; 10

2.4K 297 14
                                    

Tepat jam sembilan malam, Seoyun habis bekerja. Gim juga akan ditutup. Seoyun menukar baju kerja ke baju biasa. Hoodie disarung pada tubuh.

"Jackson aku balik dulu. "Kata Seoyun ketika dia melangkah ke hadapan pintu masuk gim.

"Alright hati-hati. "Pesan Jackson.

Seoyun menolak pintu. Susuk tubuh Jungkook sudah kelihatan berdiri menunggu Seoyun.

Seoyun melihat penampilan Jungkook. Seperti biasa kemas dan bergaya.

"Sorry lambat. "Kata Seoyun.

"Nevermind. Nah. "Jungkook menghulurkan helmet pada Seoyun. Seoyun memandang Jungkook dengan tanda tanya.

"Kita naik motor ke? "Soal Seoyun. Dia melihat dibelakang Jungkook terdapat motor berkuasa tinggi jenama BMW S1000RR bewarna hitam.

"Ya. Ini je kenderaan aku ada. Kalau kau nak naik kereta tunggu kita kahwin nanti. "Kata Jungkook selamba.

Rasa nak tercekik Seoyun mendengarnya. Tinggi sungguh angan-angan mu wahai Jungkook.

"Aku tak kisah tapi.. "Seoyun mengaru kepala. Faham-faham je lah, motor je besar tapi ruang nak duduk tu kecil.

"Naik je lah. Kau pun badan kecil. Muat lah nak naik. "Kata Jungkook. Dengan selamba dia memakaikan helmet untuk Seoyun.

Jungkook menghidupkan enjin motor. Seoyun memegang bahu Jungkook. Pipinya merah apabila dia sendiri dapat hidu bau wangian Jungkook.

Jungkook mula menunggang laju meninggalkan tempat itu.

--

Jungkook membawa Seoyun untuk menonton wayang. Memandangkan hari dah malam itu sahaja aktiviti yang mereka boleh lakukan.

Seoyun dan Jungkook menunduk mengambil tempat mereka kerana movie sudah bermula.

"Kacaknya boyfriend dia. "Kata seorang gadis disebelah Seoyun. Mereka berdua memandang Jungkook dan Seoyun.

"Ya lah. Nampak sepadan. "Kata kawannya pula.

Seoyun terus memandang depan. Mengabaikan kata-kata gadis itu.

"Yah. "Lengan Seoyun disiku. Seoyun menoleh memandang Jungkook.

"Kau tak nak jadi girlfriend aku ke? Dua orang tu pun kata kita sepadan. Lagipun aku suka kau. Kau tak nak balas balik cinta aku ke? "Kata Jungkook bersahaja.

"Kau ni tak habis -habis merepeklah Jungkook. "Balas Seoyun. Mahu tutup rasa gugupnya.

"Aku serius Lee Seoyun. "Jungkook memandang Seoyun lama.

Tak tahan dengan renungan Jungkook, Seoyun kembali memandang hadapan. Dia langsung tak fokus dengan cerita itu.

Seoyun mengambil air yang mereka beli. Dia menyedut air itu.

"Itu air aku. "Kata Jungkook. Terus Seoyun tersedak. Terbatuk dia dibuatnya. Nasib air itu tidak menyembur.

Jungkook mengeleng kepala. Bibirnya mengukir senyuman. Belakang badan Seoyun ditepuk perlahan.

"Sorry. "Kata Seoyun.

"Sweetnya boyfriend dia. "Seoyun mendengar lagi suara gadis disebelahnya. Tak habis-habis puji Jungkook.

Seoyun mengeluh. Dia terus tak ada mood mahu melihat cerita itu. Seoyun mengeluarkan telefonnya apabila ada notification yang masuk.

Hampi seribu mesej dari aplikasi Line. Kebanyakkannya dari group batch. Ada juga mesej dari Sujin dan Mingyu.

Seoyun membuka mesej Mingyu. Ada satu pesanan.

Mingyu: Yah Seoyun! Kenapa kau
                 lari????

Seoyun mengerutkan dahi. Kenapa Mingyu ni? Tiba-tiba je hantar mesej macam tu.

Seoyun abaikan mesej Mingyu. Dia membuka mesej Sujin pula. Ada satu video yang diforward padanya.

Sujin: [Video]
Sujin: Yah!! Kau dah tengok video
              ni ke belum?????
Sujin: Dah heboh satu sekolah.

Seoyun membuka video itu. Video berdurasi satu minit itu mengejutkan Seoyun. Video dimana Jungkook meluahkan perasaannya pada Seoyun hari itu.

"Ige mwoya? "Seoyun terus membuka ruangan mesej dari group. Semua bergosip tentang dia dan Jungkook.

"Yah Jungkook, kau tengok chat group sekarang. "Arah Seoyun.

"Kenapa? "

"Tengok je lah. "Seoyun mendesak.

Jungkook mengeluarkan telefonnya. Dia juga menerima banyak mesej. Tapi seperti yang diarahkan oleh Seoyun, Jungkook membuka mesej dari group bacth.

"Ouh kenapa? "Jungkook memandang Seoyun tanpa perasaan.

"Kau dah tengok ke belum video tu? "Soal Seoyun. Geram pula tengok riaksi Jungkook macam tak kisah.

"Dah. Biarlah apa diaorang nak kata. Memang betul pun video tu. Aku suka kau. So what? "Jungkook menjungkit kening memandang Seoyun.

Seoyun tercenggang. Itu je riaksi dia?

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now