; 32

2.1K 258 3
                                    

Jungkook menghulurkan air tin yang dibeli pada Seoyun. Dia mengambil tempat disebelah gadis itu. Daripada tadi Seoyun diam, tidak bersuara.

"Aku rindu kau. "Ucap Jungkook.

Seoyun tersentak dengan pengakuan Jungkook yang tiba-tiba itu. Tak tahu mahu beri reaksi apa.

"Aku tak tahu kau cakap apa tapi aku dah cakap jangan ganggu.. "Tak sempat menghabiskan ayatnya, Jungkook terlebih dahulu memotong.

"Kenapa? "Soal Jungkook. Seoyun memandang Jungkook tak faham.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku kenal kau dah lama Seoyun. Apa sebab kau nak aku jauhkan diri dari kau? "Soal Jungkook lagi.

Dia tak mahu terus berburuk sangka dengan Seoyun. Dia mahu jawapan dari mulut Seoyun sendiri.

"Sebab aku rimas dengan kau! Aku benci kau! "Kata Seoyun. Dia berdiri dan menjauhkan diri dari Jungkook. Hatinya sakit mengungkapkan ayat itu. Dia langsung tak maksudkannya.

Jungkook tersenyum sinis. Dia turut bangun menghadap Seoyun.

"Tipu! Kau tipu diri kau sendiri. You love me right? "

Seoyun terdiam. Dia merenung Jungkook dengan pelbagai perasaan.

"No. I hate you. "Seoyun menunduk.

"Liar. Kenapa kau simpan gambar kita berdua dalam bilik kau? Kalau kau benci aku, kau tak akan buat macam tu. "Kata Jungkook.

Seoyun mengeluh. Dia sudah agak, pasti Jungkook tahu dari Haerin. Salahnya sendiri tak simpan gambar itu.

"Fine. I do love you but find someone else. Aku tak nak kau terluka nanti. "Kata Seoyun.

Berkerut dahi Jungkook mendengar ayat Seoyun. Dia gembira tak terkata bila gadis itu mengaku tapi ayat terakhir itu menimbulkan kekeliruan padanya.

"Why I should find someone else when I have you? "Jungkook memandang Seoyun dengan muka tidak faham.

Seoyun mengeluh.

"Just go Jeon Jungkook. "Seoyun memandang Jungkook kali terakhir sebelum menapak pergi.

--

Kelas sedikit riuh apabila masing-masing sudah mengetahui sekolah yang bakal mereka pergi untuk menghadapi peperiksaan Suneung (CSAT).

"Kau dapat sekolah mana? "Soal Sujin.

"Sekolah tinggi Kyunghwa. "Balas Seoyun.

"Arghh sama! "Sujin menjerit. Terkejut Seoyun dibuatnya.

"Kau Mingyu? "

"Sekolah tinggi Yeongnam. Semua student lelaki ambil periksa dekat situlah. "Kata Mingyu.

"Ouh. "Sujin mengangguk.

Ketika mereka sibuk bersembang, tiba-tiba mereka nampak ramai pelajar berlari di luar kelas. Keadaan tiba-tiba jadi kecoh.

"Kenapa tu? "Soal Sujin.

Mereka keluar dari kelas. Semua berpusu-pusu keluar dari kelas.

"Hey Yugeom. "Mingyu memanggil Yugeom yang kebetulan lalu.

"Apa jadi ? "Soal Mingyu.

"Jiayi! Dia nak bunuh diri! Semua orang tengah tunggu dekat luar bangunan cuba tenangkan dia. Cikgu pun tengah tunggu ambulans datang. "Kata Yuegom.

"What?! Kenapa dia nak bunuh diri? Gila lah dia ni. "Soal Sujin.

"Orang kata sebab Jungkook tolak dia. "Kata Yugeom.

Seoyun yang mendengar kenyataan Yugeom terus berlari ke bahagian bumbung sekolah.

"Eh Seoyun! "

--

Seoyun menolak pintu kasar. Di depan matanya, jelas terlihat Jiayi berdiri dihadapan tembok. Hanya tunggu masa.

"Jiayi apa kau buat ni? Kau gila ke? "

Jiayi memandang Seoyun tajam. Tiba-tiba dia ketawa.

"Memang aku gila. Aku gilakan Jungkook! Apa kurangnya aku sampai dia tak habis-habis sebut nama kau? Kau tahu tak, aku dah buat macam-macam untuk dia tapi apa yang dia balas? Dia tolak aku mentah-mentah. Aku cinta dia Seoyun! Kenapa dia buat aku macam ni? "Jiayi meracau.

Seoyun menghampiri Jiayi perlahan-lahan.

"Sabar dulu. Jangan bertindak terburu-buru macam ni. Ramai lagi lelaki yang kau boleh cari. Kita masih muda Jiayi. "Pujuk Seoyun.

"Arghh aku benci orang suruh aku sabar. Aku nak Jungkook! "Jiayi menghentak kakinya. Kalau silap langkah memang, Jiayi sudah terjatuh.

"Berhenti buat kerja gila lah Jiayi! Aku penat dengan kau. "Pintu ditolak kasar. Terpacul wajah Jungkook yang kelihatan sangat marah.

"Jungkook. "Riak muka Jiayi berubah kepada sedih. Tiba-tiba dia menangis.

"Kenapa bukan saya? Kenapa awak pilih dia? "Soal Jiayi. Dia seperti bermain dengan emosi sendiri.

Jungkook mengeluh kasar. Dia tak tahu Jiayi terlalu obses dengannya. Mereka baru kenal tak sampai sebulan.

"Berhentilah Jiayi. Hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa. Kenapa kau nak bunuh diri kerana aku? Semua tu sia-sia. Tolonglah. Aku merayu dengan kau. Jangan buat kerja gila macam ni. "Jungkook melembutkan nada suaranya.

Jiayi memandang Jungkook sebelum pandangannya bertembung dengan Seoyun.

"Seoyun tolong aku. Ajar aku macam mana nak jadi kau supaya Jungkook jatuh cinta dengan aku. "Pinta Jiayi.

Seoyun menghembus nafas perlahan. Dia yakin Jiayi ada masalah kesihatan mental.

Seoyun memandang Jiayi.

"Kalau kau tahu macam mana hidup aku. Aku yakin kau mesti tak nak jadi aku. Hidup aku bukan bahagia macam yang kau sangka. Kalau kau nak jadi aku hanya kerana Jungkook, lupakan. Jadi diri sendiri Jiayi. Cari lelaki yang nak dengan kau. Ada orang lebih baik dari Jungkook. Jangan hancurkan hidup kau kerana dia. Aku merayu. "

Seoyun menghampiri Jiayi. Tangannya dihulur supaya Jiayi menyambut. Tapi Jiayi seolah-olah bermain tarik tali dengannya. Tangannya seperti mahu menyambut tangan Seoyun tapi kaki semakin menapak ke belakang.

"Maaf aku tak boleh terima. "Kata Jiayi. Dia tersenyum sebelum kakinya melangkah ke belakang. Badannya hilang imbangan.

"Jiayi! "Seoyun terus berlari. Nasib baik, Seoyun sempat menarik sebelah tangan Jiayi.

Seoyun mengetap gigi. Kudrat perempuannya cuba menahan berat Jiayi yang tergantung itu. Kalau terlepas memang Jiayi akan terjatuh.

"Tolong bertahan. "

--
Tbc.
Mm aku merapu lagi

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now