Semua yang berada di dewan, tekun mendengar ucapan perasmian dari pengetua. Hari ini diadakan majlis graduasi untuk mereka semua kerana telah berjaya menamatkan persekolahan.
"Dengan ini saya merasmikan majlis graduasi pada hari ini. "Kata pengetua. Semua pelajar menepuk tangan.
Seorang demi seorang naik ke atas pentas untuk mengambil sijil penghargaan.
"Lee Sujin. "Sujin naik ke atas pentas. Dia senyum ketika gambarnya diambil.
"Kim Mingyu."Mingyu juga begitu. Dia tersenyum lebar saat naik ke atas pentas.
"Lee Seoyun. "Keadaan dewan jadi sunyi seketika. Mereka menunduk kepala sebagai penghormatan. Pemergian Seoyun sudah diketahui oleh semua pelajar di sekolah itu.
Sebagai wakil kepada Seoyun, Puan Lee naik ke atas pentas.
"Saya bangga dengan anak puan. Dia pelajar terbaik sekolah kami. Terima kasih kerana lahirkan insan sepertinya. "Ucap pengetua. Dia berjabat tangan dengan Puan Lee.
Puan Lee tersenyum. Disudut hatinya, dia terasa sedih kerana pemergian Seoyun. Ini kali pertama dia menghadiri aktiviti sekolah Seoyun.
"Terima kasih tuan."Puan Lee turun dari pentas.
"Jeon Jungkook. "Nama Jungkook pula dipanggil. Dia naik dengan senyuman.
Setelah semua nama dipanggil, mereka mengadakan sesi bergambar. Jungkook memandang sekeliling. Semua gembira bersama orang tersayang.
Jungkook tersenyum hambar. Dia lebih gembira jika Seoyun ada bersama.
"Jungkook. "Mingyu memanggil.
Jungkook tersedar dari lamunan. Dia menoleh. Mingyu dan Sujin menatapnya.
"Jom. "Mingyu menarik tangan Jungkook. Mereka menuju ke kelas mereka. Jungkook sedikit hairan apabila melihat pelajar yang keluar masuk dari kelas.
Sujin menolak pintu kelas lebih luas. Jungkook terkejut saat melihat meja yang di duduki oleh Seoyun terdapat bunga-bunga dan kertas origami.
Jungkook menghampiri meja Seoyun. Dia menyentuh kertas origami yang berada diatas meja. Bukan kertas kosong tapi terdapat ayat disitu. Semua meluahkan penghormatan mereka pada Seoyun.
"Nampak? Ramai yang sayang Seoyun. Kau sepatutnya gembira walaupun dia tak ada. Dia masih ada di hati semua orang. "Kata Sujin.
Jungkook tersenyum. Betul apa kata Sujin. Dia sepatutnya gembira hari ini.
"Hiks Seoyun. "Mereka bertiga menoleh apabila mendengar tangisan.
Haerin masuk dengan sesuatu di tangannya.
"Kenapa kau menangis? "Soal Jungkook.
"Aku tak sempat jumpa Seoyun buat kali terakhir. Masa dia sakit aku tak sempat jenguk dia. Dia banyak bantu aku. Aku baru ingat nak bagi dia hadiah tapi dia dah pergi dulu. "Luah Haerin. Dia menunjukkan lip matte ditangannya.
"Kenapa lip matte? "
"Sebab masa aku tinggal dengan dia, aku perasan bibir dia selalu pucat walaupun dia dah pakai lip balm. Masa tu aku tak perasan dia sakit jadi aku belikan. "Kata Haerin.
Sujin memeluk bahu Haerin.
"Kami boleh move on, kenapa kau tak boleh? "Kata Sujin
"Betul tu. Seoyun selalu pesan dekat aku. Kita simpan dia dalam kenangan terindah kita. So, letak dekat sini. "Kata Jungkook. Dia mengambil lip matte ditangan Haerin lalu diletakkan diatas meja Seoyun.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.