CLEO
Aku keringkan rambut aku menggunakan pengering rambut. Nova pula masih berada di dalam bilik mandi. Pagi itu, aku ada hasrat nak buat panggilan pada Paul. Tapi, mamat tu tak angkatlah pula. Kalau aku buat panggilan pada Steve pula, mamat tu memanglah angkat tapi, dia masih sibuk nak berbual dengan aku.
Sekarang ni, aku ada Steve sahaja yang boleh bantu aku untuk cari pasal Luke. Steve kan adik angkat dia. Mestilah dia tahu pasal abang angkatnya, Luke. Permulaan aku untuk mencari Luke kurang berjaya kalau tanpa sedikit maklumat daripada Steve. Nak harapkan ingatan aku, mestilah aku tak dapat apa-apa maklumat. Apatah lagi kalau aku minta Nova yang fikirkan, lagi lah minah tu tak tahu.
PLAKK
Pintu bilik mandi terbuka dan kelibat Nova yang masih berkemban itu melangkah keluar.
"Amacam? Kau dapat call tak?" Tanya Nova sebaik sahaja dia keluar daripada bilik mandi.
"Huhhhh, semua busy." Keluh aku yang berada di depan cermin sambil menyikat rambut aku itu.
Dari dulu lagi aku memang tertanya-tanya pasal kerja yang mereka sibukkan sangat tu. Setakat ini, pekerjaan Luke dan Paul sahaja yang aku tahu. Iaitu, pemilik bar di London. Aku pandang Nova melalui pantulan cermin yang sedang memilih bajunya di dalam bagasi itu.
Oh ya, kenapalah aku tak terfikir langsung untuk tanya Nova eh? Otak aku ni pun satu, dah macam otak berumur 50 tahun.
"Weii.." Panggilku pada kawan baikku itu.
"Yeahh?"
"Kau tahu apa-apa pasal mereka berenam, tak?"
Nova mengeluarkan seluar jeans paras lutut bersama t-shirt biru muda dan sehelai kemeja daripada bagasinya.
"Hah? Mereka? Mereka tu siapa? Tak kenal pun." Tanya Nova semula padaku sambil dia menyarungkan pakaiannya.
"Alahh, kau ni. Mereka lah, Luke and his step-brother." Kataku dengan lebih jelas lagi.
Dia ni perlu jelas sikit kalau bertanya. Tak boleh nak tersirat sangat.
"Ohhh, tahu sikit-sikit je lah. Kenapa? Kau nak tanya apa pasal diorang?"
"Kau tahu tak apa pekerjaan diorang? Aku selalu sangat tengok diorang sibuk sana-sini sampai nak travel bagai."
"Ohhhh, pasal kerja aku tak pasti juga. Sebab, yang aku tahu Si Zender beradik belum kerja masa tu. Yang dah mula kerja, Paul dan Luke. Sebab, Luke antara yang paling awal bekerja. Umur dia 18, dia dah mula kerja. Sebab, itulah masa kita satu sekolah dengan Matt dulu. Kau tak nampak pun Luke ada di sekolah sebab dia kerja. Matt kalau tak silap aku dia engineer dalam satu syarikat ni. Tak pastilah juga dia masih dalam syarikat yang sama atupun tidak. Steve...kalau tak silap aku, dia lebih kepada apa orang panggil tu...aaa supervisor dekat sebuah kilang senjata. Zender beradik aku tak pastilah diorang berdua tu dah kerja ataupun belum." Beritahu Nova panjang lebar.
Patutlah Steve sibuk memanjang. Lebih kepada, mereka semua sibuk sebenarnya.
"Oh yaa, pagi ni kita makan luar lah. Lagipun, mak ayah aku turun kerja awal hari ini. Tak sempat nak buat breakfast."
"Ohhh, okay. Jom!!! Aku dah lapar ni." Jerit Nova gembira.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Setibanya di sebuah kafe, aku dan Nova mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap kaca. Tidak lama kemudian, seorang pelayan perempuan tiba menganbil pesanan kami berdua.
"One chocolate milkshake and choco delite waffle." Beritahu Nova lebih awal daripada aku.
Aku pesan seperti biasa menu sarapan pagi aku iaitu sandwich telur, semangkuk ice cream dan air soda. Selesai membuat pesanan, pelayan berlalu pergi daripada meja kami berdua. Aku lihat Nova yang sedang bermain dengan telefonnya. Gadis itu kelihatan sedang membalas pesanan seseorang.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...