CHP 26

5.2K 137 1
                                    

LUKE

Aku letakkan beg plastik yang penuh dengan barang dapur itu di atas meja. Nanti kalau Paul balik, pandai-pandai lah dia susun semua ni. Aku keluarkan segelas jug air kosong daripada peti sejuk dan tuangkannya ke dalam gelas kosong.  Aku hirupnya sehingga habis. Pandanganku beralih ke arah pintu bilik Cleo yang tertutup rapat itu.

Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik selepas aku bawa dia pulang daripada beli barang dapur.  Aku terfikir nak bawa dia ke suatu tempat yang dia akan suka selepas beli barang dapur.  Tapi,  disebabkan insiden pagi tadi di mana dia diketahui oleh seorang wanita namun,  aku tangguhkan sahaja hasrat itu.

'KAU MEMANG LELAKI YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI.'

Aku hanya mampu mengukirkan senyum senget mendengarkan ayatnya yang mengutuk aku sebagai lelaki yang pentingkan diri sendiri.  Aku tak kisah pun kalau aku pentingkan diri sendiri.  Asalkan aku dapat apa yang aku nakkan. 

Aku melangkah ke arah bilik gadis kesayangan aku itu. Kunci pendua aku masukkan ke dalam tombol pintu dan aku tolak pintu tersebut.  Bilik itu kelihatan kosong. Aku cari kelibat Cleo di segenap bilik itu.  Mataku tertumpu pada bilik mandi. 

Gegendang telinga aku menangkap pancuran air daripada bilik mandi tersebut bersama tawa kecil seorang gadis berserta laungan seekor anak anjing.  Aku dapat rasakan yang Cleo sedang mandikan anak anjing kecil itu.  Aku tak kisah dia nak pelihara anak anjing itu.  Sekurang-kurangnya ada lah juga peneman gadis kesayangan aku di dalam rumah ni.

Sebab,  lepas ni aku takkan lepaskan dia keluar daripada rumah ni lagi.  Cukuplah hari ini aku bawa dia keluar.  Tapi,  aku masih terasa curiga dengan wanita yang memeluk Cleo itu.  Aku kenal wanita itu dan aku pasti dia juga mengenali aku.  Patutkah aku buat sesuatu pada wanita itu supaya dia tidak dedahkan lokasi Cleo berada.

Pintu bilik mandi terbuka dan kelibat Cleo keluar bersama anak anjing itu yang masih dalam keadan basah berlari keluar daripada bilik mandi dan ia menuju ke arah aku.  Anak anjing itu berpaut pada aku. Aku ambil anak anjing itu yang masih dalam keadaan basah.

"So,  kau nak panggil si kecil ni apa?" Soalku pada Cleo.

Cleo masih dengan wajah tegangnya memandang ke arah aku.  Nampaknya si gadis kesayangan aku ni masih lagi marahkan aku.  Cleo merampas anak anjing itu daripada genggaman aku lalu dia mengelap badannya dengan tuala kecil.

"Bastard." Kata Cleo dingin ke arahku.

Cleo tidak mengendahkan aku dan dia lebihkan perhatiannya pada anak anjing kecil itu. Aku tahankan sahaja perasaan sakit hati pada kelakuan dinginnya itu.

"Okay,  bastard. Time to get off from my girlfriend. "

Aku tarik anak anjing itu daripada pangkuan Cleo dan letakkannya di atas lantai. 

"What the hell?  Aku tengah keringkan bulu dia!" Jerit Cleo marah ke arah aku.

Aku tidak mengendahkan tengkingannya pada aku.  Aku tarik lengannya dan aku paksa dia untuk ikut aku. 

"Kau nak bawa aku ke mana?! Lelaki tak guna dan pentingkan diri sendiri.  Such a selfish man." Marahnya pada aku sambil meronta-ronta.

Aku tidak biarkan sahaja doa meronta. Aku heret dan paksa dia menuju ke halaman belakang.  Aku lepaskan tangannya.  Cleo mengusap lembut tangannya yang dicengkam kuat olehku tadi. Wajahnya kelihatan masam mencuka masih lagi marahkan aku.

"Aku bawa kau jalan-jalan dekat belakang ni. Bukannya nak bawa kau masuk bilik dan rogol kau pun." Sindir aku padanya.

Cleo hadiahkan satu jelingan tajam ke arah aku.  Pandangannya beralih memandang ke arah halaman belakang yang dipenuhi dengan taman bunga itu. 

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now