PAUL
Kereta aku parkirkan masuk ke dalam garaj. Badan aku penat sangat sebab terlampau sibuk menguruskan kerja aku. Aku dan Daven melangkah keluar daripada perut kereta lalu menuju masuk ke dalam rumah.
Daven seperti biasa akan duduk di ruang tamu dan dia buat macam rumah sendiri. Aku pula menuju ke dapur untuk meneguk air kosong sebab tekak aku kering gila sepanjang perjalanan pulang tadi.
Tiba-tiba, Shawn muncul di dapur dengan muka basinya yang baru sahaja bangun daripada tidur.
"Eh, baru balik kah?" Tanya Shawn pada aku.
"Baru je. Mana Steve dan adik kau? Dah bangun tidur belum?"
"Entahlah. Belum kot. Aku malas nak gerak diorang. Anyway, mana abang sulung? Aku perasan Daven je yang ada dekat ruang tamu." Tanya Shawn yang memaksudkan tentang Matt.
"Dia dekat Brazil lah. Ada kerja."
"Ohh, aku ingatkan dia ikut kau."
"Matt ada banyak kerja yang dia perlu uruskan dekat Brazil. Jadi, dia takkan balik buat masa 3 bulan ni."
"Lamanya...."
"Hak aloh, kau dengan Flynn lagi lama dekat Canada nanti."
"What?!" Kata Shawn bersama wajahnya yang penuh drama.
Kadang-kadang aku benci tengok budak 19 tahun ni buat muka. Menjengkelkan betul.
"Tak payah nak drama sangat pagi-pagi buta ni."
"Berapa lama wei? Takkan aku nak terperap duduk satu rumah dengan adik aku yang..erggh..aku benci nak katakan semua ni."
Shawn memang bencikan adik bongsu dia, Flynn. Tapi, Si Flynn tu juga lah dia akan cari nanti.
"Lamaaaa...sampai 5 bulan kau duduk dengan Flynn dekat sana. Kalau tak habis juga selama 5 bulan tu, tambah lagi 7 bulan." Sakat aku pada Shawn.
"Hmmm, agak-agaklah kau nak kelentong sekali pun. Even perangai aku macam budak-budak..tapi aku dewasa." Katanya dengan gaya seseorang sedang berbangga dengan diri sendiri.
Pelik betul aku ada adik-beradik angkat macam dia ni.
"Dahlah. Penat bercakap dengan kau yang perangai pelik ni. Oh ya..mana Cleo?" Tanyaku pada Shawn apabila teringatkan tentang gadis yang aku selamatkan daripada kemalangan itu.
"Dia masih tidur dalam bilik dia kot? Entahlah. Kau tengok lah sendiri. Kunci pendua ada je tersangkut dekat batang kau tu." Tunjuknya ke arah penyangkut tuala yang terpacak pada dinding dapur itu.
"Babi kau."
"Kau lagi babi daripada aku."
"Bodoh!"
"Bengong!"
Kami berdua berbalas-balas mencarut sesama sendiri.
"BANGSAT!"
"SAJAT!"
Aku malas nak menjawab. Makin dijawab nanti makin jadilah perangai dia tu. Aku berlalu pergi daripada dapur.
"I....AMM.....THE CHAMPION...MY FRIENDS!!!" Laung Shawn kegembiraan apabila aku mengalah dengan perangainya.
Aku biarkan sahaja perangai tak guna Shawn itu. Gila.
Kunci pendua aku ambil dan melangkah mendekati bilik gadis itu.
"Mana budak tu?" Tanya Daven pada aku.
"Budak mana?"
"Bengong. Budak perempuan tu lah."
"Dalam bilik lah. Aku pula kena. Kau tu yang cakap penuh dengan berpantun bagai." Aku menyalahkan dia dalam situasi ini.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...