; 36

2.1K 265 20
                                    

Bunyi esakan dan tangisan yang memenuhi bilik itu, telah menyedarkan Seoyun. Matanya dibuka perlahan apabila silauan cahaya sedikit menganggu penglihatannya.

Keluarga dan rakan-rakannya semua berada di situ. Mereka menatap Seoyun apabila menyedari gadis itu sudah sedar.

"Seoyun! "Puan Lee terus memeluk anaknya.

"Air. "Kata Seoyun. Tekaknya sangat kering ketika itu. Dia mahu menghilangkan rasa perit di tekak.

Puan Lee tergesa-gesa mengambil air. Dengan bantuan yang lain, mereka menolong Seoyun bangun. Air diteguk.

"Apa semua buat dekat sini? Kenapa Seoyun ada dekat wad? "Soal Seoyun.

Tak semena-mena, semua orang menitiskan air mata memandang Seoyun.

"Kenapa Seoyum rahsiakan penyakit Seoyun dari eomma? Kenapa Seoyun harungi seorang diri? "

Seoyun terjeda.

"Ah jadi semua dah tahu. "Seoyun tersenyum kecil.

"Kau ada kami. Kenapa kau tak bagitahu pada kami? Kenapa perlu kau rahsiakan dari kami? "Sujin mendesak.

Seoyun bersandar pada katil. Entah kenapa hatinya terasa tenang. Dia tersenyum lagi.

"Lega bila semua dah tahu. Perasaan yang Seoyun rasa akan mati seorang diri hilang macam tu je. Inilah sebab Seoyun tak nak bagitahu sesiapa. Tengok semua menangis. Come on, Seoyun nak pergi dengan kerelaan semua. Bukan tengok semua orang menangis macam ni. "Kata Seoyun tenang.

Sujin rasa mahu saja memarahi Seoyun ketika itu. Ini soal hidup dan mati tapi dia boleh tenang macam tu sekali.

"Sujin, kau kawan paling aku sayang. Sentiasa ada masa aku susah. Selalu buat aku ketawa. Aku akan rindu bila kita gedik sama-sama. Terima kasih untuk persahabatan kita. "

"Mingyu, kau pun aku sayang juga. Walaupun kadang-kadang kau annoying tapi serius aku suka berkawan dengan kau. Kau selalu tolong aku. Bila aku tak ada, kau jaga Sujin elok-elok. Bila dia menangis, kau tenangkan dia. Bila dia merajuk kau pujuklah dia. Terima kasih jadi kawan lelaki yang paling aku rapat. "

"Lucca, mungkin sudah terlambat tapi selamat datang ke keluarga kami. Mungkin saya tak banyak berborak dengan awak tapi saya dah lama terima awak sebagai ayah saya. Tolong jaga eomma bila saya tak ada nanti. Jaga dia bila dia sakit. Terima kasih kerana terima eomma seadanya. "

"Anna. Unnie tak sangka unnie ada adik. Anna adik unnie paling cantik. Stay cute and pretty. Belajar pandai-pandai macam unnie. Hehe. Jadi anak paling manja dengan eomma bila unnie tak ada nanti. Jaga eomma baik-baik. Arraseo? "

"Eomma jinjja bogoshipo. Maafkan Seoyun selama ini sebab kurang ajar dengan eomma. Seoyun bukan anak yang baik. Tapi eomma ingatlah, sepanjang kita duduk berjauhan, sekali pun Seoyun tak pernah lepas rindu eomma. Everytime Seoyun akan ingat pada eomma. Terima kasih untuk kasih sayang yang tak terkira. Mungkin tuhan anugerahkan Anna untuk eomma supaya eomma tak sedih bila Seoyun pergi. Anna boleh jadi penganti Seoyun. Seoyun tak pernah cakap ni tapi I really love you eomma. "

Suasana hening ketika mendengar ucapan Seoyun. Perbualan Puan Lee dengan Namjoon terngiang ditelinganya.

Sayu hatinya apabila Namjoon mengatakan, keadaan Seoyun semakin teruk.

Puan Lee memeluk Seoyun erat bersama dengan Sujin dan Anna Lee.

Mingyu mengalirkan air mata. Hatinya tersentuh dengan ayat Seoyun. Dimana lagi dia boleh dapat kawan seperti Seoyun?

Mungkin ada.

Tapi.

Tak akan sama.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now