CLEO
"What the fuck is wrong with you?! Do you not see?! I'm mad at you." Tengking aku ke arahnya.
Bahu aku yang disentuhnya itu aku tepis dengan kasar. Aku marah sangat-sangat pada dia. Air mata yang aku tahan sejak tadi mulai bertakung di kantung mata.
"I'm sorry.. I didn't mean to.."
"Fuck your apologize!" Gertak aku ke arahnya tanpa dia sempat menyambung ayatnya.
Dia mencengkam kedua-dua belah bahu aku dengan pandangan matanya menikam tajam ke arah anak mata aku.
"Stop! Hear and shut the fuck up what I'm gonna explain to you!"
"I don't need your explanation. It's all your fault. I have been so lost. I've been losing my mind...."
Akhirnya air mata aku jatuh mengalir pada pipi aku.
"..and you didn't even see it. You didn't even care."
Dia menarik aku dan peluk aku. Tetatpi, disebabkan rasa marah dan panas hati. Aku menolaknya.
"I'M DONE! Do you fucking hear me?!"
Satu tolakkan kuat menyebabkan aku terjatuh dan..
"Huhh!!..uhukuhuk uhuk.." aku tersedak terjaga daripada mimpi burukku.
Dapat aku rasakan dada aku sesak dan jantung aku berdegup dengan sangat laju. Nyawa aku ibarat dilempar turun ke bumi rasanya.
"Uhukuhukkk.."
Sebotol minuman kosong aku tuangkan ke dalam gelas yang sudah disediakan di tepi katil aku. Air kosong itu aku minum sehingga habis bagi meredakan rasa sakit tekakku. Gelas yang sudah kosong itu aku letakkan semula pada meja kecil yang bersebelahan dengan katil aku.
Mimpi yang aku alami itu buatkan aku tertanya-tanya. Siapa yang aku marah itu? Aku tak dapat mengecam muka individu tersebut. Tetapi, aku pasti ianya seorang lelaki.
BUKKK
Satu hentakkan yang kuat dari luar bilik, menyentak aku daripada lamunan aku. Apa benda yang berlaku dekat luar sana? Tambahan pula bilik aku berdekatan pula dengan ruang tamu. Sekali lagi aku terdengar satu bunyi yang aneh iaitu bunyi daripada barang-barang jatuh ke lantai.
Dalam masa yang sama aku takut juga kalau-kalau ada penceroboh kah apa. Tapi, siapa yang nak ceroboh masuk rumah yang dimiliki boleh Luke yang gila tu melainkan diri dia sendiri yang gila?
Disebabkan perasaan ingin tahu aku kuat untuk mengetahui apa yang ada di luar bilik, aku melangkah turun daripada katil dan aku menuju ke arah pintu bilik. Nafas aku tarik panjang dan hembus untuk memberi kekuatan pada diriku sendiri. Tombol pintu aku pulas dan aku tarik sedikit untuk mengintai keadaan di luar sana.
Suasana di ruang tamu tidak terlampau gelap kerana ada cahaya malap yang menyinari segenap tempat di ruang tamu itu. Belum sempat aku mahu melangkah keluar pintu bilik aku ditolak dengan agak kuat menyebabkan aku terundur sedikit. Dalam keadaan yang gelap, satu figura seorang lelaki berdiri di depan muka pintu bilik aku.
Dia melangkah masuk dan dengan pantas menutup pintu bilik aku. Perasaan takut menjengah diriku apabila aku dapati ianya Luke yang masuk ke dalam bilik aku. Dia menutup pintu bilik dan menguncinya dari dalam.
Wajah Luke kelihatan kemerahan kulit wajahnya. Matanya kelihatan kuyu memandang ke arah aku bersama senyuman senget terukir pada bibirnya membuatkan aku lebih takut pada dirinya. Aku boleh agak dia mabuk dengan bau alkohol yang menyengat datang daripada lelaki itu.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...