NOVA
Malam itu, kami berdua bermalam di hotel sahaja. Aku duduk di balkoni cuba untuk menenangkan fikiranku. Angin malam menyapa lembut wajahku.
Aku masih lagi tak boleh lupakan apa yang terjadi. Aku tak boleh terima semua ni. Aku bagai nak gila menahan semua ni.
Pihak penyiasat mengesahkan kematian keluarga Janyson, bukanlah disebabkan kemalangan ataupun kecuaian. Tetapi, ianya adalah satu kes pembunuhan.
Semua ni...ada kaitan dengan Cleo. Ya, aku pasti 100% semuanya ada kaitan dengan minah tu. Aku memang tak patut ambil risiko ikut dia cari Luke. Memang sial!
I hate it!
Keluarga aku tak bersalah. Yang salahnya adalah aku. Aku yang tinggalkan mereka.
Now, i don't have parents.
I don't have brothers and sister.
Aku rapatkan kedua-dua kaki aku pada dada. Kepala aku tundukkan mendarat pada lutut dan menangis semahu yang boleh. Aku tak mampu lupakan semua memori yang aku ada bersama keluarga aku.
Walaupun aku tidaklah serapat mana pun dengan keluarga aku, aku tak boleh kehilangan mereka. Aku yang selalunya marah dan selalu berhasrat dalam hati supaya menjauh daripada mereka. Tak semestinya aku inginkan mereka hilang daripada hidup aku.
That's not what i want. I have...nothing.
Pintu bilik aku dikuak dari luar, dan Cleo melangkah masuk bersama bungkusan makanan di tangannya. Dia meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja kecil yang ada di situ. Aku langsung tidak mempedulikan kedatangan gadis itu ke dalam bilikku.
"Nah, aku letakkan makanan kau atas ni. Nanti, makan tau." Pesan Cleo pada aku.
Aku tidak menjawab malah aku berpaling daripada memandangnya. Aku tak nak diganggu ketika ini. Cleo mendekati aku yang sedang duduk di kerusi di luar balkoni.
Dia menyentuh bahu aku dan aku dengan pantasnya menepis tangannya daripada menyentuh aku. Aku rasa marah ketika ini.
"Kau tahu kan aku tak nak diganggu sekarang ni?! Boleh tak kau...pergi je dari sini." Marah aku padanya.
"Macam ni kau layan aku? Aku cuba untuk pujuk kau. Tapi, kau buat aku macam tunggul."
Aku tidak endahkan kata-katanya. Aku sedaya upaya menahan rasa marah yang mulai membuak ketika ini.
"Kau anggap aku siapa selama ni hah? Aku tak penting kah?!" Sambung Cleo tidak berpuas hati melihatkan aku tidak bersuara.
"Aku menyesal ikut kau. Disebabkan kau lah keluarga aku mati. It's all your FAULT!" Tengking aku padanya.
Cleo tersentak mendengar ayat yang meniti pada bibir aku. Aku tak kisah kalau dia sentap kah apa. Sekarang ni aku hanya fikir perasaan aku sahaja. Aku tak kisah dah.
"Fine...that's how you treat me. Okay, i know it's all my fault. Because of me, your family is gone. I'm a mess Nova."
"You fucking piss me off. Just, go away! I don't want to see your face. GO!"
Aku dapat lihat wajahnya memaparkan riak hampa terhadap sikapku. Dia berjalan keluar daripada bilik aku.
Aku genggam rambut aju bagaikan orang gila ketika ini. Aku rasa sangat bersalah ketika ini sebab menghalau Cleo begitu sahaja. Aku terlampau ikutkan emosi. Akuu... Erghh! Fucking shit!
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
CLEO
Aku sudahpun selesai menyarungkan pakaian pada tubuh badan aku. Dalam masa yang sama, fikiran aku tak henti-henti memikirkan tentang kawan baik aku, Nova. Dia marah disebabkan aku. Dia berada dalam kesedihan, disebabkan aku.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...