; 21

2.2K 258 17
                                    

Jari Seoyun bergerak menekan butang play dan suara seorang guru sedang mengajar kedengaran melalui earphone yang dipakainya.Seoyun menyalin nota-nota penting yang dia perolehi.

Jackson yang kebetulan lalu di kaunter menjengah apa yang Seoyun buat. Buku tersusun diatas meja kaunter dan laptop terpasang. Seoyun sedang belajar.

Dia tersenyum melihat kesungguhan Seoyun. Peperiksaan Suneung (CSAT) tak lama lagi. Jackson langsung tak kisah kalau Seoyun belajar ketika sedang bekerja. Asalkan bila pelanggan datang dia layan.

Jackson meninggalkan Seoyun sendirian.

Beberapa minit, Seoyun terasa kepalanya kembali berdenyut seperti selalu. Seoyun mencabut earphone. Ubat tahan sakit yang berada didalam bagnya diambil. Dia menelan sebiji ubat sebelum meneguk air.

Seoyun berehat seketika. Dia menongkat dagu. Ada beberapa perkara yang bermain dimindanya.

Perlu ke dia pergi ke hospital dan buat pemeriksaan?

Perkahwinan ibunya pula.

Seoyun mengeluh. Pening kepala memikirkannya.

"Excuse me. "Satu tangan melambai tangan dihadapan Seoyun. Lelaki itu mengeluh dari tadi dia cuba memanggil Seoyun.

Lelaki itu menekan loceng yang berada diatas kaunter.

Ting! Ting!

Seoyun tersedar. Dia terus memandang ke hadapan. Seorang lelaki memandang dia dengan senyuman. Muka dia berpeluh, baru habis bersenam mungkin.

Macam kenal je.

"Ha sedar pun. Awak berangan apa? Daripada tadi saya panggil. "Kata lelaki itu.

Ouh, baru Seoyun ingat. Lelaki ini kawan Jackson. Nama dia Namjoon. Jackson pernah bagitahu. Dia doktor pakar dari New Zealand.

"Sorry. Cari Jackson ke? "Soal Seoyun.

"Tak lah. Saya nak beli air mineral sejuk. Nak dua. "Kata Namjoon.

Seoyun mengangguk. Dia mengambil air mineral daripada peti sejuk lalu diberikan pada Namjoon.

"Are you okay? Tadi nampak macam tak sihat je. "Soal Namjoon.

Seoyun terdiam.

"Tak ada apa."balas Seoyun.

"Alright. Saya pergi dulu. "Namjoon tersenyum sebelum dia mahu pergi.

"Er Namjoon. Sekejap. Awak doktor kan? Saya nak tanya awak sesuatu. "Seoyun menahan Namjoon daripada pergi. Namjoon berpaling semula.

Namjoon berdiri dihadapan Seoyun semula.

"Ya tapi macam mana awak tahu nama saya and my job? "Soal Namjoon.

"Jackson pernah bagitahu saya. "Kata Seoyun.

"Ouh. Okay. Sambunglah awak nak tanya apa? "Namjoon bersandar di kaunter.

"Okey macam ni, semalam saya pergi cek mata sebab pandangan saya semakin kabur dan saya kerap sakit kepala. Jadi saya ingat mungkin tanda saya rabun. Tapi bila cek, doktor kata mata saya okey. Dia cadangkan saya buat check up dengan doktor pakar sebab apa yang saya alami mungkin berpunca dari sakit lain. Apa pendapat awak? "Seoyun menceritakan apa yang dialaminya.

"Ya betul tu. Sebagai doktor saya sarankan awak buat pemeriksaan awal. Hmm saya nak tanya, awak ada rasa apa-apa perubahan selain sakit kepala dan penglihatan kabur? "Soal Namjoon.

"Hari tu saya pengsan sebab sakit sangat kepala tapi sebelum itu saya rasa susah sangat nak betutur. Sekarang pun saya selalu tak selera makan dan berat badan saya turun mendadak. Minggu ni sahaja saya dah turun tiga kilogram. "Kata Seoyun.

Namjoon memandang Seoyun dengan serius.

"Macam ni lah. Kalau saya nak cakap dekat sini sahaja tak boleh. Awak perlukan pemerikaaan, baru boleh didiagnosis dengan penyakit apa. Saya sangat sarankan. "Kata Namjoon setelah mendengar kenyataan Seoyun. Namjoon mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Ini kad saya. Kalau awak ada masa terluang bolehlah berjumpa dengan saya. "Kata Namjoon. Sekeping kad diberikan pada Seoyun.

"Ahh terima kasih. "Seoyun melihat kad itu. Ada nama Namjoon, pangkat dan hospital yang dia kerja. Nombor telefon juga terselit disitu.

"Saya pergi dulu okey? Saya ada kerja nak dibuat. Bye. "Namjoon tersenyum sehingga terselah lesung pipitnya.

Seoyun memandang pemergian Namjoon sebelum melihat kad ditangannya.

--
Tbc.
Sebelum type ni aku ada buat carian supaya tak salah bagi info..andaikata apa yang aku sampaikan salah atau tak tepat, tolong bagitahu okey?supaya aku boleh betulkan.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now