; 3

2.8K 323 16
                                    

Seoyun menongkat dagu. Kejap bola ke kiri, kejap bola ke kanan. Seoyun mengeluh bosan. Disebabkan Mingyu dia kena duduk tepi gelanggang.

Suka tu memang suka sebab dia memang malas nak bersukan tapi dia rasa malu. Lontaran Mingyu terlalu kuat sampai buat hidungnya berdarah. Semua kerumun bertanya tentang keadaan dia. Disebabkan tak teruk, Sujin pergi sumbat hidung Seoyun dengan tisu.

Seoyun berpeluk tubuh. Dia memerhati dengan penuh debar melihat perlawanan kelas. Nampaknya kelas Jungkook mendahului.

"Yah Kim Mingyu, main lah betul-betul! "Seoyun melaung dari tepi gelanggang.

Mingyu menoleh memandang Seoyun dengan sengihan. Senyuman ada makna.

Bunyi wisel membuatkan semua pelajar berhenti bermain. Mereka berkumpul dihadapan cikgu Kang.

"Keputusan akhir, kelas 12-3 menjuarai permainan kali ini. Sampai sini sahaja kelas kita. Seoyun jangan lupa pergi bilik kesihatan. Rawat luka kamu tu. "Pesan cikgu Kang.

Selepas sahaja kelas bersurai, Seoyun terus melarikan diri ke bilik kesihatan. Tak nak jumpa Jungkook.

Seoyun yakin, Mingyu sengaja bagi Jungkook menang.

Seoyun segera menutup pintu bilik kesihatan. Tercungap-cungap dia menarik nafas.

"Kenapa aku setuju tadi? Alah bodohnya kau ni Seoyun. Now kau kena keluar dating dengan dia hujung minggu ni. "Seoyun menghentak kaki. Terasa menyesal yang amat.

Seoyun melangkah ke arah katil. Terus dia baring. Penat berlari. Tercungap-cungap dia mencari nafas.

"Awak ponteng lagi ke Seoyun? "Suara yang menegur tiba-tiba itu menyentakkan Seoyun. Nasib tak tergolek jatuh katil.

Ada orang ke dalam ni?

"Eh doktor Seokjin. "Seoyun terus bangun.

"Mana ada saya ponteng. "Seoyun menafikan. Kena perli teruk. Maklumlah sebelum ini, dia pernah bersubahat dengan Seokjin untuk ponteng kelas.

"Habis itu? "

"Err ni? "Jari telunjuk Seoyun terarah pada hidungnya yang disumbat dengan tisu.

"Kenapa sampai berdarah hidung ni? Sekejap saya periksa. "Seokjin mencabut tisu itu.

Seoyun jadi kekok. Buatnya Seokjin periksa hidung dia, tiba-tiba nampak tahi hidung macam mana?

"Tadi Mingyu terbaling bola kena muka saya, itu yang berdarah hidung ni doktor. "Kata Seoyun. Seokjin mengangguk faham.

Seoyun menghembus nafas lega apabila Seokjin tidak jadi mahu memeriksa. Sudah lah dia lupa yang dia dah korek hidung ke belum.

  Seokjin mengambil kiub ais lalu dihulur pada Seoyun.

"Letak ais dekat batang hidung awak supaya pendarahan berhenti. "Arah Seokjin. Seoyun menurut arahan.

"Rehat lah dulu. Nanti saya maklumkan dekat guru awak. "Kata Seokjin lagi.Seoyun baringkan badannya semula.

"Tadi lari macam tak cukup tanah kenapa? Ada orang ajak dating? Jungkook ke yang ajak tu? "Soal Seokjin dengan senyuman tersirat.

"Alah doktor ni macam tahu-tahu je. " Seoyun memuncung. Tengok tu, sampai doktor pun tahu Jungkook suka Seoyun.

"Saya nak tanya awak ni, kenapa awak tak suka sangat dengan Jungkook tu? "Soal Seokjin.

Seoyun mengeluh. Dia bangun menghadap Seokjin. Bukan Seokjin sahaja yang tanya soalan tu, ramai orang tanya.

"Doktor, kenapa saya nak suka dia pula? Dia tak pernah cakap dia suka saya. Lagi satu, dia tu ramai sangat peminatlah doktor. Dia annoying tahu tak, suka kacau saya. Saya masih sekolah, kalau nak bercinta pon saya akan bercinta selepas habis sekolah. Cinta zaman sekolah ni, semua cinta monyet. Buang masa.  Lelaki zaman sekarang ni, boleh percaya ke? "Luah Seoyun.

Kalau boleh, dia nak senaraikan lebih lagi tapi bila fikir balik buat penat mulut je. Bertambah stres lagi adalah.

"Kalau macam tu, lepas habis sekolah awak terima dia? "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now