CHP 18

6.7K 117 1
                                    

CLEO

Sudah hampir seluruh rumah ni aku periksa untuk cari jalan keluar. Tapi, semuanya sia-sia sebab rumah ini dijaga terlampau ketat. Semua pintu dan tingap dikunci rapat. Aku nak pecahkan pun ianya, terlampau kebal untuk dirosakkan. Aku bagaikan dikurung dalam rumah yang dipenuhi dengan peralatan berteknologi tinggi.

Setiap kali aku rosakkan sesuatu mesti aku akan dengar bunyi perempuan robot itu.

"You can't broke this security system. Thank you."

Itu sahaja lah yang setiap kali aku dengar. Suara robot yang entah apa-apa tu. Berdarah telinga aku mendengarnya. Tambahan lagi aku sakit hati sangat-sangat dengan semua ni. Macam mana aku nak keluar? Aku nak rosakkan pun dia siap ucap terima kasih dekat aku.

Eeeee, geramnya aku!

Aku pandang jam yang tergantung pada dinding ruang tamu. Jarum jam pendek itu menunjukkan pada angka 2 pagi. Sejak Luke keluar, aku berusaha untuk melarikan diri. Tapi, satu pun daripada usaha aku tak ada yang berjaya.

Aku rasa macam dah putus asa untuk larikan diri dari sini. Takkan aku nak biarkan hidup aku terkurung dalam rumah ni je?

Tapi, bila difikirkan balik kalau rumah ni dikawal oleh A.I (Artificial Intelligence). Jadi, aku kena rosakkan sistem utama dia. Masalahnya pula, aku tak tahu di mana sistem utama itu ditempatkan.

Kalau aku jadi Luke, aku akan letak ia di mana yaa?

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

MATT

Aku parkirkan kereta di depan sebuah kafe yang menjadi tempat kegemaran aku setiap kali aku mahu makan. Tak kira sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam aku akan ke sini. Ianya juga salah satu kafe yang menjadi kegemaran Nova.

Hmm, kenapa aku fikirkan pasal minah tu lagi?! Ishh..

Tapi, aku tak payah risau. Sebab, Steve sanggup tawarkan untuk lengahlan Nova. Walaupun, aku rasa itulah peluang aku untuk bersama Nova. Tak payahlah. Benda dah lepas. Aku tak payah kejar balik.

Aku melabuhkan duduk di atas kerusi dan pelayan terus mengambil pesanan aku sebaik sahaja aku datang. Aku membuat pesanan seperti biasa untuk makanan tengahari aku. Pelayan berlalu pergi dan tinggallah aku berseorangan di meja ini.

"Kau tahu kan.. yang aku suka sangat minum hot chocolate dekat kafe ni."

Sekali lagi, suara Nova berlegar di dalam kepala aku. Keluhan berat aku lepaskan. Betapa beratnya aku rasakan bila teringatkan dia semula. Ini semua Luke punya pasal lah yang buatkan aku teringatkan dia. Kalau tak disebabkan Luke, memang aku takkan ingat balik pasal minah tu.

"Ini merupakan kafe yang selalu aku pergi kalau aku ke Brazil."

Suara itu..telinga aku tak menipukan yang aku dengar suara dia. Aku mencari arah datangnya suara itu dan aku terpandang ke arah satu susuk tubuh seorang lelaki.

Ohh, bukan. Aku terlampau fikirkan dia kot sampai buatkan aku dengar suara Nova dalam realiti.

Tidak lama kemudian, pelayan sampai dan menghantar pesanan aku ke atas meja. Perut aku dah kosong sangat ni menanti untuk diisikan dengan makanan tengahari sahaja lagi. Satu suapan daging ayam itu aku masukkan ke dalam mulut.

Tiba-tiba, datang seorang budak lelaki yang berpakaian seperti pengakap sekolah, berdiri di depan meja aku. Budak lelaki itu memegang tabung derma bersama senyuman manis terukir pada wajahnya.

"Abang, nak derma untuk sumbangan lawatan kami?" Tanya budak lelaki itu.

Aku tidak menjawab tetapi, hati yang baik aku keluarkan dompet aku dan masukkan satu not 50 dollar ke dalam tabung yang dipegang olehnya. Budak lelaki itu sedikit tercengang melihatkan aku masukkan not 50 dollar.

"Terima kasih Abang. Abang lah antara salah seorang yang menderma duit bernilai paling tinggi. Yang lain pula cuma kurang daripada not 10 dollar." Katanya pada aku.

"Bersyukurlah tu ada yang derma. Daripada tak ada kan?" Kataku padanya laluku ukirkan senyuman ke arahnya.

"Hmm, apa pun terima kasih sekali lagi abang. Saya janji suatu hari nanti jasa Abang akan dibalas dengan kebaikkan yang berlipat kali ganda." Ucap budak lelaki itu kepada aku sebelum dia berlalu pergi ke tempat lain.

Kalau kebaikkan aku itu dibalas untuk berkekalan bersama Nova untuk kali kedua. Aku bersyukur sangat-sangat dengan nasib baik yang budak tu bawa.

Dalam masa aku sedang menikmati makanan tengahari, telefon aku berdering menandakan satu panggilan masuk ke dalam telefon aku. Aku lihat Ianya tertera nama Steve. Aku lepaskan keluhan dan angkat panggilan daripada Steve.

"Hello~~ Abang sulung?"

Aku benci bila dia panggil aku dengan suara macam tu. Menjengkelkan betul ada adik angkat macam dia ni.

"Kalau kau call aku disebabkan nak tanya pasal minah tu. Tak payah je lah. Aku ada banyak kerja lagi nak dibuat." Kataku kasar padanya.

"Ehhh, aku tak kisah pun kalau aku tak perlu tanya kau. Masalahnya sekarang ni, aku nak kau ambil aku dekat airport."

"Apasal pula kau ada dekat airport? Kenapa kau pergi sini?"

Ketika itu, mata aku tertancap pada satu figura yang amat aku kenali. Bentuk tubuhnya, gaya dia berjalan dan wajahnya. Gadis itu melangkah masuk ke dalam kafe.  Itu..itu kan Nova? Tak mungkin, dia kan dekat German.

"Alah, dah minah tu ada dekat Brazil. Memanglah aku pergi sini. Sudah-sudah, ambil aku sekarang. Penat aku tunggu kau dekat sini. Dari bontot aku ada isi, jadi tak ada isi pula duduk lama sangat dekat sini."

Panggilan diputuskan dan aku letakkan telefon aku di dalam poket. Pandangan aku kembali dihalakan ke arah gadis yang aku nampak tadi. Gadis itu, aku lihat dia ditemani oleh dua orang lelaki. Seorang lelaki itu kelihatan sebaya dengan Nova manakala seorang lagi kelihatan lebih tua.

Memang betullah apa yang aku lihat dan dengar daripada Steve yang Nova ada di Brazil sekarang ni. Aku lihat dia dari jauh. Gadis itu kelihatan sangat gembira. Tanpa, aku.

Dia ingat aku lagi kah? Patutkah aku bersemuka dengan dia?

Aku kuburkan sahaja hasrat aku itu. Aku tak nak timbulkan rasa suka terhadap dia lagi. Sudah cukup pedih aku rasakan terhadap dia. Aku berlalu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

Badan aku renggangkan setelah aku bangun daripada tidur. Aku celikkan sedikit mata aku memandangkan sinaran matahari yang masuk melalui tingkap membuatkan mata aku silau. Aku gosok mata aku menghilangkan rasa mengantuk.

Huarghh~~~

Eh? Aku ada dalam bilik lah. Aku sentuh badan aku dan..fuhh, aku masih pakai baju. Aku takut Luke ada buat sesuatu yang tak diingini pada aku. Macam..rogol aku kah apa.

Aku tak nak benda yang sensual berlaku terhadapa aku seperti mana satu malam itu aku dikerjakan oleh Luke. Bukan bermaksud aku dengan dia buat seks okey. Cuma, dia sengaja nak buat aku...terangsang dengan sentuhan dia. Tapi, tak buat. Jujur aku katakan aku tak pernah diperlakukan sebegitu pun.

Aku turun daripada katil dan menuju ke arah bilik air. Pili air aku buka dan aku basuh muka aku yang basi itu dengan air supaya terasa lebih segar.

Kejap...Yaaa air. Aku dah dapat satu idea. Kenapalah aku tak terfikir langsung semalam. Dengan air ini aku boleh rosakkan sistem utama itu. Ya, Betapa bijaknya anakmu ini ayah.

Aku yakin lepas ni aku boleh terlepas. Tapi, aku kena buat ni tanpa pengetahuan sesiapa pun termausk Luke. Aku kena laksanakannya ketika Luke tiada di rumah. Selalunya, Luke akan keluar waktu malam. Jadi, malam ni bermulalah rancangan aku.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now