Selepas beberapa hari Seoyun bertemu dengan Namjoon untuk mendapatkan pemeriksaan, lelaki itu telah menyuruh dia melakukan pemeriksaan MRI otak.
Hari ini Seoyun bertemu dengan Namjoon lagi untuk mengetahui keputusannya. Jujur, dia sangat takut.
Seoyun masuk ke bilik Namjoon apabila namanya dipanggil. Seoyun mengambil tempat dihadapan lelaki itu.
"Hai Seoyun, how are you? "Soal Namjoon. Dekat dua hari juga Seoyun tak jumpa dia dan hampir seminggu Seoyun tidak hadir ke sekolah.
"Macam biasalah doktor. Sama sahaja keadaan saya. "Kata Seoyun.
Namjoon tersenyum sebelum diam. Wajah lelaki itu berubah serius. Keadaan juga jadi sunyi. Seoyun jadi tidak senang duduk melihat Namjoon.
"Saya harap awak bersabar dan sentiasa positif. "Kata Namjoon.
"Mengikut hasil keputusan pemeriksaan MRI, awak menghidap astrocytoma brain tumor gred 3. "Kata Namjoon lagi.
Tiba-tiba Seoyun tergelak. Gelak yang dibuat-buat.
"Doktor bergurau ke? Tak lawaklah doktor. "Seoyun cuba menyedapkan hati.
"No. Benda macam ini bukan boleh bawa bergurau. "Kata Namjoon. Dia faham Seoyun susah untuk terima.
Seoyun diam. Dia menundukkan
kepala. Dia tak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaannya sekarang. Terkejut. Sedih."Maksudnya saya akan mati? "Soal Seoyun. Kepalanya masih menunduk.
"Jangan cakap macam tu. Saya bukan tuhan untuk tentukan kematian awak. Awak boleh jalankan banyak rawatan untuk pulih. Jadi awak harus kuat. "Kata Namjoon.
Seoyun tersenyum kecil. Dia memandang Namjoon.
"Macam mana saya nak kuat doktor?
Peratus untuk hidup terlalu tipis. "Namjoon sedikit tersentak saat melihat air mata mengalir di pipi Seoyun.
"Awak tahu, sesetengah pesakit kanser tahap tiga seperti awak dapat hidup selama tiga tahun atau lebih. Awak tak boleh fikir begitu. "Namjoon cuba memberi semangat.
"And then? Mereka mati juga kan? "Soal Seoyun.
Namjoon mengeluh.
"Seoyun, saya tahu saya tak berada ditempat awak. Tapi saya doktor, saya faham apa yang awak rasa. Benda ini tak akan jadi mustahil kalau awak usaha. Mereka semua hidup atas usaha mereka dengan dapatkan rawatan. "Kata Namjoon.
Seoyun diam. Dia dengar apa yang Namjoon cakap tapi fikiran dia bercelaru.
"Boleh saya jumpa ibu bapa awak? Mereka perlu tahu perkara ini. "
Seoyun menundukkan kepalanya.
"I have nobody beside me. "
--
Seoyun berjalan tanpa arah. Tak tahu ke mana dia melangkah. Hati dan fikirannya sesak dengan pelbagai perkara.
Tanpa sedar, air matanya mengalir. Menghidap tumor otak tahap tiga, dia seperti tak dapat terima. Hidupnya tak lama.
Seoyun tak tahan rasa sesak di dadanya. Dia terus terduduk ditepi jalan. Langsung tak peduli orang sekeliling yang memandangnya.
Seoyun memeluk lutut. Mukanya disembam pada lutut. Dia menangis sepuas hati. Melepaskan semua yang dia rasa. Dia sangat perlukan seseorang.
Ting!
Bunyi mesej daripada telefon Seoyun. Apabila rasa sedikit lega, Seoyun mengeluarkan telefonnya.
Eomma
Seoyun betul tak nak datang Denmark?
Eomma ada benda penting nak tunjuk.Tak semena-mena, Seoyun mencampak telefonnya ke jalan. Dadanya naik turun menahan marah.
Rasa geram, marah, sedih dan terluka. Dia rasa ibunya sangat pentingkan diri. Rasa sedih dengan penyakit yang dialaminya belum habis ditambah lagi dengan desakannya ibunya.
"Eomma gembira disana. Sedangkan Seoyun dekat sini merana. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Фанфик| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.