; 16

2.1K 272 14
                                    

  Perang mulut antara Jiayi dan Haerin mula menarik perhatian pelajar lain untuk melihat mereka.

Jungkook yang melihat Seoyun memerhati dari jauh terus meninggalkan Jiayi dan Haerin.

Haerin dengan sikap bersaing dia nak dapatkan Jungkook.

Jiayi pula yang muncul entah dari mana terus terhegeh-hegeh dekat Jungkook.

Naik gila layan dua manusia tu.

"Hai darling. "Jungkook menegur Seoyun. Senyuman yang paling tampan dia hadiahkan buat Seoyun.

"Eii. "Seoyun pandang Jungkook dengan muka menjengkelkan.

"Siapa perempuan tu? Tak pernah nampak pun. "Tanya Mingyu. Mulut menjuih pada Jiayi.

Jungkook menjungkit bahu. Dari awal jumpa Jiayi dia sudah tidak sedap hati.

"Budak baru. "Balas Jungkook.

"Haih kesian kau. Agak-agak kalau aku jadi peminat Jungkook, kau smack down aku macam tu tak Seoyun? "Soal Sujin. Sengaja nak uji Seoyun.

"Tak. Silakan. Aku tak berminat dengan Jungkook. "Kata Seoyun.

Dia berjalan ke kantin terlebih dahulu. Meninggalkan tiga orang yang berdiri tengah jalan.

"Auch kena friendzone. "

--

Seoyun menyedut air susu strawberi yang diberikan oleh petugas kantin. Makanan yang diambil hanya terusik separuh.

"Betul ni kau tak nak makan? "Soal Sujin. Dia menarik tray makanan Seoyun padanya.

"Tak. Kau habiskan lah. Aku tak ada selera lah. "Kata Seoyun.

Memang betul. Makan dua suap nasi sahaja buat dia kenyang. Sekarang selera makannya cepat hilang. Tak tahu kenapa.

"Aih mana boleh macam tu. Kau tu dahlah kurus kering. Kau tak makan lagi bertambah kurus. "Jungkook menyampuk.

"Makan ni. "Jungkook hulur sandwich kepunyaannya pada Seoyun. Dia menanti Seoyun membuka mulut.

"Tak nak. Aku tak kurus kering. Bencilah kau ni. "Seoyun menolak tangan Jungkook.

Geram pun ada. Jungkook suka panggil dia kurus kering. Elok je badan dia berisi.

"Kau dah lah tak terima cinta aku, lepastu nak benci aku pula. Janganlah macam tu. "Jungkook berpaling arah lain.

Semua yang berada di meja itu memandang Jungkook.

Kena sampuk ke apa?

"Gediklah kau. Geli tahu tak? " Yugeom buat muka mahu termuntah. Mingyu juga sudah menjeling. Sujin pula tayang muka tak percaya dengan Jungkook.

Tolonglah jangan muncul sisi gedik Jungkook tu. Minta kaki betul.

"Herm manusia zaman sekarang. Penuh hasad dengki melihat kebahagiaan aku. "Kata Jungkook. Dia menjeling mereka.

"What the hell. "

Akhirnya Seoyun mencarut.

--

Penerangan yang disampaikan oleh guru dihadapan semakin lama semakin hilang dari pendengaran Seoyun.

Dia benci dengan keadaan dirinya yang sekarang. Dia langsung tak boleh fokus apabila sakit kepala menyerangnya kembali.

Terlalu sakit. Berdenyut-denyut dia rasa. Pen yang dipegang Seoyun terlepas dari tangan. Dia meletakkan kepalanya diatas meja.

"Argh. "Seoyun merintih perlahan.

Seoyun memejam mata. Lain daripada yang sebelum ini, kali ini dia betul-betul tak tahan. Tangannya mengenggam penumbuk. Cuba melawan sakit itu.

"Hey Seoyun kau okey? "Bahunya ditepuk oleh Mingyu.

Sebenarnya dari tadi lagi Mingyu perasan keadaan Seoyun. Nampak macam tak senang duduk.

"Aku.. Aku.. "Seoyun tergagap. Terasa susah mahu bertutur.

Seoyun memandang Mingyu. Pandangannya kabur. Seoyun menunduk kepalanya.

"Aku.. "

  Tak sempat Seoyun menghabiskan ayatnya, matanya berpinar sebelum jatuh daripada kerusi.

"Seoyun! "

Mingyu terkejut apabila melihat Seoyun pengsan. Pembelajaran mereka terhenti. Keadaan jadi kelam kabut.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now