; 30

2K 280 11
                                    

Seokjin dan Namjoon duduk berhadapan dengan Seoyun. Betul kata orang, dunia ini memang kecil. Seokjin tak sangka, doktor yang merawat Seoyun ialah kawan baiknya ketika belajar dalam bidang perubatan dahulu.

"Seoyun sampai bila awak nak tangguh rawatan awak? Makin lambat awak tangguh, kesihatan awak makin terjejas. Awak tak boleh bergantung pada ubat sahaja. "Kata Namjoon.

Seoyun termenung. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Dia rasa putus asa untuk hidup.

"I don't know. Kalau saya dah bersedia untuk lakukan pembedahan tu saya cakap dengan doktor. "Kata Seoyun.

"Bila waktunya awak bersedia? Tengok fizikal awak sekarang makin susut. Muka awak makin pucat. "Kata Namjoon.

Seoyun mengeluh. Kepala dia rasa pening sekarang ini.

"Buat masa ini saya minta tolong sangat doktor jangan ganggu saya. Saya nak fokus untuk exam. Selepas itu saya akan fikirkan semula. "Kata Seoyun.

Tinggal lagi empat hari sebelum peperiksaan, dia tak mahu usaha dia selama ini terganggu kerana perkara seperti ini.

Namjoon dan Seokjin mengeluh. Mereka sangat risaukan Seoyun tapi gadis itu buat tak endah sahaja dengan diri sendiri.

--

Sejak Haerin tinggal di rumah Seoyun, Haerin jadi tertarik mahu berbaik dengan Seoyun.

Ketika Seoyun dan Haerin berjalan beriringan ke kelas, namanya tiba-tiba dipanggil.

"Yah Jeon Haerin! "Haerin menoleh.

Jeon Jungkook.

"Emm aku pergi dululah. "Kata Seoyun. Mahu elak dari berjumpa dengan Jungkook.

Tak sempat Haerin membalas, Seoyun telah melarikan diri.

"Yah kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh kan? Kenapa kau lari rumah? Aku rimas tahu tak eomma kau asyik call aku tanya pasal kau. Kau duduk mana? "Luah Jungkook.

Dah berapa hari hidupnya tak tenteram apabila ibu Haerin merangkap makcik sedaranya asyik menghubungi dia.

"Haih aku lari sebab eomma nak tunangkan aku dengan kawan dia. "Balas Haerin.

Jungkook memandang Haerin pelik. Buang tabiat ke perempuan ni? Bukan sebelum ni, dia bersaya awak dengan Jungkook. Lagi satu, pantang nampak Jungkook mesti nak peluk.

"Kau demam ke? "Soal Jungkook. Tangannya melekap pada dahi Haerin.

"Apa kau ni? "Haerin menepis tangan Jungkook.

"Wait, kau dah tak gedik macam dulu. Bersyukurnya aku. Siapa pun yang dah ubah kau, aku berterima kasih sangat. "Kata Jungkook.

"Urgh apa-apa je lah. Aku tinggal dengan Seoyun sementara. Bagitahu eomma aku, aku okey. "Kata Haerin.

"Jap kau tinggal dengan Seoyun? "

"Haih panjang ceritanya. Nantilah aku cerita. By the way, aku ada sesuatu nak tunjuk dekat kau."Haerin mengeluarkan telefonnya.

"Apa dia? "Jungkook mendekat mahu melihat apa yang Haerin mahu tunjukkan.

"Tengok ni. Aku jumpa dekat bilik Seoyun. You know what, I guess she love. "Haerin menunjukkan gambar polaroid yang dia tangkap di bilik Seoyun tempoh hari.

Mata Jungkook membulat. Gambar itu ketika Seoyun pertama kali bersetuju mahu ambil gambar dengannya.

"Kalau dia tak suka kau, tak mungkin dia gantung gambar ni dekat bilik dia. Kan? "

Tiba-tiba senyuman Jungkook melebar.

"Oh my god. Thanks, Haerin. Aku sayang kau. "Jungkook menepuk bahu Haerin sebelum dia berlari meninggalkan gadis itu.

"Tolonglah jangan bagi aku harapan palsu. "Haerin berdecit. Dia tahu ungkapan sayang itu sebagai ahli keluarga sahaja.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now