; 7

2.6K 304 8
                                    

Sekali imbas, muka Seoyun nampak sangat fokus mendengar apa yang guru bahasa inggerisnya sedang bincangkan.

Hakikatnya dia langsung tak dapat tumpukan perhatiannya. Otak sibuk memikirkan luahan hati Jungkook.

Tak tahu mahu percaya atau tidak. Nak kata dia tak suka, tidak juga. Nak kata dia suka pun, tak juga.

"Argh serabutnya. "Seoyun menyembam kepalanya diatas meja.

"Lee Seoyun kenapa dengan awak ni? Ada masalah? "Seoyun tersentak apabila namanya diseru. Dia terus mengangkat kepala. Satu kelas memandangnya.

"Tak ada apa cikgu. "Seoyun tersengih.

Seoyun menunduk malu. Dia menampar pipinya perlahan. Cuba fokus pada cikgu. Sujin disebelah, usah dikata. Sudah selamat beradu.

"Yah Seoyun. "Kerusi Seoyun ditendang dari belakang. Seoyun menoleh memandang Mingyu.

"Apa? "

"Ini mesti kau fikir pasal Jungkook kan? "Soal Mingyu. Nasib baik Mingyu cakap slow.

"Macam mana aku nak elak daripada keluar dengan dia? Aku tak nak. "Kata Seoyun. Mengharap bantuan daripada Mingyu.

"Apa susah. Tak payahlah pergi. Kau lupa ke setiap hujung minggu kau kerja dekat gym tu. "Kata Mingyu.

Seoyun terdiam. Dia hampir lupa yang dia berkerja di sebuah gim pada setiap hujung minggu.

Seoyun tersenyum. Tak perlulah dia risau lagi.

--

Loceng rumah Seoyun berbunyi. Seoyun tergesa-gesa keluar dari biliknya. Pintu rumah dibuka.

"Eh doktor buat apa dekat sini? "Soal Seoyun. Dia menjengah ke luar rumah.

"Saje melawat jiran. Boleh saya masuk? "Pinta Seokjin. Seoyun mengangguk. Dia membuka pintu lebih luas untuk memberi ruang Seokjin masuk.

 Dia membuka pintu lebih luas untuk memberi ruang Seokjin masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seokjin memerhati hiasan dalaman rumah Seoyun. Kemas dan tak bersepah. Walaupun tinggal seorang diri, rumah itu dijaga rapi. Mereka sudah lama berjiran tapi Seokjin tak pernah singgah rumah Seoyun.

Mata Seokjin tertacap pada cawan mee segera yang terletak diatas meja makan gadis itu. Seokjin mengelengkan kepala.

"Nah saya ada bawakan makanan untuk awak. "Seokjin menghulur bag bersaiz sederhana pada Seoyun.

Seoyun menyambut. Dia melihat isi didalam bag itu. Ada beberapa bekas makanan didalamnya.

"Lepasni jangan makan mee segera dah. Tak elok untuk kesihatan. Awak kan student. "Pesan Seokjin.

"Hehe terima kasih doktor. Duduklah dulu. Doktor nak air? Boleh saya buatkan. "Seoyun tersengih. Dia meletakkan bag itu diatas meja.

"Tak apa. Saya dah minum di rumah. Saya datang nak melawat je. "Kata Seokjin.

Seoyun mengangguk. Dia mengeluarkan bekas makanan yang diberi oleh Seokjin. Hidangan sampingan disimpan didalam peti sejuk.

"Eomma awak tak balik sini? "Soal Seokjin. Tangan Seoyun berhenti bekerja. Dia memandang makanan itu lama.

Biasanya ibu yang akan hantar makanan pada anaknya tapi ibunya tak pernah buat begitu. Sudah sangat lama dia tidak merasa air tangan ibunya.

"Tak. Dia busy. Banyak kerja dekat Denmark sana. "Balas Seoyun.

Seokjin sedar perubahan intonasi suara Seoyun. Pasti gadis itu berasa sedih. Bayangkanlah sudah tiga tahun dia menjadi jiran gadis itu, tak pernah sekali pun dia melihat ibu Seoyun.

"Awak tak nak ajak halmonie awak duduk dengan awak? "Soal Seokjin lagi. Setahunya, Seoyun sangat rapat dengan halmonienya.

Seoyun menutup pintu peti sejuk. Dia melangkah ke arah Seokjin dan duduk disebelah lelaki itu.

"Saya dah ajak doktor tapi dia tak nak. Dia lagi suka duduk dekat kampung. Banyak kerja boleh buat katanya. "Ujar Seoyun.

"Kalau awak tak kisahlah untuk cerita, mana ayah awak? "Seokjin bertanya dengan berhati-hati. Takut melukakan hati Seoyun.

Seoyun tersenyum hambar. Ayah, dah lama dia tak dengar panggilan itu.

"Saya tak tahu, lepas dia bercerai dengan eomma, kami terputus hubungan. Dia tak pernah cuba cari saya. Eomma pula mahu berhijrah duduk di Denmark. Saya tak mahu ikut dia. Itu yang saya duduk dekat sini seorang diri. "Cerita Seoyun. Hatinya bercampur baur. Sedih, marah dan kecewa.

Seokjin simpati pada Seoyun. Hidup seorang diri dalam umur yang masih muda bukan senang.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now