CLEO
Aku sediakan sarapan untuk diri sendiri dan Luca. Luca adalah sempena nama anak anjing yang aku selamatkan semalam. Comel je kan nama Luca tu.
Pagi ini, hanya ada aku ditemani Luca bersarapan di dapur. Paul dan Luke pula entah ke mana lah mamat dua orang itu pergi. Tapi, aku buat andaian jelah yang mereka pergi kerja.
Aku jamah telur goreng dan bacon ditemani Luca. Comel sahaja anjing kecil baka husky itu. Macam mana lah manusia tidak perasan akan kecomelan anjing kecil ini.
Aku terfikir sebenarnya, apa yang patut aku buat sekarang ni eh? Larikan diri? Tapi, aku rasa bersalah pul melarikan diri dan tinggalkan Luke.
'Bukan itu kah yang kau nakkan selama ni Cleo? Kau sendiri cakap lepas kau tahu semuanya pasal diri kau dan Luke, kau akan larikan diri.' Getus hati aku berbicara dengan diri sendiri.
Memang itu lah yang aku nak buat. Tapi, aku bercelaru. Separuh darupada hati aku kata lain dan aku bingung nak buat apa. Aku tak tahu...
Aku ada dua pilihan. Satu, aku larikan diri selepas tahu semuanya. Kedua, aku duduk dalam rumah ni dan baiki semuanya tentang kehilangan aku dengan menipu pihak polis yang aku larikan diri.
Erghhh..
"Luca...kalau kau jadi aku kan. Kau rasa kau akan buat pilihan pertama ataupun pilihan yang kedua?" Tanyaku pada Luca.
Yang pastinya anjing itu hanya menajwab 'woof' sahaja. Tidak buat pilihan pun. Kalaulah haiwan ni boleh berbicara. Dah lama agaknya Luca ni beri nasihat dekat aku.
Telingaku menangkap deringan loceng pintu rumah ditekan daripada luar. Aku berkerut seorang diri.
Siapa pula yang datang? Takkanlah Paul dan Luke pergi tekan loceng pintu. Inikan rumah mereka sendiri. Ataupun, adik-beradik dia yang lainnya datang?
Whatever.
Aku angkat daripada dudukku dan aku menuju ke arah pintu utama rumah. Aku pulas tombol pintu. Aku terkejut apabila wajah seorang gadis terpampang di muka pintu.
Gadis berambut hitam itu tersenyum. Lebar ke arah aku. Riak wajahnya memaparkan kegembiraan yang sangat gembira.
"You're safe!" Peluknya erat padaku.
Aku membalas pelukkannya. Aku tak sangka Nova jumpa aku.
"Kau okey tak ni? Tak cedera?" Tanya Nova risau pada aku.
Badan aku dibeleknya berkali-kali memeriksa keadaan aku.
"Ishh, aku okey je lah. Tak cedera pun."
Luka-luka aku yang diakibatkan oleh kemalangan lepas, sudahpun beransur pulih. Cuma, luka kecil sahaja. Tidaklah terlampau teruk. Yang teruknya, Luke. Sampai berjahit dan berbalut bagai.
"Jom, kita pergi daripada sini. Aku datang nak bawa kau balik ni." Kata Nova pada aku tergesa-gesa.
Lengan aku dia pegang dan tarik untuk.mengekorinya. Namun, aku kakukan badan aku.
"Sekejap...aku.."
Nova berhenti dan memandang wajahku pelik. Dia tak tahu apa yang berlaku dan aku sendiri pun susah nak terangkan pada dia.
"Why?"
"Akuu..."
"Cleo, inilah peluang kau nak balik semula pada keluarga kau. Diorang risau sangat pasal kau. Kau hilang hampir sebulan buatkan diorang risau sangat-sangat tau. Come on, we need to go now." Desak Nova sekali lagi.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...