Seoyun menatap skrin telefonnya yang sudah retak akibat dibaling semalam. Banyak panggilan telefon yang masuk dari ibunya, Sujin, Jungkook dan Mingyu tapi semua dia tak angkat dan mesej pun dia tak balas. Dia rasa mahu menyendiri. Jauh dari orang lain.
Seoyun menarik selimut sehingga menutupi tubuhnya. Daripada semalam dia berselubung diatas katil.
Sekali lagi air mata Seoyun mengalir. Rasa sedih. Dia terasa hidupnya tiada lagi harapan. Dia betul-betul hilang semangat untuk hidup.
Dia sukar untuk menerima hakikat. Kadang-kadang dia tertanya, kenapa dia yang dipilih untuk terima ujian ini? Sedangkan dugaan dengan ibunya juga susah untuk dia hadapi.
Seoyun menangis semahunya. Dilepaskan semua perasaan yang terbuku didada.
Tiba-tiba loceng rumah Seoyun berbunyi. Pada mulanya Seoyun abaikan tapi berkali-kali pula bunyinya.
Seoyun mengeluh. Air matanya dikesat kasar sebelum dia bangun dari katil. Pintu rumah dibuka.
"Doktor Seokjin. "Seoyun sedikit terkejut.
Seokjin memandang Seoyun lama.
"Are you okay? "Soal Seokjin saat melihat wajah Seoyun yang sembap dan mata gadis itu merah.
"Err ya i'm okay. Masuklah. "Ajak Seoyun. Seokjin melangkah masuk ke rumah gadis itu. Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke rumah Seoyun.
"Ada apa doktor datang? "
"Sebenarnya, saya datang ni sebab Jungkook. Dia kata dia call awak tak angkat dan minggu ni awak langsung tak datang sekolah. Dia risau so dia minta tolong saya tengok-tengokkan awak sebab dia kata kalau dia pergi rumah awak, dia takut awak tak selesa. "Terang Seokjin.
"Oh. "Seoyun terdiam. Sejak dia marah Jungkook hari itu, mereka langsung tak berhubung. Bila Jungkook telefon atau mesej, dia langsung tak layan kerana keadaanya sekarang.
"Err saya demam. Jangan risau. Saya tak apa-apa. "Seoyun menipu.
"Sekejap. Saya buatkan air untuk doktor. "Kata Seoyun. Dia berlalu ke dapur.
Seokjin duduk diatas sofa yang tersedia dia ruang tamu sementara menunggu Seoyun. Tiba-tiba mata Seokjin menangkap sekeping kertas yang terdapat diatas meja yang berada dihadapannya.
Seokjin mengambil kertas itu. Dia membaca dengan teliti. Seketika matanya membutang.
"Apa doktor buat ni? "Kertas ditangan Seokjin dirampas. Seoyun memandang Seokjin dengan pandangan marah.
"Siapa benarkan doktor sentuh barang saya sesuka hati? "Kata Seoyun. Dalam hati dia berharap, Seokjin tidak membaca semuanya.
"Awak ada penyakit kanser? "Soal Seokjin. Dia seperti tidak percaya ketika membaca surat pengesahan penyakit itu yang sepatutnya diberikan kepada ibu Seoyun.
Seoyun mengeleng kepala laju. Dia tak mahu sesiapa tahu.
"Jangan tipu saya. Ada nama awak Seoyun. Awak menghidap tumor otak, kenapa awak tak bagitahu eomma awak? Benda macam ini bukan boleh main-main. "Kata Seoyun.
"Buat apa saya bagitahu dia? She doesn't care about me! Doktor nak saya buat macam mana, kalau dia sendiri tak nak balik Korea. I must face it all alone! But I can't. "Tanpa sedar Seoyun meninggikan suaranya pada Seokjin.Sekali lagi, air matanya mengalir. Dia stres dan betul-betul tertekan.
Seokjin terpempan. Dia sedar, dia terlalu mendesak gadis itu.
"Okay saya hormat keputusan awak, bagitahu saya siapa doktor yang merawat awak? Biar saya jadi wakil sebagai ahli keluarga awak. "Kata Seokjin. Dia tekad mahu bantu Seoyun. Lagipun dia sudah anggap, Seoyun seperti adiknya walaupun mereka tidak rapat.
"Tak perlu doktor susahkan diri. "
"Tak susah langsung Seoyun. Saya ikhlas. Awak perlu jalankan pembedahan bukan? Biar saya jumpa doktornya. "Kata Seokjin.
"Saya tolak. Saya tak nak jalankan apa-apa rawatan. "Ujar Seoyun membuatkan Seokjin terkejut.
"Buat apa saya lakukan pembedahan? Selepas itu saya perlu jalankan rawatan radiasi dan kimoterapi, lepastu? Saya mati juga kan? "Kata Seoyun. Dia betul-betul sudah putus harapan.
"Seoyun. Awak tak boleh cakap macam tu. Hidup atau mati, itu bukan kerja kita untuk tentukan. Itu ketentuan tuhan. Awak perlu ikhtiar untuk terus hidup. Awak tak boleh terus putus asa macam ini. Mungkin awak anggap, tiada sesiapa disisi awak tapi awak silap. Awak ada kawan-kawan awak. Andai mereka tahu penyakit awak, saya yakin, mereka juga tak suka awak lemah semangat macam ni. Tentang ibu awak, saya yakin dia sangat sayangkan awak. Awak perlu sabar menunggu dia kerana usaha orang yang sabar tak pernah sia-sia. Trust me, so many people love you. Tolong jangan putus asa macam ni. "Pujuk Seokjin.
Seoyun menunduk. Dia terkesan dengan ayat Seokjin. Sangat menyentuh hatinya.
Seokjin menarik Seoyun kedalam pelukannya apabila melihat Seoyun menangis teresak-esak.
"Tolong janji dengan saya jangan bagitahu mereka yang saya sakit. Jangan bagitahu Jungkook. "
Seoyun tak mahu mereka risau.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfic| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.