CHP 21

6.2K 122 0
                                        

NOVA

Aku menghulurkan wang kertas itu kepada pemandu Uber dan aku keluar daripada kereta tersebut setelah membuat pembayaran kepada pemandu Uber itu. Seharian aku duduk di kafe berjumpa dengan Steve. Sudah hampir 3 hari berturut-turut aku berjumpa dengan Steve.

Pada mulanya, bertembung di pusat membeli-belah sahaja. Tetapi, lama-kelamaan selalu pula Steve bawa aku berjumpa dengan dia. Dia kata berjumpa untuk suka-suka sahaja dan ingin tahu tentang khabar Cleo yang menghilangkan diri. Aku cerita sedikit sahaja padanya. Tak semua aku cerita sebab, tak banyak aku tahu mengenai kehilangan Cleo dan takut nanti aku tersasul mendedahkan rancangan pencarian Cleo pula.

Aku melangkah masuk ke dalam De Brazilia Hotel dan dari jauh aku lihat Taylor tersenyum ke arah aku. Ehhh, dia muncul pula dah. Tolonglah...

"Kau pergi mana ha?" Tanya Taylor pada aku.

"Hehhe, jalan-jalan." Kataku padanya.

Taylor lihat ke arah beg kertas yang penuh ditangan aku itu. Memang aku pergi shopping pun memandangkan Mr. Clifford masih belum perlukan bantuan aku. Bukan aku tak nak tolong cari Cleo. Tapi, Mr. Clifford cuma nak aku mencari maklumat kecil sahaja. Kalau sampai nak menganalisis bagai, itu bukan kerja aku.

"Kau tak beritahu aku pun kau keluar. Susahkan diri sendiri je kau ambik Uber nak jalan-jalan. Aku kan ada nak bawa kau jalan-jalan." Kata Taylor pada aku.

"Aku tak naklah kau ikut sebab aku jumpa kawan tadi."

"Hmmm, yelah. Jomlah, ayah aku tengah cari kau sekarang ni."

Taylor menarik lengan aku yang masih dipenuhi dengan beg kertas itu mengekorinya menuju ke lobi di mana Mr. Clifford sedang menanti kedatangan aku. Aku dibawa oleh Taylor ke sofa yang disediakan oleh pihak Hotel di situ untuk tetamu yang hadir.

"Ehh Taylor, kenapa tak suruh je Nova masuk bilik dulu untuk letak barang? Kan dah menyusahkan Nova je untuk bawa barang dia ke hulu ke hilir." Kata Mr. Clifford pada anak lelakinya itu.

"Tak apalah Uncle, Nova boleh masuk bilik kemudian je. Lagipun, Mr. Clifford mesti diutamakan terlabih dahulu."

"Haaa, ayah sendiri dengar kan yang Nova sendiri yang tak nak masul bilik dulu."

Eleh, dia ni kalau dia tak tarik aku pergi lobi tak adanya aku hingin sangat nak ke sini. Lagipun, kaki aku penat sepanjang hari berjalan-jalan.

Boleh je aku masuk bilik terus dan terlentang di atas katil yang empuk dan lembut.

"Apa pun, Uncle perlukan bantuan saya kah?" Tanyaku pada Mr. Clifford.

"Sebenarnya, Uncle nak beritahu yang sekarang ni macam ada sesuatu yang telah ganggu pencarian Cleo. Jadi, ianya menyukarkan lagi pencarian kita." Terang Mr. Clifford pada aku.

"Ganggu yang macam mana tu Uncle?"

"Sistem pencarian polis menggunakan satelit digodam oleh seseorang untuk menyulitkan lagi pencarian kita ke atas Cleo."

Dahi aku berkerut mendengarkan kata-kata daripada Mr. Clifford.

"Jadi, pihak penyiasat yang lainnya mengesahkan yang berkemungkinan Cleo memang terlibat dalam kes penculikkan."

Kalau macam tu, aku memang boleh agak yang Cleo diculik oleh seseorang. Tapi, siapa? Nak kata Cleo ada musuh, tak ada pula. Takkan ianya ada kena-mengena dengan musuh ibu bapa Cleo?

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

STEVE

"Macam mana? Selama 3 hari ni kau jumpa dengan Nova?" Tanya Matt pada aku.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang