Seoyun rasa macam nak pengsan bila tiga pasang mata memandang ke arahnya. Seperti selalu yang dia lakukan, Seoyun melarikan diri dari bilik itu. Jantung berdegup gencang.
Dia langsung tidak sangka akan berjumpa Jungkook disini. Sudahlah semalam dia tidak keluar dengan Jungkook. Tiba-tiba hari ini, terjumpa lelaki itu.
"Jackson. Jackson. "Seoyun berlari menuruni tangga. Laju dia menuju ke kaunter.
"Eh kenapa kau lari-lari ni? "Soal Jackson. Dengan muka Seoyun yang cemas, lagi buatkan Jackson cuak.
"Jangan cakap aku dekat sini. "Pesan Seoyun sebelum dia menyorok di bawah kaunter.
"Kau kenapa Seoyun? Apa jadi? "Jackson membongkok melihat Seoyun. Seoyun meletakkan jari telunjuk dibibir supaya Jackson diam.
"Excuse me. "Meja kaunter di ketuk. Jackson terus berdiri tegak.
"Ya? Boleh saya bantu? "Soal Jackson seperti biasa.
"Erm ada nampak Lee Seoyun tak? Rasanya saya macam nampak dia pergi sini tadi. "Mata Jungkook memerhati sekeliling.
"Awak siapa? Kenapa cari dia? "Soal Jackson.
"Saya Jungkook, kawan sekolah dia. "Jungkook hulur tangan mahu bersalaman dengan Jackson. Jackson menyambut tanpa ragu-ragu.
"Ouh, dia tak ada dekat sini. Baru je balik. Shift dia dah habis tadi. "Kata Jackson. Tipu.
Tak logik langsung alasan. Mana ada orang habis kerja pukul tiga petang.
"Ouh okey. Tak apalah kalau macam tu. "Jungkook menunduk sedikit sebelum dia pergi.
Seoyun menepuk kaki Jackson. Jackson terus memandang ke bawah.
"Dia dah pergi ke? "Soal Seoyun. Jackson mengangguk.
Seoyun segera keluar dari bawah kaunter. Dia melihat sekeliling. Jungkook memang tak ada.
"Siapa tu? Boyfriend kau eh? "Mata Jackson mengecil memandang Seoyun dengan sengihan.
"Mana adalah. Dah aku nak sambung kerja. "Seoyun berdiri. Dia keluar dari kaunter itu.
Baru sahaja dia mahu ke tangga, langkahnya terhenti melihat seseorang yang sedang bersandar memandangnya.
"So Lee Seoyun. Wanna say something? "Jungkook memandang Seoyun lama.
Seoyun terpaku. Ingatkan dah balik. Kenapa nasib kau malang sangat ni Seoyun?!
Seoyun memandang Jungkook atas bawah. Kenapa dia rasa Jungkook nampak kacak sangat? Dengan pakaian serba hitam. Rambut masih dibasahi peluh. Bag disandang pada sebelah bahu. Aksi Jungkook sedang boxing tadi tiba-tiba terlintas di mindanya.
Ahh handsomenya dia tadi
"Hey. "Jungkook memetik jarinya dihadapan Seoyun.
Seoyun mengeleng kepala. Apa yang kau fikir ni Lee Seoyun?
"Ermm.. Eh Jungkook! Masa bila kau datang? Apa kau buat dekat sini? " Seoyun sengih kekok. Soalan apa kau tanya ni Seoyun!
Jungkook tersenyum sinis. Dia berdiri tegak dihadapan Seoyun.
"Seriously Seoyun? Lepas kau mungkir janji then kau tanya aku apa aku buat dekat sini sedangkan kau sendiri nampak apa yang aku buat tadi. " Muka Jungkook berubah serius.
Seoyun gigit bibir. Dia tak pernah nampak Jungkook marah seperti ini.
"Okey aku minta maaf. Aku bukan sengaja tak nak keluar dengan kau. Kau sendiri nampak kan, aku tengah kerja. Macam mana aku nak keluar dengan kau? "Kata Seoyun.
"Tapi alasan utama kau memang kau tak nak keluar dengan aku kan? " Jungkook menduga.
Seoyun terdiam. Apa nak jawab ni?
"Tak apalah. Sorry kacau kau bekerja. Aku pergi dulu. "Jungkook berjalan meninggalkan Seoyun.
Seoyun gelabah. Rasa serba salah bersarang dihati.
"Wait Jungkook. "Seoyun menarik lengan Jungkook.
"Kalau kau tak kisah, shift aku habis pukul sembilan malam ni. Kau tunggu aku lepas habis kerja, kita keluar. "Kata Seoyun.
Jungkook menahan senyum.
"Okey. Aku tunggu kau. "Jungkook bersetuju.
"Kau tak nak lepaskan tangan kau ke? Ke nak aku teman kau kerja? "Mata Jungkook beralih pada lengannya yanh dipegang Seoyun.
"Ouh sorry. "Seoyun melepaskan lengan Jungkook.
Jungkook tersenyum sebelum dia berjalan pulang. Ah bahagia rasanya.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.