Sujin melihat kearah pintu kelas. Dia terus mencebik bibir apabila melihat orang yang sangat dirinduinya.
"Seoyun! "Sujin terus berlari mendapatkan rakan baiknya itu.
"Hai. "Seoyun tersenyum kecil melihat Sujin seperti mahu menangis.
"Mana kau pergi. Seminggu kau hilang. Aku call tak nak jawab. Aku mesej kau tak balas. Tahu tak aku risau. Aku ingat kau tak nak kawan dengan aku dah. "Luah Sujin.
Seoyun tergelak. Dia terus menarik tangan Sujin untuk duduk ditempat mereka.
"Sorry. Emm aku tak sihat. Aku demam. "Kata Seoyun.
"Oh kalau ya pun janganlah sampai tak jawab mesej aku. Risau aku tahu tak? Tiba-tiba kau menghilangkan diri. "Kata Sujin.
"Okey aku tak buat lagi. "Balas Seoyun.
"Nah, nota untuk seminggu yang kau tak datang. "Sujin menghulurkan buku notanya kepada Seoyun.
"Thanks. "
"Minggu ni study week, cikgu tak masuk sebab nak bagi kita ruang ulangkaji memandangkan minggu depan dah exam. Fuh aku nervous. "Kata Sujin.
Bukan Sujin sahaja, semua pelajar berdebar. Tengoklah sekarang, semua tekun menghadap buku.
"Mingyu mana? "Soal Seoyun apabila tempat duduk sebelahnya masih kosong.
"Tak tahu. Melepak dengan Jungkook kot. Oh cakap pasal Jungkook kan, aku ada gosip tau. "Sujin tiba-tiba bangun dari tempatnya dan duduk disebelah Seoyun.
"Kau tahu seminggu kau tak datang, macam-macam jadi. "Sujin memulakan sesi mengosip.
Seoyun tersengih memandang Sujin. Kalau gosip dia nombor satu. Seoyun mengeluarkan buku notanya. Dia mula menyalin nota dari buku Sujin
"Apa jadi? "Soal Seoyun. Mata memandang buku.
"Aku tak tahu kenapa Jiayi dengan Haerin obses sangat dengan Jungkook sampai diaorang sanggup bergaduh sebab nak duduk sebelah Jungkook masa rehat. Katanya nak ganti tempat kau. Gila kan? "
Seoyun berhenti menulis. Jungkook, sudah lama dia tak jumpa lelaki itu.
"Ouh. "
"Nasib baik Jungkook tak layan diaorang berdua. Dia terus pergi macam tu je. Lepastu kan, Jiayi buat hal lagi. Dia confess dekat Jungkook depan orang ramai masa hari sukan tu. Tapi kesian lah. Jungkook reject dia. "
"Ouh. "
"Tahu tak dia cakap apa masa dia reject Jiayi tu? "
"Tak. "
"Dia kata macam ni. Maaf, kau bukan Lee Seoyun. Lagi satu tolonglah jangan malukan diri sendiri depan orang macam ni. "Sujin meniru gaya Jungkook bercakap. Siap dengan gaya dan memek muka lagi
"Ouh. "
Sujin berdecit memandang Seoyun.
"Yah! Penat aku cerita itu je reaksi kau? Ish! "Sujin memeluk tubuh. Merajuk.
Seoyun tergelak. Dia memandang Sujin sekejap sebelum kembali fokus menyalin nota.
Alah nanti sejuklah tu.
--
Seoyun berhenti menulis. Dia memicit kepala apabila sakit kepala kembali menyerangnya. Seoyun memandang Mingyu disebelahnya dan Sujin yang berada di belakang sebelum bag yang mengandungi ubatnya diambil secara diam.
Seoyun bangun. Kalau dia makan ubat ketika itu, pasti mereka akan tanya macam-macam soalan.
"Yah nak pergi mana? "Soal Mingyu. Dia baru sahaja mahu minta tolong Seoyun ajarnya.
"Emm aku nak pergi tandas sekejap. Sakit perut. "Kata Seoyun.
"Ouh. Cepat sikit. Aku nak minta tolong kau ajar cara nak jawab soalan ni. "Kata Mingyu.
Seoyun mengangguk. Tak lupa dia ambil botol airnya dan keluar dari kelas.
"Aik pergi tandas bawa botol air? "
Mingyu memandang Seoyun hairan sebelum menjungkit bahu.
Seoyun berjalan pantas. Bukan ke tandas tapi ke bilik kesihatan. Baru sahaja separuh jalan, dia berhenti dan tertunduk apabila kepala terasa berdenyut dan telinganya berdesing.
"Argh. "Seoyun mengerang sakit. Kepalanya dicengkam dengan sebelah tangan.
"Yah kau okey? "Tiba-tiba bahu Seoyun ditepuk. Seoyun menoleh.
Haerin.
"Okey. "Balas Seoyun sebelum dia terus meninggalkan gadis itu.
"Mwoya? Dia blah macam tu je. Ceh aku cuba berbaik dia layan aku macam ni? Heol. "Haerin mencebik.
Seoyun masuk ke dalam bilik kesihatan. Pintu ditutup rapat sebelum dia duduk disatu katil. Ubatnya segera diambil dan ditelan.
"Eh Seoyun? "
Seoyun tersentak. Dia terus menoleh. Terkejut dia apabila melihat Jungkook berada di situ. Cepat-cepat dia menyorokkan ubat dibelakangnya.
"Kau makan ubat apa tu? "
Oh shit.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.