Keadaan sunyi antara mereka. Seoyun memandang ibunya dan seorang lelaki Denmark. Suami baru ibunya mungkin. Paling menarik perhatian ialah seorang budak perempuan yang duduk disamping mereka. Muka budak itu ada kacukan Korea.
"Seoyun tak nak cakap apa-apa dengan eomma? "Ibunya, Puan Lee memulakan perbualan.
Seoyun kembali menatap ibunya.
"I don't know. I still shock. "Kata Seoyun.
Ya, dia terkejut apabila ibunya tiba-tiba sahaja muncul di depan mata. Saat menatap wajahnya yang sudah lama tidak berjumpa dihadapan mata, terus rasa rindu menyerbu.
"Ya eomma buat suprise untuk Seoyun. Eomma minta maaf sangat sebab dah lama sangat tak melawat Seoyun. "Ucap Puan Lee.
Seoyun menatap Puan Lee lama, sekejap sahaja air matanya jatuh. Melihat keadaan itu, terus Puan Lee memeluk Seoyun dengan erat.
Seoyun menangis teresak-esak. Beban yang selama ini terasa berat dipikul hilang begitu sahaja apabila melihat ibunya.
"Seoyun rindu eomma. Sorry for being rude to you. "Kata Seoyun.
Puan Lee tersenyum. Bahu anaknya ditepuk perlahan untuk menenangkan Seoyun.
"Eomma rindu dengan Seoyun juga. Eomma dah lama maafkan Seoyun. Jangan menangis. Eomma dah ada depan mata Seoyun. No need to cry. "Kata Puan Lee.
Ya, dia rasa bahagiannya datang semula walaupun hakikatnya dia sedih yang hidupnya tak lama.
"Mor, hvem er dette? "Tiba-tiba lengan ibunya ditarik. (Ibu, siapa ini?)
Seoyun memandang budak perempuan tadi. Dia lansung tak faham apa yang budak itu cakap.
"Dette er din søster. "Kata Puan Lee. (Ini kakak awak.)
Tiba-tiba budak itu memandang Seoyun dengan senyuman manis. Dia terus turun dari pangkuannya ayahnya dan beralih duduk diatas peha Seoyun. Terus tersentak Seoyun.
"Seoyun, kenalkan ini suami eomma, Lucca. "Kata Puan Lee.
Lelaki bernama Lucca itu tersenyum memandang Seoyun.
"Hai. Nice to meet you Seoyun. Emm saya harap awak selesa dengan saya sebagai ayah awak. "Kata Lucca. Seoyun sedikit terkejut kerana Lucca pandai berbahasa Korea.
"This is Anna Lee. Your sister. Ingat eomma pernah cakap yang eomma nak tunjuk sesuatu yang penting? Inilah. Sebenarnya, eomma minta maaf sebab rahsiakan dari Seoyun yang eomma dah lama kahwin dengan Lucca. Cuma baru-baru ni eomma buat majlis. "Kata Puan Lee.
Seoyun tak tahu mahu beri riaksi apa. Dia yang selama ini anak tunggal tiba-tiba ada seorang adik perempuan.
"Emm anyeonghaseyo unnie. Anna tahu cakap Korea sebab eomma selalu ajar supaya Anna senang bercakap dengan unnie. "Kata Anna Lee dengan petah sekali.
Seoyun memandang Anna Lee. Dia masih tak percaya dia ada seorang adik.
--
Satu hari sahaja lagi tinggal sebelum peperiksaan Suneung. Seoyun tak henti daripada study. Dia hanya berhenti untuk rehat sekejap jika sakit kepala semakin teruk.
"Argh. "Seoyun mengerang kesakitan apabila kepala terasa berdenyut. Matanya pula berpinar.
"Unnie tak apa-apa? "
Seoyun menoleh pada muka pintu biliknya. Dia lihat Anna Lee dengan berpakaian tidur menatapnya. Mereka menetap di rumah yang Seoyun diami. Dengan bantuan Lucca, dia mengemas bilik lain supaya mereka boleh tidur di situ.
Seoyun mengeleng kepala tanda dia okey. Sebenarnya dia masih kekok dengan Anna Lee.
Anna Lee masuk ke dalam bilik Seoyun. Dia menghampiri Seoyun yang berada di meja belajar.
"Kenapa muka unnie nampak pucat? Unnie tak sihat ke? "Soal Anna Lee.
Seoyun berhenti menulis. Dia memandang Anna Lee.
"Dah pukul 2 pagi. Kenapa tak tidur lagi? "Soal Seoyun. Dia mengelak dari menjawab soalan Anna Lee.
"Anna terjaga. Unnie buat apa? Kenapa unnie tak tidur juga? "Tanya Anna Lee.
"Hmm unnie ada peperiksaan tak lama lagi. Peperiksaan ni penting sangat. Jadi unnie kenalah study sunguh-sungguh. "Kata Seoyun.
Ikutkan waktu seperti itu, dia sudah sepatutnya tidur tapi keadaan kepalanya yang terlalu sakit buatkan dia tak boleh tidur. Jadi dia paksa dirinya untuk buat kerja lain.
Dia sangat risau kerana ingatannya semakin merosot. Dia selalu mudah terlupa. Dia takut jika dia jadi begitu ketika hari peperiksaan.
"Ouh. "Anna Lee melihat Seoyun yang kembali mengulangkaji.
"Ini siapa? "Soal Anna Lee. Jari telunjuknya lurus ke arah kepingan polaroid yang tergantung. Gambar dia, Sujin dan Mingyu.
"Ini kawan-kawan unnie. "Balas Seoyun.
"Yang ini pula? Kenapa ada gambar dia seorang je? "Anna Lee menunjuk pada gambar dia dan Jungkook.
Seoyun memandang gambar itu lama.
"Hmm future husband kot. "
--
Tbc.
Mungkin jadi kenyataan
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.