CHP 16

8K 132 0
                                    

CLEO

Aku kena lari daripada sini. Aku tak nak tinggal dengan orang gila. Mesti ibu dan ayah risau pasal aku sekarang ni. Termasuk kawan baik aku. Macam mana dengan keadaan mereka sekarang ni eh? Hmm..

Gegendang telinga aku menangkap bunyi deruman enjin kereta berlalu pergi daripada rumah agam ini. Tinggallah aku keseorangan di dalam rumah ni. Tapi, bila difikirkan balik. Inilah peluang aku nak larikan diri daripada rumah agam ini.

Aku lihat sekeliling bilik itu dan mataku tertumpu pada tingkap. Ya, tingkap, aku mesti melarikan diri melalui tingkap. Lagipun, bilik ini berada di tingkat bawah. Senanglah aku nak melarikan diri. Kakiku membuka langkah menuju ke arah tingkap. Aku buka dan..huhhh aku terlupa pula yang tingkap ni dipasang dengan penghadang tingkap yang mengetatkan lagi keselamatan rumah ni daripada diceroboh malah aku nak melarikan diri pun sudah.

Aduhh, macam mana ni? Aku lihat keadaan di luar tingkap itu. Aku dapat lihat ianya dipenuhi dengan pokok-pokok dan aku dapat rasakan rumah agam ni jauh daripada kawasan bandar. Lebih kepada rumah agam ini berada di dalam hutan? Aku pun tak pasti.

Aku kena buat perancangan terlebih dahulu. Masalahnya pula, aku belum tahu macam mana keadaan yang ada di dalam rumah ni. Aku menuju ke arah pintu bilik dan membukanya sedikit sahaja. Aku mengintai keadaan di luar bilik.

Kosong dan sunyi sahaja. Aku mengeluarkan kepala aku pula dan memandang ke arah kiri serta kananku. Selamat. Kaki membuka langkah keluar daripada bilik dan sebenarnya aku tak tahu arah tuju sebenar aku. Aku lihat ke arah pintu utama rumah itu.

Macam mana kalau aku... terus keluar daripada rumah ni. Lagipun, inilah peluang aku untuk melangkah pergi daripada sini. Aku berjalan dengan laju tetapi, dalam keadaan yang senyap.

Kenapa, aku nak buat macam tu? Sedangkan dalam rumah ni cuma aku seorang sahaja. Luke, Matt dan yang lain tinggalkan aku seorang dekat sini.

Tiba-tiba, rambut aku ditarik kuat daripada belakang sehingga aku jatuh di dalam dakapan seseorang. Jantung aku mengepam darah dengan sangat laju apabila aku dapati aku bukanlah berseorangan di dalam rumah agam yang besar ini.

"Where are you going my babygirl? You think you can run from here?" Bisik Luke di tepi telinga aku.

"Let me go, Luke! Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?! Kenapa kau nak simpan aku?" Aku meronta-ronta di dalam dakapannya.

Luke semakin mengeratkan pelukkan pada badan aku. Lelaki itu membawa aku ke ruang tamu dan menghempap badan aku dengan badannya di atas sofa. Kedua-dua belah tangan aku dikuncinya di atas kepala aku.

"Sebab aku nak simpan kau supaya kau ingat siapa aku pada kau sebelum ni! Aku tak nak kau lupakan aku. I love you very much." Kata Luke pada aku.

Aku senyap tidak mahu membuka mulut. Aku alihkan pandangan mata aku daripada tidak bertentangan mata dengan lelaki yang ada di depan aku itu.

"You said to me... that water can feed people to satiety as long as you have love. Now, I want prove it to you that i'm changed a lot just for you."

'Water can feed people to satiety...'

'As long as you have...'

'Love.'

Mata aku berpinar dan pandangan aku mulai kabur. Aku terasa amat pening sekarang ni. Peluh mengalir pada dahiku.

"Once I love you, I will love you forever, babe.."

"No matter what happened. You need to accept me."

Dia menggenggam tangan aku erat lalu didekatkan pada bibirnya. Satu kucupan melekap pada belakang tapak tangan aku. Wajahnya aku tatap dalam betapa aku cinta dan sayangkan dia.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now