CHP 6

12.6K 205 0
                                    

CLEO

"Oh wait, my phone is ringing."

Aku hembuskan nafas lega. Aku haraplah lepas dia 'on the phone' dia lupa dengan apa yang dia tanya tadi. Aku belum sedia nak beritahu Nova yang aku dalam masalah besar.

Nova kelihatan merungut. Aku pula hanya diam sambil menikmati coklat panasku itu. Aku angkat daripada dudukku mengambil sebungkus roti dan coklat nutella. Baik aku makan sekejap. Lapar betul perut aku.

Luke terus bawa aku balik tanpa bagi aku sarapan pun. Eleh, macam lah aku ni special sangat sampai nak dilayan macam tu kan?

Poor girl.

Aku sapukan coklat nutella itu pada permukaan roti. Nova yang berada di depan aku mengeluh panjang. Dia sudah pun selesai daripada perbualannya di dalam talian besama seseorang.

"Siapa?" Tanyaku padanya sambil mulutku mengunyah roti.

"Taylor, member satu group dengan aku. Dia ajak aku makan sambil discuss apa yang nak dibuat esok." Kata Nova dengan nada menyampah.

Nampak macam sibuk sahaja Nova sepanjang dia berada di Manhattan ni. Itu baru Nova, yang sudah lama belajar. Kalau aku pula? Sempatkah aku merasai semua penat lelah belajar di kolej?

"Bila?"

"Sekarang ah. Diorang nampak hardworking gila doh. Hari ni baru sampai Manhattan, diorang dah sibuk nak selesaikan kerja. Letih ah. Diorang tu robot kah manusia sampaikan tak tahu penat lelah? Huhh, kalau tak disebabkan mak ayah aku yang nak tengok aku berjaya, dah lama aku quit daripada study." Bebel Nova seorang diri.

Nampaknya, Nova lupa akan pertanyaannya padaku tadi. Lega lah sikit rasa hati ini. Tapi, dalam masa yang sama. Aku risau juga.

"Kalau dia ajak kau makan. Siapa yang nak hantar kau ke sana? Aku tak ada transport lagi nak jalan-jalan Manhattan ni."

"Mamat tu sendirilah yang datang ambil. Dia ada rumah dekat sini. Itu yang senang sikit."

"Ohhh, terpaksalah aku tinggal seorang diri dalam rumah ni."

Aku takut pula kalau Luke datang nak culik aku lagi nanti. Aku tak nak. Aku tak nak jumpa mamat gila lagi psycho tu. Aku rasa dia memang datang dari hospital sakit jiwa.

"Ehhh, kau jangan nak macam-macam. Kau ikut sekali."

"Tak ganggu korang kah? Aku takut nanti kedatangan aku buat korang rasa tak selesa."

Nova membuka bagasi miliknya. Aku hanya perhatikan sahaja kelakuan gadis itu. Dia mengeluarkan tablet dan beberapa fail nipis lalu diletakkan di dalam beg. Beg jenama Gucci itu dia sangkutkan pada bahu kanannya.

"Tak apa. Actually, semua member satu group dengan aku kenal kau. Diorang okey je kalau kau ada sekali dengan aku. Lagipun, diorang memang peramah orangnya. Nasib baiklah aku ditakdirkan masuk group yang aku selesa bila sama-sama nak buat kerja." Kata Nova penuh drama menandakan yang dia amat bersyukur.

Dia ni sampai sekarang tak lepas dengan drama lebih-lebih dia tu.

Aku anggukkan sahaja kepalaku. Nampaknya Nova sudah beritahu awal kepada rakan-rakannya yang lain mengenai aku. Jadi, aku rasa okey lah sikit bila mereka dah tahu pasal aku. Tak adalah aku rasa asing sangat bila nak bergaul nanti.

"Jomlah. Aku rasa mamat tu dah datang." Ajak Nova padaku.

"Okey, jom!"

Kami berdua keluar daripada bilik apartment milikku. Aku kunci pintunya rapat dan kunci aku bawa sekali. Kami berdua gunakan lif untuk turun. Kali ini, aku rasa selamatlah nak gunakan lif sebab, ada Nova yang temankan.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now