Seoyun dan Jungkook berdiri menghadap antara satu sama lain dalam jarak yang sedikit jauh. Mata Jungkook merenung Seoyun dalam.
Tidak tahan direnung oleh Jungkook, Seoyun menunduk. Rambutnya yang terjuntai diraup ke belakang. Dia rasa betul-betul serabut.
"Eomma kau? "Soal Jungkook.
"Aku tahu kau dah dengar dari awal. Tak perlu tanya macam kau tak dengar apa-apa. "Kata Seoyun.
Seoyun mengeluh. Lantaklah Jungkook nak anggap dia ni anak kurang ajar atau apa.
Baru sahaja Seoyun mahu pergi, Jungkook menarik pergelangan tangannya.
"Kau tak patut cakap macam tu dengan eomma kau. "Kata Jungkook dengan nada tegas.
Seoyun menarik tangannya semula. Dia tersenyum sinis memandang Jungkook.
"Kau kalau tak tahu apa-apa, jangan masuk campur urusan aku. "Kata Seoyun. Wajahnya berubah serius.
Tak sempat Jungkook mahu berkata, Seoyun sudah meninggalkannya.
Jungkook hairan. Kenapa Seoyun marah? Dia tak pernah macam tu.
--
Seoyun mencampak bag sekolahnya diatas kerusi. Badannya dibaringkan atas katil. Dia penat dan rasa sangat lemah. Kepalanya dari tadi berdenyut.
Badannya merengkot menahan sakit. Sakit yang teramat sehingga matanya berpinar dan badannya berpeluh teruk.
Tiba-tiba saat dia rasa sedih. Saat dia sakit, tiada siapa disisinya. Tiada seorang ibu yang menjaganya. Tiada ibu yang mengambil berat tentangnya.
Dia teringin dibelai oleh seorang ibu. Teringin dipujuk oleh ibunya sendiri.
Dia rasa sangat sunyi.
"Arghh. "Seoyun mencengkam rambutnya.
Seoyun bangun daripada katil. Dia menuju ke dapur. Ubat tahan sakit diambil lalu dimasukkan kedalam mulut. Dia minum air untuk menghilangkan rasa pahit.
Seoyun mengeluh. Beberapa minit, sakit kepala masih tidak hilang. Seoyun bergerak ke biliknya semula. Bag duit yang berada diatas meja diambil.
Kad yang Namjoon berikan tempoh hari diambil. Seoyun kembali baring diatas katil.
Dia mahu pergi buat pemeriksaan tapi dia takut.
Seoyun mendail nombor yang tertera di kad itu. Dalam beberapa saat menunggu, panggilan terjawab.
"Hello Namjoon. Ini saya Seoyun. Kalau awak masih ingat. "Kata Seoyun.
"Ahh saya ingat awak. Ada yang boleh saya bantu? "Soal Namjoon.
Seoyun diam sekejap. Kepalanya tiba-tiba berdesing.
"Saya nak buat pemeriksaan esok. "
--
Dewan dipenuhi oleh para pelajar. Mereka mengadakan aktiviti permainan dalaman. Suasana meriah dengan jeritan dan sokongan dari ahli setiap kumpulan.
Ketika semua bergembira, Sujin duduk termenung di kerusi. Dia rasa betul-betul bosan.
"Sujin nak air. "Mingyu menghampiri dengan tubuh yang dibasahi peluh. Baru sahaja tamat perlawanan bola keranjang antara kumpulan.
Sujin menghulur air mineral pada Mingyu. Kemudian dia memandang orang lain dengan muka sedih.
"Kau kenapa? "Soal Mingyu.
"Aku bosan tak ada Seoyun. Kenapa dia tak bagitahu aku yang dia tak datang? Aku lonely. "Kata Sujin.
Punya lama dia tunggu di dewan. Ingatkan Seoyun lambat tapi sampai ke tengah hari dia tak muncul.
"Dia tak ada call kau? "Soal Mingyu.
"Tak. Semalam aku call dia tapi dia tak angkat. Aku mesej dia pun, dia tak balas. "Kata Sujin.
Mingyu duduk disebelah Sujin.
"Kau nak tahu, semalam lepas Seoyun keluar dari dewan, aku kan ikut dia. "Mingyu mula bercerita.
Sujin memandang Mingyu. Berminat nak tahu.
"Ha lepas tu apa jadi?
"Aku tak sengaja dengar dia tengah bercakap dengan eomma dia. Faham-faham je lah family problem. Kebetulan pula Jungkook pun ada dan dia dengar. Aku terkejut bila pertama kali Seoyun marah Jungkook sebab ambil tahu masalah dia. "Cerita Mingyu.
"Oh my god kenapa aku tak pernah perasan Seoyun ada masalah? Teruknya aku. "Sujin mencebik. Dia tahu situasi Seoyun dan ibunya tapi dia tak tahu pula keadaan mereka semakin teruk kerana Seoyun seorang yang berahsia. Dia tak suka cerita masalah peribadinya pada orang lain.
"Itulah. Kau ni kawan yang teruk. "Selamba Mingyu mengutuk.
Sujin mencerlung memandang Mingyu.
"Kau dengan aku sama-sama kawan baik Seoyun so kau pun kawan yang teruk. " kata Sujin.
"Eh tak. Aku kawan yang prihatin. "
"Bencilah aku cakap dengan kau ni. "
--
Tbc.
Maaf chap ni hambar gila
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.