CHP 24

5.8K 128 7
                                        

CLEO

Pandangan aku beralih melihat ke arah sebuah kotak bersaiz sederhana yang terletak di atas almari yang agak tinggi itu.  Hmm,  aku rasa aku dapat capai kotak itu. Walaupun aku pendek aku cuba je lah. Hehehe...

Aku menjengketkan kaki aku dengan tangan aku didepakan mencapai kotak yang berada di atas almari itu. Apabila aku berjaya menyentuh bucu kotak tersebut, aku tarik kotak tersebut dan aku sambutnya cepat kerana aku hampir hilang imbangan dibuatnya.

Nasib baik aku tak jatuh. Nanti aku jatuh lepastu, tiba-tiba sahaja hero cerita muncul sambut aku. Perft,  selalu sangat aku tengok drama macam tu.  Tapi,  ianya mustahil kalau berlaku pada aku.

Aku berpusing dan tanpa aku sedari kaki aku tersadung dengan kaki aku sendiri.  Badan aku hilang imbangan bersama kotak yang berat itu terlepas daripada genggaman aku. Wajahku menghempap pada dada tegap seseorang yang berdiri di depan aku.  Bahu aku disentuhnya kuat menahan aku daripada jatuh menghempap lantai.

Ehhh,  baru je tadi aku cakap pasal sambut-menyambut hero dan heroin.  Tapi,  sekarang aku sendiri pula yang kena. 

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Aku terkedu apabila mendengar suara garau milik lelaki itu.  Aku lihat wajahnya dan ianya Luke. Bila dia datang dan balik pun aku tak tahu. Sebab aku terlampau leka untuk menyelongkar rahsia lelaki itu.

Luke merenung tepat ke arah anak mata aku dalam keadaan lelaki itu masih menggenggam erat kedua-dua belah bahuku. 

Dada aku terasa sesak dan bibirku terkatup rapat tidak tahu ingin menjawab apa pada lelaki di depan mataku itu.  Soalannya tadi aku biarkan tidak berjawab. 

Takkan aku nak jujur pada dia yang aku ceroboh masuk bilik dia.  Mati aku kalau jujur. 

Luke tarik aku mendekati dirinya dan aku bagaikan lembu dicucuk hidung tidak membantah dengan tindakkannya.  Paling mengejutkan adalah dia mulai menyentuh pipi kananku. 

Mata kelabu miliknya itu menatap dalam ke arah anak mataku.  Tangannya mengusap pipi kananku lembut. Aku tak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Yang pastinya aku langsung tidak melawan dia untuk kali ini.

Agaknya aku sudah mulai menerima kekurangan yang ada di dalam diri Luke. Aku yang sepatutnya bersama Luke dan aku juga lah yang patut ubah dia menjadi seseorang yang lebih normal.

Luke mendekatkan jarak wajahnya pada wajah aku. Bibir nya semakin mendekati bibirku.  Deruan nafas hangatnya menyapa wajahku.  Tanpa berfikir panjang,  Luke mengucup bibir aku. Aku hanya mampu membiarkan lelaki di depan aku itu mengucup aku untuk pertama kalinya.  Selama aku diculik olehnya mana pernah dia cium bibir aku.

Luke mendalamkan lagi ciumannya pada bibir aku.  Aku dapat rasakan deruan nafas Luke semakin deras dan lidahnya cuba untuk memasukki mulut aku.  Aku dengan relanya membenarkan Luke mengucup aku dengan penuh sensual.  Tangan Luke yang tadinya berada pada pipi aku diturunkan memeluk pinggang aku yang ramping dan didekatkan lagi jarak aku pada badannya. 

Nafas aku juga semakin laju, kalah pada nafsu sendiri. Luke menggigit bibirku membuatkan aku mendesah kecil.  Dapat aku rasakan sesuatu yang keras menyentuh perut aku. Aku biarkan sahaja Luke yang tenggelam pada nafsunya sendiri.  Kali ini,  Luke mencium aku dengan lebih agresif. Bibir aku dijilat Luke perlahan menambahkan lagi nafsu didalam diriku.

"Huhh..." keluh aku pemuh nafsu apabial Luke melepaskan ciuman pada bibir aku.

Bibirnya turun mengucup leher aku pula. Dia menjilat leher jinjangku membuatkan aku kegelian.

"Ahhh,  Luke. "

Luke merapatkan lagi badan aku pada badannya membuatkan dada aku bersentuhan dengan dada Luke.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang