CHP 31

4.1K 95 0
                                    

CLEO

Aku lihat ke arah skrin telefonku bersama fikiran yang sentiasa berlegar dengan satu nama sahaja. Iaitu, Luke. Setiap kali aku termenung pasti aku akan memikirkan tentang lelaki itu. Kenapa dia tinggalkan aku sedangkan dia sendiri yang terkejar-kejarkan aku pada mulanya?

Kadang-kadang aku tak tahu nak rasa apa bila dia dah tinggalkan aku. Ada kalanya, aku sedih. Tapi, dalam masa yang sama aku rasa marah sebab dia tinggalkan aku macam...tu je. Entahlah, peninglah kalau asyik fikirkan pasal dia.

Tidak lama kemudian, Nova masuk ke dalam bilikku setelah dia selesai berborak dengan Taylor melalui telefon di balkoni. Nova pandang wajah aku.

"Kau okey?" Tanya Nova padaku.

Aku hanya anggukkan sahaja kepalaku tanpa bersuara padanya. Nova meletakkan telefonnya di atas meja belajar milikku dan dia duduk bersebelahan dengan aku di atas katil yang empuk itu.

"Kau nampak macam tak okey je aku tengok. Kau ada terfikirkan sesuatu kah?" Tanya Nova sekali lagi.

"Ada lah juga tu teringatkan sesuatu. Sekarang ni, aku nak tuntut balik kata-kata kau." Kataku padanya.

Nova mengangkat kening sebelah kirinya memberi isyarat 'apa?' ke arah aku. Dia ni lupa kah...pura-pura lupa hah? Kalau aku ketuk kepala dia, nanti naik angin pula minah ni. Aku juga yang kena.

"Kau ni. Dah lupa kah? Yang kau nak ceritakan dekat aku pasal macam mana aku boleh dapat amnesia bagai tu."

"Oooohhhhhhhh ya tak ya juga. Aku lupalah. Hehehehehe..."

"Itulah kau. Asyik teringatkan pasal kekasih baharu." Sindirku padanya mengenai Taylor.

"Hey! Tak adanya! Kitorang kawan je eh. Walaupun, aku suka dia. Tapi, aku tak terima dia lebih daripada kawan." Nafi Nova padaku.

"Yelah, whatever. Sekarang ni, aku nak kau cerita. Cepat!"

"Okey, aku akan mulakan dengan macam mana kau dan Luke bergaduh..."

Aku aturkan kedudukan tempat dudukku supaya lebih selesa. Aku buka telinga seluas-luasnya ingin mendengar cerita yang bakal meniti pada bibir Nova itu.

"Masa itu, malam kita semua berempat dinner sempena hari terakhir aku dengan korang..."

"Eh, kau pergi mana?"

"Alah, masa tu aku lebih awal masuk kolej sebelum kau. Seingat aku dah hampir 5 bulan aku belajar masa tu."

"Oh, kau belajar dekat mana? "

Nova pandang muka aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Apa? Aku tanya je pun. Salah kah aku tanya?

"Dekat German dan jangan potong cerita aku sebelum aku hempuk kau pakai bantal ni." Ugut Nova padaku.

Aku hanya mampu tersengih ke arahnya. Nova sambung semula ceritanya yang tergendala akibat pertanyaan aku tadi.

"Okey, malam kita dinner tu jugalah malam kau beritahu yang kau diterima sambung belajar dekat New York. Malam itu, aku perasan muka Luke daripada gembira, tiba-tiba sahaja bertukar sedih macam dia tak boleh terima hakikat yang dia perlu berjauhan dengan kau. Mulanya, dia diam je sepanjang makan malam. Tapi, bila Matt usik dia, cakap...yang Luke akan sedih menonggeng dan sebagainya, Luke mula naik angin. Kau tahu kan yang Luke tu jenis bukan yang suka bergurau sampai merendah-rendahkan dia. Masa tu, dia memang baran macam Paul tu lah. Cuma, Paul ni boleh dipertimbangkan lagi baran mamat tu. Senang cerita, Luke tak boleh diusik sikit. "

"Kau tak payah lah sampai nak cakap macam tu!"

"Aku bergurau je kot."

"Aku tak pernah sukakan gurauan kau lah bangsat!"

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now