CHP 2

15.9K 242 0
                                    

CLEO

Malam itu, aku tak boleh tidur kerana asyik mengenangkan tentang lelaki misteri itu. Semua barang aku sudah kemaskan dan keluarkan daripada bagasi. Walaupun aku cuba buat banyak kerja untuk buat mata aku mengantuk aku tetap juga tak boleh tidur. Aku terlalu takut nak tidur malam ni.

Satu perkara lagi, masa aku kemas semua barang aku, ada satu keychain yang berada di dalam beg tangan aku. Badan keychain itu siap terukir dengan wajah aku.

Aku pelik, sebab tak ada sesiapa pun yang bagi aku keychain itu. Sudahlah ianya diperbuat daripada emas. Nak kata mama dan papa yang bagi, mestilah diorang akan beritahu aku pasal benda ni.

Otakku mulai berfikir pelbagai soalan mengenainya. Aku takut kalau-kalau ada sesuatu yang tak baik berlaku pada aku. Sudahlah aku seorang diri tinggal di apartment ini.

Adakah lelaki yang aku nampak di airport itu, sama dengan lelaki yang tahan aku di lif itu? Kenapa dia buat macam tu?

Aku cuba buat panggilan dengan Nova. Sebab, aku rasakan waktu sekarang ni di Berlin, German tidaklah terlalu lewat malam seperti aku yang duduk di New York ini. Yang pastinya masih waktu malamlah.

Tidak lama kemudian, panggilan aku bersambung dengan Nova. Aku melepaskan keluhan lega apabila Nova mengangkat panggilan aku. Dekat dia je lah tempat aku meluah segalanya.

"Hey, my bestie. Kau tak letih kah sekarang ni? Dari Chicago ke New York?" Tanya Nova prihatin.

"Aku tak boleh tidur lah."

"Bukankah esok kau kena ke kolej? Asal tak tidur lagi?"

"Belum lah. Hari isnin depan baru aku masuk belajar."

"Ohhhh, ingatkan esok."

"Kepala kau esok. Esok sabtu lah bengong."

"Heheheheheh...aku lupa lah."

"Wei, kau masa mula-mula datang Berlin dulu, kau tak rasa takut eh? Perlu duduk seorang diri, hidup sendiri, dan semuanya sendiri sendiri lah."

"Hmmm, mula-mula tu takut lah juga. Macam biasalah kita datang seorang diri. Tapi, dah lama-lama tu, aku okeylah. Sebab, aku ada roomate."

Aku terkenangkan semula diriku yang duduk seorang diri di bilik apartment aku ni.

"Seronoklah kau ada roomate."

"Seronok tu....tak adalah seronok sangat. Sebab aku sebilik dengan perempuan liar. Nasib baiklah aku ni jenis yang tak terjebak. Baik aku kan? Hohoho.."

Sekurang-kurangnya ada lah juga orang yang temankan dia dekat dalam bilik. Aku ni pula, entah macam manalah aku ank dapat kawan nanti.

"Kau tak ada ada kena kacau kah apa masa mula-mula datang dulu?"

"Emm, ada lah juga. Tapi, kacau macam tu je. Tak sampai nak sentuh aku. Kenapa? Kau ada kena kacau kah dekat sana?"

Bukan setakat kena kacau. Aku rasa sampai diekori je. Tapi, patut kah aku cakap dekat Nova yang aku kena ganggu lelaki pelik tu.

"Ada. Sampai kena sentuh pula tu. Aku takut wei."

"Kau ingat aku tak takut kah? Kau tu kawan aku. Kau buat aku risau tahu tak. Kau duduk seorang kah? Duduk mana?"

"Ha'ah, duduk seorang dekat apartment."

"Patutlah, apartment memang senanglah kau kena kacau. Kalau rumah sewa okey sikit. Tapi, aku haraplah kau okey je dekat sana. Kau dekat Manhattan, New York kan? Aku nak melawat kau dekat sana nanti. Nak pastikan yang kau okey."

"Really? Bila kau nak datang?"

Aku rase teruja pula apabila Nova nak datang. Tak adalah aku sunyi sangat nanti.

"Ermmm, hari Selasa lah. Lagipun, aku ada Group Work dekat sana nanti."

"Berapa hari kau duduk sini nanti?"

"Tak pasti. Ikut leader group aku lah. Kalau lama, lama lah aku duduk dengan kau. Kalau kejap je, terpaksalah aku tinggal sekejap temankan kau."

"Okay, I'm waiting for you."

Kami berdua mula berbual pasal itu ini tentang kehidupan masing-masing. Memandangkan mata aku tak boleh tidur. Aku berbual lah sampai dengan minah ni.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Sudah masuk waktu pagi, aku bersiap sedia untuk keluar bersarapan di luar. Sebab aku belum beli bahan masakkan lagi. Makanan ringan untuk alas perut pun aku belum beli lagi.

Aku buka pintu dan menutupnya semula lalu mengunci pintu bilikku. Aku berjalan menggunakan tangga sahaja pagi ini. Sebab, aku takut kejadian semalam berlaku sekali lagi pada aku. Kalau guna tangga, aku ada banyak laluan nak digunakan untuk aku melarikan diri.

Sesampaunya di tingkat bawah, aku terus menuju ke arah laluan perjalan kaki. Apartment aku amat dekat dengan kawasan bandar dan setiap laluan di perjalanan kaki itu, akan ada kedai. Kini, aku rasa sedikit selesa sebab berada di kalangan orang ramai.

Aku berharaplah tidak bertembung dengan mamat gila itu.

Mataku tertarik dengan kafe yang terdapat ramai pelanggan itu. Pasti ianya terkenal dengan masakkannya yang bagus dan sedap. Aku masuk dan terus mengambil tempat duduk di meja kosong. Masing-masing pelanggan yang ada di situ, pasti ada pasangan yang bersama dengan mereka untuk sarapan pagi.

Aku pula, seorang je duduk dekat meja kosong ni.

Aku memilih kafe tersebut untuk aku bersarapan. Datang seorang pelayan mengambil pesanan aku. Aku pesan seperti biasa apa yang aku biasa makan. Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil pesanan aku.

Aku mengeluarkan telefon aku daripada poket jeans aku. Tak ada siapa yang nak berbual dengan aku. Jadi, aku main telefon je lah.

Tiba-tiba, satu kerusi di hadapan aku ditarik oleh seseorang. Ianya seorang lelaki berambut coklat dengan selambanya duduk di depan aku. Dia tersenyum lebar ke arah aku.

"Hi, Cleo. Nice to meet you again." Sapanya pada aku.

Aku pelik. Bila masa pula aku jumpa dengan dia? Macam mana pula dia kenal aku?

"Hey, forget me? I'm Steve. Remember?"

"Ohhh, okay, I remember you. I just can't recognise you without your cap."

Sebab, semalam dia pakai topi tutup rambutnya. Itu yang buatkan aku tak kenal sangat muka dia bila menggayakan rambutnya seperti ini.

"Jadi, kau seorang diri lah dekat sini?"

"Yup, aku je. Kau datang nak breakfast sini juga kah?"

"Yeah, actually. This is my favourite cafe in Manhattan."

Kami mulai berbual antara satu sama lain seperti sudah lama kenal.

"Kau memang kerja sebagai pemandu Uber je kah?"

"Itu kerja sementara aku untuk aku dapatkan duit. Almaklumlah, aku belajar lagi."

"Ohhh, sama lah kita. Aku pun datang sini sebab nak belajar dekat Manhattan."

"Kau kolej mana?"

"Newstern's College."

"Samalah kita. Aku pun belajar situ juga."

"Kau ni biar betul?"

"Betullah. Aku tak tipu. Ni student card aku."

Dia menunjukkan student card miliknya pada aku. Aku pula hanya mengangguk. Aku tak sangka secepat ni aku dapat kawan. Nampaknya, aku bersarapan pagi bukanlah hanya berseorangan. Tetapi, bersama Steve.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now