CLEO
Selesai mandi, aku menyarungkan pakaian pada tubuh badan aku. Sebenarnya, fikiran aku sejak semalam lagi tertanya-tanya akan apa yang Steve nak beri pada aku. Aku haraplah ianya benda yang berguna.
Dalam masa yang sama, aku cuba untuk cari jalan keluar. Tapi, kali ini rumah ni di naik taraf pada sistem yang lebih ketat. Aku pula yang rasa rimas duduk dekat sini. Tambahan pula, aku ada satu keinginan yang aku nak lakukan di dalam rumah ni sebenarnya.
Aku berhasrat nak selongkar bilik Luke. Namun, bila difikirkan balik, macam mana aku nak masuk bilik mamat misteri itu. Ianya sentiasa berkunci. Lebih-lebih lagi bila dia tiada di rumah. Nak kata ada kunci pendua, mestilah disimpan oleh Luke ataupun sesiapa sahaja ahli di dalam rumah ni.
Tidak lama kemudian, gegendang telinga aku menangkap bunyi deruman kereta masuk ke dalam.garaj. Aku tak boleh agak siapa yang balik. Tapi, sejak semalam lagi aku cuma tengok muka Daven dan Paul sahaja bersama aku.
Luke dan yang lain pula tiada. Mungkin, mereka sibuk dengan kerja kot. Inilah salah satu yang membuatkan aku tertanya-tanya dengan perihal mereka berenam.
Apa pekerjaan yang mereka lakukan sebenarnya? Sampaikan boleh beli rumah secanggih ini?
Tiba-tiba, pintu bilik aku dibuka daripada luar secara mengejut. Cuma, aku je yang tak terkejut. Walau aku kunci pintu bilik itu sekalipun, sudah pasti mereka dapat membukanya dengan mudah. Sebab, ada kunci pendua lah katakan.
Kejap, kenapa aku tak terfikir selama ini eh? Kalau selama ini Luke yang ada di dalam rumah yang pegang kunci pendua. Sudah pasti, Luke akan serahkan kunci pendua untuk dipegang oleh Paul. Sebab, Paul yang jaga rumah sekarang ni.
Aku lihat ke arah muka pintu, kelibat Paul masuk ke dalam bilik aku. Dia tersenyum ke arah aku bersama ada sebungkus plastik makanan dan sebuah kotak bungkusan di tangannya. Paul datang mendekati aku yang duduk di atas katil itu.
"Malam ini, aku tak masak untuk kau. Sebab, aku penat. Nah...ini makanan dan ini entah apa lah yang Steve bagi pada kau."
Paul meletakkan kedua-dua barang itu di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil aku. Aku cuma buat muka kosong tanpa perasaan.
"Kau makan sampai habis tau makanan yang aku beli tu. Biar makan sampai sembuh." Pesan Paul pada aku sebelum dia berlalu pergi daripada bilik aku.
Pintu bilik aku dia tutup rapat dan aku bergegas mencapai bungkusan yang Steve beri pada aku itu. Kotak bersaiz sederhana kecil itu aku buka dan ianya sebuah telefon. Ada nota terselit di tepi kotak itu.
Telefon ni aku belikan untuk kau. Simpan baik-baik tau. Jangan sampai sesiapa tahu termasuk Luke. Ini je cara aku untuk bantu kau sekarang ni. Dalam pukul 11 malam aku call kau. Okey? - Steve > • <
Aku tersenyum membaca nota kecil daripada Steve itu. Aku tak sangka masih ada kebaikkan di dalam hati budi Steve yang pengkhianat itu. Aku ingatkan dia dah tak nak tolong aku dah.
Tapi, bila difikirkan balik. Aku tak.tahulah macam mana aku boleh lupa nombor telefon ibu dan ayah aku. Mungkin, disebabkan terlampau banyak nasib malang menimpa aku yang membuatkan aku terlupa tentang benda penting itu.
Aku menghidupkan telefon tersebut dan benda pertama yang aku lihat adalah gambar muka hadapan telefon aku ialah gambar aku sendiri. Mataku merenung wajah aku yang berseri-seri di dalam gambar itu. Seingat aku...gambar ni bukannya gambar aku yang diambil pada tahun ini. Tapi, gambar yang diambil 5 tahun lepas.

ANDA SEDANG MEMBACA
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...