CHP 13

9.1K 157 0
                                    

NOVA

Sejak semalam, aku asyik menekan nombor telefon Cleo dan panggilan yang aku lakukan langsung tidak diangkat oleh gadis itu. Sudah banyak kali aku mesej dan call, dia langsung tak angkat pun. Apatah lagi pesanan yang aku hantar. Dia langsung tak balas pun. Mana perginya minah tu?

Aku pula yang risau dibuatnya.

"Dia tak angkat lagi?" Tanya Taylor pada aku yang duduk berhadapan dengan aku itu.

"Tak. Reply chat aku pun dia tak. Mana minah tu pergi?! Risau aku tahu tak." Keluh aku di tempat duduk aku.

Halsey di sebelah aku mengusap bahuku.

"Mungkin, dia perlukan masa berseorangan kot untuk tenangkan diri. Mana lah tahu dia ditimpa masalah dan dia tak nak share dengan kau sebab dia takut kau risau." Pujuk Halsey padaku.

"Bila dia tak beritahu aku lah buatkan aku lagi risau dekat dia. Dia kalau ada masalah dia akan beritahu aku tahu tak. Tak pernah dia tak beritahu aku pasal masalah dia." Kataku dalam nada yang sedikit meninggi sebab aku terlampau marah.

Taylor, Javier, Aaron dan Halsey senyap apabila aku marah. Tidak lama kemudian, datang makanan yang kami pesan. Aku termenung ke arah salad di depan mataku itu.

"Kau tak rasa takut eh? Perlu duduk seorang diri, hidup sendiri..."

"Kau tak ada ada kena kacau kah apa masa mula-mula datang dulu?"

"Ha'ah, duduk seorang dekat apartment."

Aku teringat akan soalan dalam perbualan aku dan Cleo semasa kali pertama gadis itu baru sahaja menjejakkan kaki ke New York dahulu. Soalan itu memanglah buatkan aku berasa pelik. Tambahan pula bunyinya amat merisaukan aku. Aku tak naklah ada apa-apa yang terjadi pada kawan baik aku itu.

Tapi, dia tak pernah cakap pun dekat aku siapa yang kacau dia tu. Memanglah aku tak tahu sebab aku tak tanya masa tu. Kenapalah aku tak terfikir nak tanya. Bodoh kan aku ni? Macam mana lah boleh masuk univerisiti.

"Kau janganlah fikirkan sangat pasal benda tu." Kata Javier pada aku.

Mereka yang lainnya pandang muka aku dengan pandangan yang risau. Lebih-lebih lagi si Halsey tu. Aku termenung je pun. Bukannya gila.

"Susahlah kalau nak lupakan pasal benda tu. Korang tak ada buat apa-apa yang boleh tarik perhatian aku daripada terus termenung memikirkan benda tu."

"Betul juga tu.." sampuk Aaron.

"Apa pun nanti kitorang tolong kau carikan Cleo. Manalah tahu sebab dia tak angkat call dan tak reply chat kau sebab phone dia rosak kah apa." Kata Taylor pada aku.

"Ha'ah, betul tu. Kawan kau, kawan kitorang juga. Itu apa yang kawan buat. Tolong antara satu sama lain." Kata-kata Halsey sedikit membantu.

Aku tak sangka kami baru sahaja kenal tapi, mereka buat aku macam dah lama kenal. Walaupun, sebenarnya aku semak ada terlampau ramai kawan. Cukup seorang bagi aku. Macam Cleo, sudah memadai untuk aku. Tapi, bak kata orang 'Quality not Quantity.'

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

"Well..well..well.. here you are. In my house..." Kata Luke sambil meraih dagu aku.

Aku menepis tangannya kasar. Apa yang dia nak sebenarnya?! Bila aku tanya, dia punya jawapan buatkan aku tak puas hati mendengarnya.

"Nampaknya, tak perlulah aku nak bersusah payah cari kau lagi. Sebab, kau sendiri yang datang sini. Jadi, automatik kau jejakkan kaki ke dalam rumah ni, kau langsung tak boleh..... larikan diri daripada aku." Katanya pada aku sinis.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now