PAUL
Tanganku mencapai segelas jug air kosong dan aku letakkan di atas dulang. Setelah meletakkan semangkuk bubur dan pinggan yang berisi potongan buah epal, aku bawanya masuk ke dalam bilik Luke dan Cleo di mana mereka berdua ditempatkan.
Penat betul jaga dua orang manusia yang perangai memang menyusahkan orang ini. Lebih-lebih lagi Luke tu. Langsung tak penat pun nak kehilangan nyawa disebabkan kekasih hati dia tu. Aku tak faham lah orang bercinta ni.
Heh, memanglah aku tak faham. Sebab, aku playboy, mana pernah serius dalam percintaan. Pakai buang je.
Aku masuk ke dalam bilik dan aku lihat Luke sudah pun sedar. Cleo pula masih belum sedarkan diri. Daven kata, disebabkan Cleo pernah alami kemalangan sebelum ini, berkemungkinan dia boleh koma ataupun belum sedarkan diri sahaja. Boleh dikatakan pengsan sementara lah.
"Nah, makan ni." Aku hulurkan semangkuk bubur itu kepada Luke.
Luke menolak huluran aku. Namun, dia meminta air untuk diminum. Aku turutkan sahaja kehendak abang angkat aku itu. Aku berikan segelas air kosong kepadanya dan Luke menghirup air itu sehingga separuh.
Kasihan aku tengok keadaaa Luke yang cedera agak teruklah bagi aku. Dengan lehernya yang dijahit sebanyak 10 jahitan itu dibalut dengan bandage dan kepalanya juga berbalut bersama kapas yang tertampal pada bahagian pipi kanan Luke akibat terkena torehan kaca. Huduh dah aku tengok.
Aku ambil semula mangkuk yang bersisi bubur itu dan aku hulurkan pada Luke.
"Nah, makan ni. Biar ada isi sikit perut kau tu."
"Tak nak aku. Tak ada selera."
Nafas aku tarik dan hembus. Sedaya upaya menahan kesabaran dalam diri aku ni. Sabar, Paul..Luke sakit dan aku kenalah faham orang yang tengah SAKIT!
"Makanlah. Kau tahu kau sakit lepastu tak nak makan pula. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan abang sulung nanti." Desakku padanya.
Dalam kalangan adik-beradik angkat aku, Luke ni lah yang paling manja kalau dah sakit. Aku masih boleh pertimbangkan lagi Flynn dan Shawn tu. Luke ni pula perlu dipaksa baru lah dia dengar cakap. Degil sangat.
"Aku dah kata aku tak nak..TAK NAK LAH!" Gertak Luke padaku.
Aku julingkan mata ke atas tanda menyampah melayan perangai Luke.
"Kau sakit! Aku yang jaga dan ianya akan menyusahkan lagi aku kalau kau tak sembuh. Makan!" Paksa aku pada Luke.
Luke berpaling daripada aku. Sabar Paul..Sabar.. perangai Luke aku kena bawa bersabar.
"Kau nak aku suap kan?" Aku mengambil sudu yang berisi bubur itu dan aku menyuakan sudu itu ke arahnya.
"Tak nak..." kata Luke degil pada aku.
"Kau ni degil lah!" Marahku padanya.
Aku capai telefon dan aku membuat panggilan pada Matt. Tidak lama kemudian, talian bersambung.
"Kau nak apa?" Tanya Matt dingin pada aku.
Dapat aku rasakan aura abang sulungnya disitu.
"Ni Haaa..adik kesayangan kau ni tak nak makan. Dah tahu sakit dia masih berdegil juga tak nak makan." Aduku pada Matt.
"Bagi phone ni dekat Luke."
Aku hulurkan telefon itu pada Luke dan lelaki itu menerima huluran aku. Luke tidak melekapkan telefonku itu pada telinganya malah dia menekan butang merah mematikan panggilan daripada Matt. Dia melontarkan telefonku menghempas dinding.

ANDA SEDANG MEMBACA
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Storie d'amore[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...