Beberapa langkah Seoyun berjalan, dia menoleh kebelakang semula. Satu keluhan terbit dari bibir.
"Yah, kenapa kau ikut aku? Pergilah balik. "Seoyun memandang Jungkook tak puas hati.
"Aku nak hantar kau balik. Waktu-waktu senja macam ni, tak elok perempuan balik seorang diri. "Kata Jungkook.
Seoyun mencebik apabila mendengar ayat Jungkook.
"Dah berapa tahun aku balik seorang diri. Elok je. Mana ada bahaya. Orang pun ramai lagi. Pergi baliklah Jungkook. "Seoyun menghalau. Rasa nak tergelak dengar alasan dia.
"Tak nak. "Jungkook mengeleng kepalanya.
"Haih suka hatilah. "Seoyun kembali berjalan dengan Jungkook yang masih mengikutnya dari belakang.
Lima minit berjalan, Seoyun berhenti dihadapan sebuah apartment.
"Ini rumah kau? "Soal Jungkook. Seoyun mengangguk.
"Dah pergi balik. "Seoyun buat gaya menghalau dengan tangannya.
"Kau masuklah dulu baru aku balik. "Kata Jungkook.
Seoyun menjuling mata ke atas. Mengada betul lah Jungkook ni. Seoyun terus berpaling mahu pergi tapi baru beberapa langkah lengannya ditarik dari belakang.
"Kau nak apa lagi? "Ayat Seoyun terhenti apabila tiba-tiba Jungkook mengucup pipinya.
"Bye. "Jungkook senyum sebelum dia laju meninggalkan Seoyun.
"Yah Jeon Jungkook tak guna! "
--
Jungkook duduk termenung di perhentian bas. Sudah satu jam dia berada di situ. Rasa menyesal mula menyelubungi diri.
Tadi dia yang gigih nak teman Seoyun balik tapi sekarang dia sendiri terkandas disitu. Rasa menyesal tak tanya Seoyun nombor bas yang perlu dia naik.
Itulah dah besar baru nak belajar naik bas awam. Mahu menghubungi pemandu peribadinya, masa itulah telefon nak habis bateri. Klise betul.
Nak tanya orang? Salah sendiri sebab berat sangat mulut nak tanya.
"Emm hai. "Jungkook menoleh ke kanan apabila ada orang menegurnya.
"Err ya? "Jungkook memandang gadis yang berada disebelahnya.
"Sebenarnya saya dah lama nampak awak dekat sini tadi. Are you okay? "
Gadis itu memandang Jungkook. Sudah lama dia perhati Jungkook. Apalah lelaki kacak macam dia buat dekat perhentian bas lama-lama.
"I'm okay. Tengah tunggu someone. "Balas Jungkook. Tak akan nak mengaku situasi dia pula. Ego Jungkook sangat tinggi. Hanya orang tertentu sahaja mampu meruntuhkan egonya.
"Ouh. Ingatkan awak ada masalah. By the way, nama saya Jiayi. "Gadis bernama Jiayi itu menghulurkan tangannya pada Jungkook.
Jungkook memandang pelik. Tiba-tiba sahaja mahu berkenalan.
"Jungkook. "Itu sahaja yang dibalas. Huluran tangan dari gadis itu tidak disambut.
Senyuman manis diberikan pada Jungkook apabila lelaki itu tidak membalas. Jiayi mengambil tempat disebelah Jungkook.
Jungkook memandang dengan ekor mata. Terus dia rasa kekok dengan perempuan itu.
"Awak ni pemalu ke? "Soal Jiayi.
Jungkook mengeluh. Bukan pemalu, tapi awkward tahu tak? Tiba-tiba sahaja nak rapat ni kenapa? Jungkook merungut dalam hati.
Tiba-tiba sebuah Range Rover hitam berhenti dihadapan mereka. Cermin pada bahagian pemandu terbuka.
"Jungkook buat apa dekat sini? "Soal gerangan itu.
"Jin hyung. "Jungkook terus bangun. Lega dia hanya tuhan yang tahu. Tak boleh tahan berdua dengan gadis yang tidak dikenali itu.
Jungkook segera masuk ke dalam kereta Seokjin. Tanpa banyak soal range rover itu meluncur laju.
"Siapa tu? Setahu hyung, kau berkenan dekat Seoyun je. "Soal Seokjin. Dapat dia lihat Jiayi memandang Jungkook dengan penuh minat.
Haih susah jadi orang kacak ni.
"Entah. Tak kenal. "Balas Jungkook.
"Kau buat apa dekat kawasan sini? Cari hyung ke? "Tanya Jungkook lagi. Pelik tiba-tiba Jungkook berada disini.
"Tak lah. Tadi aku hantar Seoyun balik rumah dia. Lepastu aku tak tahu nak balik naik bas apa. Nasib baik hyung muncul. Kalau tak aku kena layan perempuan tadi. "Jungkook tersengih.
Seokjin mengelengkan kepala. Patutlah gelisah semacam je tadi.
"Ouh. Kenapa kau tak stay je dekat apartment tadi? Rumah hyung dekat situ juga. "Kata Seokjin. Keretanya membelok ke kanan.
Jungkook terus memandang Seokjin.
"What? "
"Rumah hyung sebelah rumah Seoyun je. "Kata Seokjin lagi.
"Ha?! Kenapa hyung tak bagitahu aku sebelum ni? "Jungkook terus memandang Seokjin.
"Kau tak tanya. "Seokjin mencebik. Salahkan kita pula.
Jungkook bersandar. Senyuman nakal terukir dibibirnya.
--
Tbc.
Sorry lama tak update
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.