jungkook.

Pasti lelaki itu dengar semuanya.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now