CHP 30

5.8K 119 26
                                    

LUKE

Sejak tadi,  pandangan aku langsung tidak beralih daripada merenung gambar kekasih hati aku,  Cleo.  Sejak aku tinggalkan dia,  hidup aku rasa kosong seperti apa yang aku rasakan 5 tahun kehilangan dia dulu. Aku ambil kepingan gambar yang kedua di mana ia tertulis tarikh yang penting buatku. Tarikh dimana aku jadikan Cleo sebagai kekasih aku.

Malam itu,  aku bawa Shawn dan Flynn ke Funfair sempena hari lahir mereka berdua.  Mereka bukanlah kembar.  Tapi,  wajah serupa sebab antara kami berenam cuma Shawn dan Flynn sahaja lah adik-beradik sebenar.  Mereka yang masih berumur 15 dan 14 tahun itu aku bawa mereka untuk berjalan-jalan luangkan masa sebagai budak remaja.

Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai abang angkat mereka, aku bawa mereka luangkan masa bersama-sama. Memandangkan yang lain tengah sibuk belajar di luar negara.

"Aku nak kita main rollercoaster nanti." Kata Flynn pada aku.

"Korang berdua je lah yang main. Aku malas nak ikut." Tolak aku pada permintaan Flynn.

"Malas kah takut?"

"Hahahahahhahahahahha. " Tawa Shawn dan Flynn serentak pada aku.

"Korang tahu kan yang aku bukannya jenis suka tempat crowded yang banyak manusia!" Aku tinggikan suara ke arah mereka berdua yang memperlekehkan aku.

Mereka berdua secara automatik senyap apabila aku meninggikan suara ke arah mereka. Aku tak suka dalam keadaan macam ni. 

"Ishhh,  kitorang gurau je pun. Itu pun nak marah kah." Kata Shawn pada aku.

Aku bukannya jenis yang suka bergurau merendah-rendahkan orang. Jadi,  aku ambil langkah untuk senyap kali ini.  Kalau aku terlalu terbawa-bawa dengan emosi marah,  nanti lain pula ceritanya. Aku hulurkan beberapa keping not dollar 50 kepada mereka berdua. 

Mereka berdua tersengih dan senyum gembira.  Tanpa melengahkan masa mereka pergi meninggalkan aku. Aku pula cuma duduk di dalam kereta sementara mereka berdua pergi berseronok. 

Aku lihat pesanan yang dihantar oleh Grandma Marry.

Balik awal.  Jangan lewat sangat. Si Zender beradik tu bukannya boleh tidur lewat.  Kalau tidur lewat nanti memang tak ke sekolah lah pagi esoknya. - Grandma Marry.

Pesan penjaga baharu kami selepas bertahun-tahun, Matt, Aku, Paul, Steve, Shawn dan Flynn di rumah anak yatim, akhirnya kami di ambil oleh Grandma Marry seorang wanita yang baik hati sanggup menjaga kami berenam dan dia sanggup bayar yuran pengajian Matt dan Paul untuk sambung belajar di luar negara. 

Tekak aku terasa kering pula. Aku ambil keputusan untuk beli air dan aku lihat keadaan di luar yang sesak dengan manusia itu buatkan mata aku rimas pula. Aku meredah kawasan yang sesak itu dan aku melangkah menuju ke arah satu kedai yang menjual air di situ. 

Aku ambil air Coca Cola dan satu air mineral.  Aku buat bayaran dan tanpa melengahkan masa,  aku berlalu daripada situ. Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat parkir kereta,  mataku tertancap ke arah dua susuk tubuh seorang gadis. 

Hei,  aku kenal mereka berdua tu. 

Aku berjalan mendekati mereka dan aku lihat salah seorang daripada mereka berdua monyok sahaja wajahnya. Seorang pula sibuk dengan gula-gula di mulutnya.

"Hey,  girls." Sapa aku kepada mereka berdua.

Hanya Cleo seorang sahaja yang terkejut melihatkan aku yang tiba-tiba sahaja muncul.  Manakala Nova pula hanya diam termenung melihat skrin telefonnya.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now