Seoyun termenung di perhentian bas. Waktu sudah menginjak malam. Dia tak terasa mahu pulang.
Dia rasa kosong. Selepas meluahkan isi hatinya, dia terus menamatkan panggilan. Dia tak tahu apa yang patut dia buat. Lepaskan kemarahan? Atau pendam sahaja.
Telefon Seoyun berbunyi. Ada mesej baru. Kali ini daripada Jungkook. Ah Seoyun hampir lupa tentang lelaki itu.
Jungkook
Seoyun, kau dekat mana?
Wish me luck!!Seoyun segera bangun. Dia lupa Jungkook ada perlawanan. Segera dia masuk ke dalam bas yang kebetulan baru sampai.
Dia membuka alamat yang Jungkook beri. Tak jauh dari sini. Sepuluh minit didalam bas, akhirnya dia sampai.
Seoyun masuk ke dalam sebuah bangunan. Keadaan meriah dengan kedatangan orang ramai. Musik juga kedengaran kuat dari luar.
Dari jauh, Seoyun dapat lihat dua orang lelaki sedang bertarung dalam gelanggang. Seoyun mengambil tempat kosong.
"Hmm aku tak pernah tahu lelaki yang main boxing ni handsome. "Seoyun terdengar orang disebelahnya berbual.
Seoyun mengecilkan matanya melihat lelaki yang sedang berlawan.
Jungkook!
Terbatuk dia melihat Jungkook. Lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek paras lutut. Langsung tak pakai baju. Terserlah tubuh dia.
"Argh handsomenya! "Sekali lagi dia dengar mereka memuji.
Seoyun mencebik. Gedik betul.
Seoyun kembali fokus pada perlawanan. Melihat Jungkook cedera dipukul, membuatkan dia yang rasa ngilu.
"Owh sakitnya. "Kata Seoyun apabila melihat muka Jungkook ditumbuk. Ini kalau peminat Jungkook tengok, menangislah diaorang.
Selepas beberapa minit berlawan, masa akhirnya sudah tamat. Jungkook diumumkan sebagai pemenang. Habis sahaja perlawanan antara Jungkook dan lelaki yang dia tidak kenal itu, maka tamatlah pertandingan tersebut.
Seoyun tercengang. Dia baru sahaja datang tapi dah habis. Nasib baik dia sempat tengok Jungkook berlawan walaupun separuh jalan.
Seoyun bangun dari tempatnya apabila ramai penonton mahu pulang. Sudahlah dia duduk hujung, memang itu laluan orang nak keluar.
Seoyun berjalan ke belakang gelanggang. Disitu terdapat ruang besar yang disediakan untuk pemain bersiap sedia. Dia masuk kedalam ruang itu.
Matanya meliar mencari Jungkook. Tapi dia pula jadi segan apabila melihat ramai lelaki disitu. Bukannya tak ada perempuan, tapi bilangan mereka sangat sedikit. Lagi malu apabila ramai tidak memakai baju.
Seoyun jalan menunduk. Tak sanggup nak pandang. Hanya mata dia sahaja yang bergerak.
Mana Jungkook ni?
Buk!
Seoyun terlanggar seseorang. Nasib baik dia tidak terjatuh. Seoyun mendongak mahu meminta maaf tapi tak terkeluar kata maaf itu.
"Eh Seoyun. "Jejaka dihadapannya tersenyum.
Seoyun rasa lega saat melihat Yugeom. Mesti lelaki itu temankan Jungkook.
"Aku tau, kau mesti nak jumpa Jungkook kan? Jom. "Ajak Yugeom.
Dia membawa Seoyun ke satu ruang. Dia menyelak langsir yang menjadi penghalang.
"Yah Jeon Jungkook. Ada orang nak jumpa kau ni. "Kata Yugeom.
Seoyun melihat ke dalam ruang itu. Ada satu loker dan kerusi panjang. Diatas kerusi panjang itu dia terlihat Jungkook sedang baring. Dia sudah berseluar panjang. Cuma mukanya sahaja ditutup dengan sehelai tuala.
"Siapa? Cakap dekat dia aku malas nak jumpa. "Kata Jungkook.
Yugeom tergelak.
"Bukalah mata tu dulu. Tengok siapa datang. "Kata Yugeom.
"Tak nak. Aku sedih Seoyun tak datang. Jangan kacau. "Jungkook baring mengiring membelakangi mereka berdua.
Yugeom memandang Seoyun. Seoyun mencebik. Gedik Jungkook. Yugeom meminta diri. Meninggalkan Seoyun dan Jungkook.
"Habis depan kau ni bukan Seoyun? "Tanya Seoyun. Dia memeluk tubuh melihat Jungkook.
Jungkook membuka matanya. Suara itu, dia kenal. Jungkook mengalih tuala dari mukanya. Dia bangun
Saat melihat Seoyun, dia terus mengukir senyuman. Jungkook berdiri. Tanpa amaran, tubuh Seoyun ditarik kedalam pelukannya.
"Aku ingat kau tak datang."kata Jungkook.
Seoyun tersentak. Jujur dia cakap dia malu dengan Jungkook. Kalau ya pun pakailah baju dulu!
"Yah! "Seoyun menolak Jungkook. Dia memusingkan tubuh membelakangi Jungkook.
"Emm pakailah baju dulu. "Kata Seoyun. Dia mengaru kepala. Ah tak gunalah Jungkook. Tengok, dia dah malu.
Jungkook tergelak. Dia terlupa pula. Sehelai t-shirt disarung pada tubuhnya.
"Jom aku hantar kau balik. "Kata Jungkook.
Jangan risau, kali ini Jungkook tahu macam mana nak balik naik bas.
--
Tbc.
Lol
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.