CHP 3

14.6K 211 2
                                        

CLEO

Sudah tiba hari isnin, hari-hari yang aku tunggu untuk aku masuk ke kolej baharuku. Ramai pelajar daripada luar negara yang belajar di kolej tersebut. Aku macam biasa, Steve yang temankan aku. Sejak pertama kali aku kenal dia sebagai pemandu Uber sekarang ini dia jadi kawan aku pula. Dia jugalah driver aku.

Aku dan Steve jalan bersama-sama masuk ke dalam kelas yang bakal bermula dalam 10 minit sahaja lagi. Kelas semakin ramai dipenuhi dengan pelajar.

"Kita duduk sama lah." Kata Steve padaku.

"Oh, boleh juga. Memandangkan aku pun tak ada teman nak duduk bersama."

"Tak apa. Aku akan sentiasa temankan kau." Kata Steve sambil merenung wajah aku.

Aku rasa tak selesa bila dia tenung aku macam tu. Rasa pelik ada lah.

"Kau tak ada kawan kah dekat kolej ni?"

"Ada. Nanti datang lah dia tu."

"Oh.."

Kami berdua diam sebentar. Aku lihat Steve yang sedang berbalas pesanan bersama seseorang di telefonnya. Aku lihat sekeliling aku. Setiap tempat duduk sudah dipenuhi dengan pelajar. Cuma, menanti pensyarah masuk kelas sahaja lagi. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki.

Aku perasan lelaki itu, sedang memerhati tempat duduk aku dan Steve pada bahagian atas sebab tempat duduk kelas itu direka seperti tempat duduk di panggung wayang. Dari atas ke bawah.

Aku tidak tahu siapa yang diperhatikan oleh lelaki itu. Tetapi, aku merasakan yang dia memerhati aku. Aku rasa tak selesa duduk di tempat duduk aku.

"Cleo."

Aku terkejut apabila disapa oleh Steve. Aku mengurut dadaku yang berdegup kencang itu.

"Kau pandang siapa? Sampaikan aku panggil pun kau tak menoleh."

Steve turut melihat ke bawah mencari siapa yang aku pandang sejak tadi. 

"Tak adalah. Aku tak tengok sesiapapun."

Steve pandang muka aku. Dia meragui dengan kata-kataku. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki duduk di sebelah tempat dudukku yang kosong. Kini, aku berada di antara dua orang lelaki iaitu, Steve dan lelaki yang aku tidak kenali itu.

"Yo, dude. Sampai pun kau."

Aku lihat Steve yang menyapa lelaki yang duduk bersebelahan dengan aku itu. Lelaki itu hanya senyum ke arah Steve. Dia pandang pula muka aku. Mamat ni kah yang Steve cakap kawan dia?

"Matt, ini Cleo De Nile. Cleo, ini adalah Matthew Pollock. Panggil je Matt." Kata Steve memperkenalkan aku kepada Matt.

"Nice to meet you, Cleo." Kata Matt pada aku.

"Yeah, nice to meet you too." Kataku kekok.

Aku rasa tak sedap hatilah. Sebab, aku perasan sejak tadi mamat yang aku pandang tadi tu, duduk di depan aku. Aku rasa tak selesa. Aku rasakan ada yang tak kena dengan mamat tu.

Telefonku bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Aku tekan pesanan daripada Nova itu. Dia bertanyakan tentang alamat apartment aku. Aku tak sabar nantikan kedatangan kawan baik aku esok.

Aku hantarkan alamatku padanya. Tidak lama kemudian, seorang pensyarah perempuan masuk ke dalam kelas. Dia terus memulakan pembelajarannya.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Selepas habis kelas, seperti biasa Steve mahu menghantar aku pulang seperti mana dia pelawa aku untuk ikut dia sama-sama ke kolej. Dia juga yang pandu kereta. Sampaikan dia sanggup tunggu depan apartment semata-mata nak ambil aku.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang