CHP 33

4.3K 118 18
                                    

CLEO

Kami berempat melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah. Sebenarnya, hari ini memang aku dan Nova sahaja yang pergi shopping. Tapi, Shawn dan Flynn menyibuk nak ikut sekali memandangkan sudah agak lama mereka berdua tidak berbual dengan kami berdua. Lebih-lebih lagi Nova.  Jadi, aku bagi peluang lah mereka bersama Nova.

Gadis berambut hitam yang berjalan di sebelahku itu,  mencuit bahu aku dari sisi.  Aku pandang wajah Nova. 

"Nahhh...ini ada orang suruh aku bagi nombor dia pada kau. Tak silap aku nama dia Erick." Nova menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefon itu.

"Ohh, mamat tu." Aku terima huluran Nova dan aku masukkan kertas tersebut ke dalam beg tangan aku. 

Nanti je lah aku masukkan nombor dia dalam telefon aku.

"Lagi satu, aku perasan, muka dia sama dengan mamat yang selamatkan kau daripada kemalangan 5 tahun lepas."

"Eshh,  memang dia lah tu.  Kau tu yang makan khusyuk sangat sampai tak tengok muka dia."

"Ya kah? Hahahaha,  bukan apa aku tak nak pandang muka dia. Aku leka sangat nak potongkan waffle tu jadi kepingan kecil. Sebab itu lah aku tak kisahkan keadaan sekeliling aku." Beritahu Nova sambil menggaru pipi kanannya.

Dia ni kalau makan memang tak ingat dunia.  Makan je lah yang dia tahu.

"Tapi kan... Kenapa nama dia Erick? Sedangkan mamat yang selamatkan kau tu nama dia bermula daripada huruf B."

Ya tak ya juga. Baru aku ingat dengan apa yang diceritakan oleh Nova padaku.

"Mungkin,  masa tu dia guna nama keluarga dia kot? Sebab,  full name dia Erick Brian." Teka aku mengikut logik akal.

Nova buat muka sedang memikirkan sesuatu.

Aku lihat ke arah Shawn dan Flynn yang berjalan beriringan bersebelahan dengan Nova itu hanya fokus pada keadaan sekeliling pusat beli-belah ini. Aku ingatkan kalau jalan dengan mereka berdua ni macam jalan dengan budak-budak. Almaklumlah, perangai mereka berdua tak matang lagi.

"Ye lah kot.  Lagipun,  aku tak berapa ingat nama. Tapi,  muka memang aku akan ingat. Tak apa lah.  Yang penting sekarang ni,  aku nak beli baju baru." Nova menukar topik.

"Nanti merungut pula kau, bawa bagasi berat-berat penuh dengan baju." Sindir aku pada Nova.

"Hehehehe...suka hati aku lah!" Kata Nova padaku sambil menjulingkan matanya ke atas. 

Aku pandang ke arah Shawn dan Flynn. Mereka berdua pandang muka aku. Dah kenapa dua ekor beruk ni pandang aku macam tu?

"Korang berdua ada nak pergi mana-mana selain daripada shopping baju dengan dia ni tak?" Tanyaku pada dua orang beradik itu.

"Tak ada. Ikut korang je lah. Lagipun,  aku nak tolong dia ni pilih baju supaya esok dia tak payah bawa troli." Pandang Flynn pada Nova.

Dia ni memang suka menyakat si Nova aku tengok.  Shawn ni okey lagi. Ada matangnya sikit.  Tapi,  tak ada bezapun perangai mereka berdua kalau bab-bab nak menyakat Nova. Nova hanya buat muka menyampah sambil membuat gerakan bibir yang sedang mengutuk Flynn dalam diam.

Well, sometimes i think they look cute together.

"Kalau macam tu aku nak pergi Candy Shop nak beli sedikit stok makanan aku untuk malam ini." Beritahu aku pada mereka bertiga.

Nova pegang bahu Shawn lalu dia tarik Shawn untuk berdiri di sebelah aku. Aku pula hanya mampu berkerut sahaja melihat tindakan gadis itu.  Termasuk Shawn pun pelik memandang ke arah gadis berambut hitam itu.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now