CHP 1

29.3K 298 1
                                    

CLEO

Kakiku melangkah keluar daripada lapangan terbang sambil aku menempah Uber untuk menghantar aku ke tempat tinggal baharuku. Aku tak sabar nak mulakan hidup baharuku yang bakal tiada bimbingan daripada kedua ibu-bapaku. Aku ke sini untuk teruskan belajar.

Aku melabuhkan duduk aku di atas kerusi sementara menunggu kedatangan pemandu Uber yang akan ambil aku. Bagasi milikku aku letakkan di sisi kerusi bersebelahan dengan tempat aku duduk. Aku berbalas pesanan dengan ibu bapaku tentang aku yang sudah sampai di Manhattan, New York.

PAK

Seseorang menyepak bagasi aku sehingga ia terdorong sedikit jauh daripada aku. Aku pandang gerangan yang menyepak bagasi aku itu. Ianya seorang lelaki memakai cermin mata hitam.

"I'm sorry, Miss." Pintanya pada aku.

"It's okay." Kata aku padanya.

Aku cuba untuk menarik semula bagasi milikku itu. Namun, dia lebih pantas menarik bagasi aku dan meletakkan semula pada sisi aku. Lelaki itu berlalu pergi. Mataku tidak lepas daripada melihat lelaki pelik itu. Tiba-tiba, sahaja menyepak bagasi aku. Nak cari pasal kah?

Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon aku ialah nama Nova, kawan baik aku yang belajar jauh di German.

"Hello.." Kata aku padanya.

"Kau dah sampai New York?!"

Jeritannya membuatkan menjauhkan sedikit telefon daripada telingaku. Berdarah telinga aku kalau minah ni menjerit setiap hari.

"Mestilah dah. Aku nak cerita dengan kau ni."

Aku terkenang semula pada lelaki yang pelik itu. Mataku mencari kelibatnya. Namun, aku tidak.menjumpainya lagi.

"Haa, ceritalah. Mana lah tau kau jumpa mamat hensem kah."

Dia ni kalau tak menggatal memang tak sah.

"Banyak sangat tak terkira. Hahahha, dahlah aku nak cerita ni pasal ada mamat pelik ni tadi. Dia pergi sepak luggage aku."

"Manalah tahu dia tak sengaja. Kau nampak muka dia tak?"

"Memanglah nampak. Cuma, aku tak boleh cam sangat. Sebab, dia pakai spec hitam."

"Buta kot. Hahahhaha.."

Aku lihat dari jauh, sebuah kereta yang aku tempah itu sudahpun sampai.

"Aku nak jalan dulu. Driver aku dah sampai."

"Eleh, cakap je lah pakai Uber. Feeling lebih."

Aku melepaskan tawa kecil sebelum aku menekan butang merah memutuskan talian antara kami berdua. Aku menarik bagasi milikku dan menuju ke arah kereta tersebut. Pemandunya seorang lelaki dan dia sangat peramah siap memperkenalkan dirinya sebagai Steve. Dia membantu aku meletakkan bagasi aku ke dalam bonet kereta.

Aku masuk dan duduk di tempat duduk belakang. Sebab, aku tak selesa nak duduk depan dengan pemandu yang aku tak kenal dan sudah menjadi kebiasaan aku duduk di belakang. Rasa lebih selamat rasanya.

Kereta dipandu keluar daripada kawasan lapangan terbang. Ketika itu, aku perasan lelaki yang sama menyepak bagasi aku tadi sedang memasuki keretanya yang diparkirkan di situ. Sebenarnya, aku rasa takut dengan keadaan sekeliling aku yang berada di tempat asing.

"Take care anak mama. Kalau ada masalah, call mana dan papa. Belajar rajin-rajin tahu."

"Ingat pesan mama kamu tu."

Aku tersenyum seorang diri di belakang mengenangkan pesanan mama dan papa kepadaku.

▲▼▲▼▲▼▲

Sesampainya di depan sebuah apartment, aku terus keluar daripada kereta tersebut. Pemandu Uber itu amat peramah dengan aku. Dia banyak bercakap sampaikan aku tak boleh nak jawab apa-apa. Aku hanya mampu jawab 'ya' dan 'tidak' sahaja lagi.

Dia membantu aku sekali lagi untuk mengeluarkan bagasiku.

"Don't forget to give me 5 stars." Katanya padaku.

Aku hanya ketawa kecil melihat kelakuannya itu.

"Yes, ofcourse I will give you 5 stars." Kataku padanya.

Dia kelihatan gembira. Dia melambai ke arah aku sebelum dia masuk ke dalam kereta. Aku membalas lambaiannya. Kereta itu dipandu pergi daripada situ. Kini, hanya tinggal aku seorang sahaja.

Bagasi milikku itu aku tarik mengekori aku. Aku berhenti di depan lif dan menekan butangnya. Tanpa, membuang masa aku terus masuk ke dalam lif setelah pintu dibuka. Butang aku tekan untuk menutup pintu. Aku terkejut apabila ada satu tangan sasa yang menghalang pintu itu daripada terus tertutup.

Jantung aku mulai laju mengepam darah. Sebab, aku perlu satu lif dengan lelaki yang asing. Lelaki itu berdiri tegak di sebelah aku. Mukanya ditutup separuh menggunakan scarf yang melilit lehernya. Sejuk juga sebenarnya sebab sudah masuk waktu malam.

Aku diam berdiri di sisinya. Secara tiba-tiba, lelaki itu menolak badan aku pada dinding lif dan kedua-dua belah tangan aku ditahan olehnya. Aku rasa sangat berdebar sebab dia merenung tajam ke arah anak mataku. Wajahnya mendekati wajahku. Matanya merenung setiap inci wajahku.

Badannya sengaja dekatkan pada badan aku sehingga dada aku tersentuh pada badannya.

"Lepaskan aku!"

Dia tidak mengendahkan aku yang meronta-ronta itu. Scarf yang menutup wajahnya itu ditarik ke bawah melihatkan sepenuhnya wajah lelaki itu. Dia tersenyum sangat ke arah aku. Pipi aku dicengkam olehnya. Tangan aku tetap masih berada di dalam tahanannya.

"Nice to meet you, babe." Bisiknya pada telinga kananku.

Cuping telinga aku dia jilat membuatkan aku rasa geli. Dia mengucup pula pipi aku dan Wajahnya disembamkan pada leher aku. Aku rasa semakin tak selesa dengan kelakuannya.

"Stop it.."

Dia melepaskan aku apabila lif tiba-tiba sahaja berhenti. Pintu lif terbuka dan dua orang perempuan masuk. Dia menjarakkan dirinya daripada aku sambil tersenyum ke arah aku.

Aku rasa sangat takut dan dapat aku rasakan pipi aku panas.

Sesampainya di tingkat 5, aku keluar meninggalkan lif tersebut. Lelaki itu tidak mengekori aku lagi. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke arah bilik nombor 305 yang merupakan tempat tinggal baharuku.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now